Pages

Friday, April 1, 2011

Kenapa saya cinta Ikhwah (3)

Assalamu'alaikum.


Ada satu petikan dari satu hadis Qudsi yang panjang, (mafhumnya):
"... Apabila kamu mendapat satu kebaikan,
maka ucaplah 'Alhamdulillah',
dan apabila kamu mendapat selain dari (kebaikan) itu,
maka sesungguhnya itu adalah disebabkan perbuatan kamu sendiri!"

Dari kecil hingga besar,
kita sering diajar,
bila mendapat satu kebaikan,
ucaplah: ALHAMDULILLAH.

Tapi,
dah dasar nama manusia,
memang tak dapat nak dinafikan,
kadang-kadang kita terlupa untuk ucapkannya.

Begitulah juga dengan diri ini,
sering lupa untuk bersyukur,
kepada Pemberi Nikmat.
Aduhai...


------------

Kenapa saya cinta Ikhwah?

Kerana mereka sering menegurku.

Tidak,
mereka suka menegurku,
dan aku suka ditegur mereka.

Mereka menegurku,
agar aku tidak lupa akan Firman ALLAH yang satu ini,

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لأَزِيْدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِيْ لَشَدِيْدٌ

(mafhumnya): "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memberitahu: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti akan Kami menambah (nikmat) kepadamu, dan jika mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih!" [ Ibrahim, 14: 7]

---------

Pernah je beberapa kali,
bila aku diberi kelebihan,
akibat dah terbiasa dari dulu,
aku menyebut:
"Biasalah, Hamidi la katakan!"

Dan sebentar tadi,
seorang ikhwah mengatakan sesuatu kebaikan akan diriku,
dengan senyum lebar sambil mengangkat kening,
dan niat hanya untuk bercanda,
aku perlahan menyebut:
"hehe. Tengoklah sapa!"

Dengan sepantas kilat,
dia membalas,
"Astaghfirullah. Ucaplah Alhamdulillah"
Kemudian senyum.

"Ops...
ok, Alhamdulillah."
Bersalah pula rasanya kepada-Nya.

--------

Dulu,
ketika berkawan kerana suka-suka,
bila saya berjenaka dengan membesarkan diri,
"Hamidi kan, sapa tak kenal?"

Kawan-kawan hanya membalas,
"Hish. Perasaan."
kemudian, berhenti.

Tiada suruhan,
kepada mengingati ALLAH!

-------

Kenapa aku cinta Ikhwah?

Kerana mereka mengingatkan aku,
agar selalu bersyukur akan nikmat ALLAH!
dan bersabar atas ujian-NYA.

Kenapa?

Agar nikmat ALLAH semakin bertambah keatasku,
dan azab ALLAH jauh dariku.

Syukran Jaziilan, Akhi.


Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

3 yang kongsi idea:

Muhammad Syaakir Lee said...

puji ana ke?? syukran2... hehehe....

Al-Mufakkir Hamidi said...

salam.

ada ke ana tulis nama anta? hehe

Muhammad Syaakir Lee said...

ana rse anta puji ana.. hehehe...