Pages

Friday, April 22, 2011

LIVE! dengan Sheikh Imran Hosein

Assalamu'alaikum.

Salam Semangat buat para pencinta Ulama' dan Ahli Hadis.


Selepas solat Jumaat tadi,
saya bercadang untuk take ten untuk menTilawah Kalam ALLAH.

Dalam badan yang seram-seram sejuk,
kerana sedikit ujian dari ALLAH,
atas nikmat kesihatan,
saya perkuatkan diri.

Pada awalnya,
terlintas di hati untuk 'berpuasa' Solat Jumaat hari ini,
kerana keuzuran badan yang semakin memanas,
detik per detik.

Dengan semangat indirectly dari Ikhwah,
terima kasih kepada Akh Muzaffar,
kerana menyalurkan sedikit tenaga kepadaku.
Alhamdulillah, wa irhamhu.

-----

Berbalik kepada cerita di atas,
sedang saya membuka muka kulit Al-Qur'an,
ketika itu ada lecture kat hadapan masjid,
tazkirah dari seorang Ustaz.

Pada awalnya,
terdetik di hati saya,
"Oh, minggu-minggu ada lecture lepas solat,
nak mengaji  (Al-Qur'an) pun susah."

Sedang saya membaca Isti'azah,
dan membaca pendek Basmallah,
tiba-tiba suara Sheikh terbukam ke dalam telingaku.

"Macam pernah dengar suara Ustaz ni!?"

Saya pun menjerling ke hadapan,
dengan terhengeh-hengeh dek ramainya foreigner,
yang mengelilingi Ustaz itu.

"What!?
Sheikh Imran Hosein?"
Hatiku berteriak!

-----

Hatiku berbunga-bunga,
terbalas pengorbananku melawan badan yang memanas ini,
mengharungi terik mentari yang membakar daging kulit ini,
dengan dipertemukan dengan seseorang,
yang dah lama saya gila-gila kan untuk bertemu.

Tanpa membuang satu saat,
saya terus menutup muka Al-Qur'an,
 dan bingkas bangun bergerak kepadanya,
ingin mendengar dan memandangnya,
secara LIVE!.

Nampanknya,
saya sudah jatuh hati kepadanya,
atau mungkin saya dah fanatik kepadanya!?
Siapa tahu?

-----

Sebenarnya,
Sheikh Imran Hosein lah,
yang banyak mempengaruhi perubahan diri ana,
sebelum ana mengenal Tarbiyah.

Sungguh,
kehadiranku ke Solat Jumaat di masjid UIA tadi,
satu Rahmat dari ALLAH,
dan Cinta dari-NYA,
kepada hamba-NYA yang berjalan,
kerana-NYA.

Terima kasih ALLAH,
Alhamdulillah.


-pembaca dipelawa dan diharap dapat mengundi di POLL di sidebar kanan. segala kerjasama yang diberikan, amat saya hargai. saya dahulukan TERIMA KASIH.-

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

0 yang kongsi idea: