Pages

Monday, April 4, 2011

Kenapa saya cinta Ikhwah (4)

Assalamu'alaikum.


Baru-baru ni,
seorang ikhwah pernah berkata kepadaku,
"Kan best kalau kita dapat belajar macam ni selalu!"

Ketika itu,
kami belajar bersama-sama,
bagi menghadapi ujian Final Exam semester 2.

Dia meneruskan kata-katanya,
"Kalau kita dapat baca buku bukan kerana Exam,
fuih, pasti best!"

Aku hanya mampu senyum mendengar celotehnya.
Sungguh,
aku amat mencintai Ikhwah.

Tak berhenti di situ,
dia terus layan celotehnya,
"Kita ni, suka sangat baca buku bila nak Exam,
susah sangat nak baca buku kerana ALLAH!"

Fuih,
sekali dia punya ayat.
Sungguh,
aku amat amat mencintai Ikhwah.

------------

Allah berfirman:

 اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ

(mafhumnya): "Bacalah dengan nama Tuhan-mu yang menciptakan" [Al-Alaq: 1]


Ketika mana para mahasiswa,
tergila-gila membawa buku ke sana sini,
dan mulut mereka tak henti-henti menyebut 'bila la exam nak habis',
kesan luka parah daripada Final Exam yang mengoyak ketenangan jiwa,

masih ada lagi jiwa,
yang dengan tenang dan selamba,
mengeluarkan kata-kata,
"Kan best kalau kita dapat belajar macam ni selalu!"

Dalam kekalutan para mahasiswa,
menyeka air mata mengantuk lewat malam,
cuba menghabiskan silibus yang selama ini dibenci,
semata-mata untuk hari Final Exam besoknya,

masih ada lagi jiwa,
yang dengan tersengih-sengih,
tanpa mengeluh dan berpeluh,
berkata halus,
"Kalau kita dapat baca buku bukan kerana Exam,
fuih, pasti best!"

Dalam kehasadan jiwa,
bercampur kedengkian tahap dewa,
terhadap mereka-mereka yang bergelar ulat buku,
akibat dari kemalasan diri tahap dewi,
dan sering menyalahkan takdir kerana dilahirkan begitu,

masih ada lagi jiwa,
yang cuba mengikhlaskan diri,
walaupun terpaksa buat-buat,
dan dalam kesusahan itu,
masih sempat bersuara,
"Kita ni, susah sangat nak baca buku kerana ALLAH!"

-----------

Kenapa saya cinta Ikhwah!?

Kerana mereka dilatih,
diperkasakan Aqidah mereka,
diajar dan ditarbiyah oleh Murobbi,
agar mencintai ALLAH,
melebih dari mencintai Final Exam!

Dalam bulatan kecil,
yang ramai membenci,
dan cuba menjauhi,
sebenarnya telah melahirkan jiwa-jiwa,
yang membaca,
dan ingin membaca,
kerana ALLAH,
bukan kerana Final Exam.

Bukankah itu satu petanda baik?
Wahai Muslimin di luar sana!


Kenapa saya mencintai Ikhwah!?

kerana mereka generasi unik,
yang seterusnya melahirkan generasi lebih unik,
dan membiakkan generasi yang amat-amat unik,
dan mengakhiri dengan generasi unik 'ala minhanji Nubuwwah!

Bukankan ini impian kita?
Wahai Mukminin di luar sana!

Ayuh!
Bangkit!
Dan tingkatkan bacaan anda!
Demi ALLAH!
Semata-mata firman-NYA:
"Bacalah dengan nama Tuhan-mu yang menciptakan."

juga sabda Nabi-NYA:
"Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap Muslimin dan Muslimat."

----------

Beritahu saya,
kenapa harus aku membenci Ikhwah?


Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

4 yang kongsi idea:

Muhammad Syaakir Lee said...

fuh.. mcm knl je ayat sape.. hehehe.... :p

ana nk gtaw ni knpe anta perlu mmbenci ikhwah... boley x???

Al-Mufakkir Hamidi said...

salam.

sebab anta ada time tuh. he:)

---

silakan.

Muhammad Syaakir Lee said...

ayat ana kot.. kui kui kui...

pertama: benci kepada dose2 yg mereka lakukan bkan kpd diri mereka...

And lain2...

Al-Mufakkir Hamidi said...

tu bukan sebab harus benci ikhwah. benco dosa mereka, bermakna sayang mereka. insyaALLAH.

:)