Pages

Showing posts with label Gambar. Show all posts
Showing posts with label Gambar. Show all posts

Friday, May 6, 2011

Gambar : Genius

Assalamu'alaikum.


Hari ini,
tiada semangat untuk berkarya pendek.

Jadi saya meletakkan satu gambar,
untuk anda nikmati,
sambil mengeluarkan ibrah.

OK!?
Soalannya,
Apa baik buruk ke-genius-an terhadap seorang Muslim?

Selamat mencuba.

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Wednesday, May 4, 2011

Best of the Month: Sheikh Imran Hosein

Assalamu'alaikum.

Salam Selamat buat para pencinta konspirasi Dajjal,
juga kepada yang tak berminat dengannya.


Hari ini 4 Mei 2011,
terlewat empat hari.

hurm.
mengikut jadual waktuku,
memang banyak masa yang terbuang,
dan amat banyak jam yang boleh saya gunakan,
untuk meng-update kan entri ini.

Tapi,
bila sahaja saya membuka blogger ini,
tiba-tiba terdetik sedikit rasa kemalasan.

Jadi hari ini,
saya mengambil sedikit masa,
memandangkan sekejap nanti,
result exam sem 2 yang lepas akan keluar,
jadi saya dah bersedia dari awal lagi,
agar tidak gelabah.
hehe.
(entah la kamu faham apa ke tak,
apa yang saya bebelkan ini.)

--------

Berbalik kepada topik utama,
jadi dalam entri kali ini,
saya mempersembahkan entri terbaik,
untuk bulan April yang lepas.

Selepas melihat kepada Statistik,
nampaknya entri LIVE! bersama Sheikh Imran Hosein,
menjuluki tempat pertama.
(sila klik: sini untuk ke entrinya)

Kelihatannya,
ramai sekali peminatnya.

Atau,
ada yang masih belum mengenali,
si Sheikh yang telah menggegar dunia ini?

Untuk yang belum mengetahui,
Sheikh Imran Hosein telah banyak mengkaji mengenai Dajjal,
atau Konsipirasi Dajjal.

Dan banyak pengkaji konspirasi ini,
menjadikan Sheikh ini antara sumber rujukan utama.

Saya tidak mahu mengulas panjang,
kerana saya bukanlah pengkaji Konspirasi Dajjal,
walau dulu pernah saya berminat untuk mendalaminya,
tetapi,
disebabkan beberapa hal,
dan kekangan masa yang dibuat-buat,
akhirnya saya fikir mahu menunda dulu niat saya,
sehingga satu tempoh yang akan ditakdirkan oleh ALLAH,
InsyaALLAH.








Ini sebahagian kecil gambar-gambar,
konspirasi Dajjal.

Memang berfaedah,
siapa yang dapat mendalaminya.

Tapi ingat!
Orang yang terbaik,
ialah orang yang paling BERTAQWA!

Selamat mengkaji!

-peminat atau pembenci Konspirasi Dajjal yang merumitkan ini, dipersila untuk membuat undian di poll yang terletak di birai kanan blog ini. Terima kasih.-

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Thursday, April 7, 2011

Gambar: Biarkan 'ia' berbicara

 Assalamu'alaikum.


~ Hari kegembiraan itu. Aku nanti-nantikan. Tidak! Aku usahakan ~
 

~ Terima kasih. kerana sudi bersamaku. membina diri ini ~


~ Aku impikannya. walau ia 'hampir' mustahil. ketenangan itu ~

-----
(sumber: deviantART)

Merenung kembali,
zaman dulu-kala,
sungguh.

Rindunya pada'nya',
harap-harap,
tidak melebihi-NYA.

Penat lelah,
aku bermimpi,
akan ku realisasikan,
apa yang aku mimpikan!

Biarkan 'ia' berbicara,
denganku.
kerana,
kau tak mengerti.

 Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Wednesday, April 6, 2011

Gambar: Checklist

Assalamu'alaikum.


Saya tahu anda sibuk!
(bagi pelajar UIAM Gombak)

Tapi,
jom duduk sekejap,
tak sampai 5 minit pun.
OK?

Ambil kertas,
ambil pen.

Kemudian catat ini:

1. Berapa lama peruntukkan untuksaya studi?
2. Berapa banyak silibus yang perlu dihabiskan?
3. Berapa banyak soalan yang harus di-spot-kan?
4. Berapa banyak peruntukan untuk aku bermainan bola?

