Pages

Tuesday, April 12, 2011

Ke-tension-an Exam

Assalamu'alaikum.

Salam Semangat Berjuang buat para pejuang,
di medan Islam,
juga di medan exam!


Dalam mereka sibuk dan tension dengan final exam,
aku dengan selambanya meng-update blog ini.

---------

Dua hari lepas,
aku menghadapi satu peperiksaan,
di bawah subjek al-Madkhal ila al-Fiqh,
dalam Bahasa Melayunya kita sebut,
"Pengenalan kepada Fiqh"

Pada malam exam itu,
punyalah aku studi sehingga lewat malam.
Macam zaman-zaman dulu,
study at the eleven o'clock,
atau bahasa biasa kita dengar,
study last minute.

Dalam subjek ini,
terdapat tiga Bab besar.
Dan biasanya setiap bab ini akan ditanya dalam exam,
paling-paling kurang pun 10 markah.

Tapi,
punya lah tensionnya,
bila dalam exam baru-baru ni,
yang keluar hanya Bab 2 semata-mata.
Bab 1 dan 3,
satu pun tak masuk.
Adeh.

Dah la saya hanya men-cover-kan Bab 3.
Bab 2 pula amatlah saya lemah.

Tension punya pasal,
terpaksalah karang sendiri jawapan,
berpandukan al-ilm fi as-sudur.
yakni Ilmu dalam dada.

----------


Aku merenung seketika,
bagaimana aku bila MATI nanti?

Adakah semua amalan aku ini,
bila MATI nanti,
yang ditanya benda yang aku tak kuasai!?

Adakah yang ditanya oleh Mungkar dan Nakir,
yang apa yang aku belajar dan amal,
tak pun disoal.

Yang disoal,
benda-benda yang aku tak prepare!

Ahhh!!!
Tension-nya!!!

Dah cukup ke nak 'karang' jawapan sendiri?
"Ya ALLAH, berikanlah kami kebaikan di dunia, dan kebaikan di Akhirat, dan jauhkanlah kami dari Azab Api Neraka."

----

Sehebat mana kamu membaca,
tapi,
bila soalan yang keluar tak sama dengan apa yang dibaca,
kamu akan merasakan dunia ini hitam memikat.

Maka,
keluarlah dari kehitaman dunia ini,
dengan cahaya Tawakkal yang terang-benderang.

Moga dipermudahkan urusan membaca,
dan urusan menulis,
untuk exam ini.

Salam Imtihan dalam dewan periksa,
serta dewan kubur tanah,
dan dewan Mahsyar!

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

2 yang kongsi idea:

Muhammad Syaakir said...

hehehehehe.. nsib bek ana ada cover bab tue.. Alhamdulillah....yahoo..

Al-Fakir Hamidi said...

yela2.

Alhamdulillah.

senyum sokmo.

salam.

There was an error in this gadget