Assalamu'alaikum
Salam Berniaga untuk Islam,
buat para peniaga yang meniru gaya Khadijah,
juga suaminya yang mulia,
Muhammad Rasulullah S.A.W.
Baru sebentar tadi,
saya tamat menghadiri satu pertemuan,
dengan leader-leader dan juga bakal leader HPA di Kelantan.
Sungguh 'jahat' kakakku,
sudah mengajakku untuk hadiri majlis sebegitu,
sedangkan beliau tahu bahawa saya bukan ahli HPA.
Malu saya pada awalnya,
terpaksa juga saya buat-buat 'pakai' bedak tebal,
dan buat tak endah pada muka-muka yang memandangku.
"Sebenarnya saya menghantar SMS kepada 30 orang ahli terpilih,
untuk menghadiri pertemuan kita pada malam ini.
Alhamdulillah, yang datang semuanya 27 orang."
Opss.
Nampaknya yang hadir malam ini semuanya senior-senior HPA,
yang dah berpengalaman dalam kerja ini,
mempromosikan produk Halal,
usaha rakyat tempatan.
Ketika sahaja saya melangkah masuk ke ruang dewan,
mata-mata hadirin geligat memandangku,
seolah-olah saya ada buat salah.
Lama berada dalam majlis itu,
baru saya sedar,
bahawa hanya yang dipanggil sahaja yang layak berada di situ.
Terasa ingin bangun dan keluar sahaja,
tapi tak pe la,
dah masuk,
kita dengar dulu apa yang mereka bincangkan.
hehe.
------
Banyak perkara yang dibincangkan.
Masalah,
Cadangan solusinya,
Perancangan masa hadapan,
dan lain-lain lagi bagi meningkatkan promosi produk Halal HPA ini.
Wah!
Sungguh memeranjatkan.
Ini kali pertama saya mendengar sejarah HPA,
dari si pioneer HPA ini.
Si ustaz yang menyampai ini pula,
macam tak kisah saja saya mendengar semua ini,
sampaikan masalah dalaman HPA turut dikemukakan.
Phewh,
penat juga buat kerja-kerja ISLAM ini.
Buat pun kena cemuh dek orang,
tak buat pun orang tetap mengata.
Lemah la,
tak mantap la,
organisasi rapuh la,
produk kurang cun la,
masalah kewangan syarikat juga ahli,
dan macam-macam.
Teringat kata si lecturer itu,
"Kita tahu orang mengata kita macam-macam,
itu tak kena, sini lemah, sana kurang,
nak buat produk halal, tapi tak de standard macam brand lain.
Kita sedar kelemahan kita,
tapi hadirin sekalian, ketahuilah,
sebenarnya orang yang berusaha itu lebih baik dari mereka yang mengata!
Bersabarlah, dan teruslah perjuangan anda!"
Peh.
Macam kem motivasi.
------
Juga si ustaz menyentuh bab penjagaan masa,
dan juga masalah-masalah lain,
yang saya rasa tidak baik untuk didedahkan umum.
Saya rasa,
amat bertuah,
kerana ALLAH memilih saya,
untuk bersama generasi awal HPA,
melihat perkembangan dan masalah yang mereka hadapi.
Alhamdulillah.
Tapi,
sebagai orang Tarbiyah,
semua itu sia-sia sahaja bagi diri dan jiwa ini,
jika hanya sekadar 'sedap' di telinga,
tapi tidak berbekas pada hati,
dan tak tertonjol dengan amal.
Orang yang cakap banyak,
tak sama dengan orang yang amal banyak.
dan sudah tentu,
tak sama taraf dengan mereka yang ikhlas dengan banyak!
Walaupun saya terpaksa menebalkan pipi yang kemerahan,
tapi amat berterima kasih kepada kakak,
yang sanggup membawa saya ketempat yang tak patut saya ada.
hehe.
Juga berterima kasih kepada si ustaz itu,
dan juga ahli HPA senior yang lain,
kerana sudi menerima saya sebagai tetamu anda,
dan tak segan-silu berkongsi ilmu dengan saya,
yang masih belum menjadi ahli HPA.
tetapi,
segala kesyukuran itu,
kembali kepada Yang Maha Merancang, ALLAH S.W.T!
Semoga HPA terus maju,
memartabatkan perjuangan produk Halal,
di mata rakyat Malaysia,
dan moga terus berkembang ke arena antarabangsa.
InsyaALLAH.
Bersabarlah saudaraku di HPA,
Allah melihat usahamu.
*Belilah produk Halal HPA! Sokonglah produk Halal buatan Muslim! Yay!
-pengguna produk HPA atau tidak, anda amat dialu-alukan untuk membuat undian di sidebar kanan atas. semoga Allah melihat usaha undian anda. Terima kasih-
Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"
3 yang kongsi idea:
:)
tak ada jalan perjuangan tanpa tribulasi melintanginya
-Syaakir:
apa senyum-senyum? :)
-Naimah:
yup. terus tsabat yer! insyaALLAH. :)
Post a Comment