Hirup nafas,
lepas perlahan-lahan,
kemudian sambung catat:

5. Berapa kali aku harus ke tandas?
6. Berapa lama aku harus mandi?
7. Berapa lama peruntukan untuk aku tidur?
8. Berapa lama masa untuk aku makan minum di kafe?

Berhenti kejap,
angkat tangan,
dan regangkan.

Tarik nafas guna hidung,
lepas perlahan-lahan sambil mulut mucung.
Sambung catat sedikit lagi:

9. Berapa kali aku perlu solat berjemaah?
10. Berapa kali perlu aku ke masjid?
11. Berapa minit peruntukkan untuk aku solat?

dan soalan last:

12. Perlukah aku solat Subuh di masjid?

Selamat membuat checklist!
Ingat,
kejujuran adalah yang paling penting!

BitTaufik wan Najah!
(dengan Taufik dan Kejayaan!)

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Monday, March 28, 2011

Gambar: Kematian

Assalamu'alaikum.


Kenapa susah sangat nak ingat mati?

Kau ingat kau hidup lama?

Kau ingat kau akan mati dalam senyum?

Kau ingat orang akan ingat kau bila kau dah mati?

Kau ingat kau boleh gelak-gelak lagi bila kau dah mati?

Kau ingat ada lagi hari 'esok' bila kau dah mati?

kau ingat solat SUBUH ada lagi bagi kau bila kau dah mati?

Kau ingat kau boleh lagi berlari ke masjid bila kau dah mati?

Dah, dah, dah!

Kembalilah kepada-NYA,

Jom ke MASJID! Solat SUBUH berjemaah!


Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Sunday, March 27, 2011

Gambar: "Underground"

Assalamu'alaikum.
~ percayalah, di hujung sana pasti ada CAHAYA yang menunggu! ~


Seorang mendekatiku,
dan berbual-bual pendek denganku.

Tak lama kemudian,
dengan nada sedikit kelihatan yakin
entah di hatinya macam mana,
dia berkata:
"ana bekerja secara underground!"

-------

Soal saya dalam hati:
Pertama: adakah anda seorang sahaja bekerja secara underground?
Kedua: adakah mereka yang bekerja secara underground dijamin Syurga?

Jika anda tanya saya,
saya jawab: TIDAK!

-------

Entah la anda pernah dengar atau jumpa,
tapi sepanjang hidup saya,
saya masih belum mendengar Nabi berkata:
"Amalan terbaik dalam ISLAM ialah bekerja secara 'underground'"

Tapi apa yang pernah saya dengar,
dan yang kita sering dengar,
Nabi bersabda (mafhumnya):
"(Amalan terbaik dalam ISLAM ialah) Solat pada waktunya"

------

Allah S.W.T berfirman (mafhumnya):
"Orang yang paling mulia antara kamu ialah orang yang paling berTAQWA!"

Bukan orang yang bekerja secara 'underground'!
Jadi jangan perasan!

---------------
*Mungkin ada yang tidak jelas apa yang dimaksudkan bekerja secara underground. InsyaAllah, suatu hari anda akan faham.

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Thursday, March 17, 2011

Gambar: Dosa

Assalamu'alaikum.


Kita cepat kata,
"Dia buat maksiat!"

Kita selalu kata,
"Dia sesat, dia buat bid'ah!"

Kita suka kata,
"Dia jahat, tak layan aku pun!"

dan kita tetap kata,
"Akulah yang betul!"

hingga kita lupa,
"Adakah kita tak berdosa?"

----------

“Kamu kata Allah yang tetapkan kamu buat dosa itu?”
~ SaifulIslam ~

Kenapalah manusia suka menghukum orang,
tanpa melihat diri mereka.
Aduhai.

Assalamua'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Thursday, March 3, 2011

Gambar: Dah Solat Belum?

Assalamu'alaikum.


Kau suruh orang SOLAT,
tapi kau tinggal SOLAT!

Apa ke jadahnya!

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Sunday, February 13, 2011

Gambar: hati ini sunyi?

Assalamu'alaikum.


Bukankah ALLAH tidak akan meninggalkan hambaNYA?

Tapi,
kenapa hati ini sunyi?

Aku mencari,
sesuatu yang tidak pasti.

KataNYA:
"Kami lebih dekat kepadanya, dari urat lehernya" (Qaaf 50: 16)


Assalamu'alaikum
"Always remember ALLAH"

Thursday, February 10, 2011

Gambar: Ibarat Ikan mencari air

Assalamu'alaikum.


Satu hari, sang ayah duduk bersama-sama dengn anaknya ditepi sungai.
Sang ayah berkata:
"Anakku, ketahuilah, air itu amat penting. Tanpanya kita akan mati!"

kebetulan,
ada seekor anak ikan terdengar kata-kata itu.

Tuesday, February 8, 2011

Gambar: Suntikan kematian? Atau kehidupan?

 Assalamu'alaikum.

Siapa suka disuntik?
Si anak kecil akan menangis,
tapi si ibu tetap kuat memegang,
lengan milik si kecil yang mulus lagi lembut itu,

kerana si kecil tidak tahu,
tapi si ibu amat mengerti,
suntikan itu amat bermakna,
untuk kesihatan si anak.

Siapa suka disuntik?
Sakit, pedih, seksa, menderita!

--------------
Ustaz Hasrizal,
ketika mengutus emel kepada seorang teman rapatnya,
dia dengan hati berdebar-debar (aku kira) menaip:
"Sahabat, ketahuilah nasihat dari seorang teman terhadap sahabat yang paling dia sayang adalah satu perkara yang paling menyakitkan. Tapi ketahuilah, sesungguhnya dia lakukan demikian kerana dia mencintaimu. Dan aku lakukan ini semua kerana aku mencintai mu..."

------------
Terima kasih kepada,
Dr. Abdul Bari,
lecturer of Introduction to Fiqh,
atas nasihat dan tunjuk ajar,
yang pedih untuk didengar,
tapi amat besar nilainya,
pada siapa yang melihat dari kaca mata Akhirat.

Aku terfikir,
mampukah aku memikul bebanan itu?
Sungguh,
aku kagum melihat kehebatan mu,
guruku, ayahku.

Katanya:
"Student sekarang dah tak de pendirian! Bercakap ikut sedap hati sahaja. Tu lah sebab Umat ISLAM berpecah, sebab mereka buat apa yang mereka sendiri tidak faham. Orang suh pergi library, mengkaji tak nak! Tahu taqlid sahaja. Dah la tak tahu yang mereka tu sedang bertaqlid tanpa ilmu!"
- Rumusan dari kata-katanya -

Seorang da'i (yang pura-pura da'i), akan berkata dalam hatinya:
"Kami sibuklah, dengan kerja-kerja dakwah, tarbiyyah, akademik lagi dan macam-macam. Mana ada masa untuk ke library!"
atau
"Apalah guru ni. Cukuplah dengan halaqah, dah dapat banyak input pun yang kami dapat. Ustaz mana tau! Kami ni sibuk, pagi petang siang malam, asyik dengan urusan dakwah kami! Ustaz tahu masuk kelas dan mengajar sahaja!"
~ na'uzubillah min zaalik (moga kita dijauhkan) ~

Orang da'i (yang hakikatnya), akan berkata dalam hatinya:
"Ya ALLAH! berkatilah masaku, agar aku mempunyai masa yang mencukupi, untuk melangkah kaki ini ke library. Sungguh, aku malu jika aku tidak dapat menunaikan wasiat dari guruku ini."

Suntikan kematian? atau kehidupan?

Tarbiyyah mengatakan:
Orang tarbiyyah akan pandai mengurus waktunya!

wahai diri yang mengaku dirinya da'i,
Di mana maruahmu di hadapan ALLAH?

wahai diri yang tidak mahu menjadi da'i,
Di mana kedudukanmu di hadapan ALLAH?

 Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Sunday, February 6, 2011

Rakyat Malaysia, tidak mampu Bangkit seperti Rakyat Mesir?

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera buat rakyat Malaysia,
yang sayang Islam,
kerana Allah.



Wednesday, January 26, 2011

Gambar: Cermin Diri

Assalamu'alaikum.


Ingatlah,
kenali dirimu dengan selalu melihat ‘cermin’.
Cermin pertama ada pada hatimu,
sementara cermin kedua wujud di sekelilingmu.

Sentiasalah berkaca pada hatimu.
Persoalkan, dari mana asal usulmu,
di mana kini dirimu berada dan ke mana dirimu akan kembali kelak.
Dengan izin dan petunjuk-NYA,
kau akan memahami anakku,
bahawa manusia ini adalah mahluk ALLAH yang diciptakan
hanya untuk mengabdikan diri kepada-NYA.

Teruslah bercermin pada sekitarmu.
Pada keluarga, pada teman-teman dan pada sesiapa saja.
Sikap yang mereka tunjukkan kepadamu
adalah ‘refleksi’ sikapmu terhadap mereka.
Justeru, andai kau ingin mereka menghormatimu,
dahulukan penghormatanmu buat mereka.
Andai kau mahu mereka menyayangimu,
dahulukan kasih sayangmu terhadap mereka.

Berlandas panduan-NYA, yakinlah anakku,
dirimu akan selamat dari kerugian di dunia,
juga kerugian di akhirat sana,
ameen.

- Ummu Husna -
klik pada sumber untuk teks lengkap

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Wednesday, January 19, 2011

Gambar: Ubat Hati

Assalamu'alaikum.


Tidak aku ingin berkalam panjang,
cukuplah gambar itu menjadi renungan.

Buat apa tulis panjang-panjang,
jika tidak melekat pada hati.

Kredit gambar kepada Nur Syaheera Mohd Yusoff.

Ubatlah hatimu,
senantiasa,
dan berubahlah,
untuk mengubah!

Assalamu'alaikum. 
"Always remember ALLAH"

Wednesday, January 12, 2011

Gambar: Mukhayyam Khariji 2011

Assalamu'alaikum.


Umpama sebiji pisang,
saya akan katakan ia manis,
tapi anda tidak akan dapat merasainya,
sehingga anda sendiri yang memakannya!


~ Akh Farhan, dari IPB ~

Rasulullah S.A.W bersabda (mafhumnya):
"Ada tujuh golongan yang akan berada di bawah naungan Allah ketikamana tiada lagi naungan pada waktu itu, ... (antaranya) dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu kerana Allah, dan berpisah kerana Allah! ..."


~ Akh Ilyas, dari CUCMS ~

Rasulullah S.A.W juga bersabda (mafhumnya):
"Jika kamu mencintai saudaramu kerana Allah, maka katakanlah kepadanya: uhibbuka fillah!"


~ gambar paling disukai: Munawwar, Amin, AmirSyafik, Hamidi ~

Allah S.W.T berfirman (mafhumnya):
"Sesungguhnya para mukmin itu bersaudara! Maka perbaikilah hubungan antara dua orang antara kamu!"

-------------


Masa berlalu,
Masa sudah pergi,
yang ada masa depan,
menunggu jauh di sana.

Apakah Mukhayyam Khariji 2011 ini,
mendekatkan diri ini kepada Allah,
atau melalaikan diri daripada Allah,
atau apa?

Sungguh,
Allah berfirman (mafhumnya):
"Maka sesiapa melakukan kebaikan walau sebesar zarah sekalipun, akan diperlihatkan (di Akhirat kelak), dan sesiapa melakukan kejahatan walau sebesar zarah sekalipun, akan diperlihatkan (di Akhirat kelak)"

Merenung kembali,
apakah yang akan diperlihatkan kepadaku kelak?


Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Tuesday, December 28, 2010

Gambar: Pedang Pertama yang dihunuskan

Assalamu'alaikum.

~ gambar hiasan (sumber:deviantart) ~

Ahli sejarah menyebutkan,
pedang pertama yang dihunuskan,
untuk ISLAM ialah,
pedang milik Zubair bin Al-Awwam.

Selepas berakhirnya hidup Zubair,
pedangnya dibawa kepada Saidini Ali K.W.

Ketika pedang itu sampai kepada beliau,
beliau menciumnya.
Lalu ia menangis dan berkata:
"Demi Allah, sekian lama pedang ini melindungi Rasulullah dari marabahaya!"

Aku merenung,
apa yang aku gunakan,
untuk melindungi ISLAM dari marabahaya?



Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Friday, December 17, 2010

Gambar: Time Keeper

Assalamu'alaikum.


Orang BIJAK, BIJAK jaga masa.
Orang BODOH, BODOH jaga masa.
Masakan mereka BIJAK, jika BODOH jaga masa.

Anda?
Jadilah Time Keeper Terhebat!
Untuk jadi TerBAIK!
.RR.

"Always remember ALLAH"

Monday, December 13, 2010

Gambar : Sibuk?

Assalamu'alaikum.


Ini adalah musim tersibuk di UIAM Gombak.

Siapa pun dia,
dari setinggi-tinggi jawatan,
hingga tukang sapu sekalipun.

Tapi,
Sibuk mana kamu sekalipun,
jangan lupa yang Allah tak pernah sibuk! (melayanmu)

Berharaplah (baca: bertawakkal) kepada Allah,
bukan kepada manusia,
lebih-lebih lagi kepada nasib.

"Always remember ALLAH"

Monday, November 29, 2010

Gambar : 5 Soalan

Assalamu'alaikum.


Dah bersedia ?


"Always remember ALLAH"