Pages

Sunday, February 6, 2011

Rakyat Malaysia, tidak mampu Bangkit seperti Rakyat Mesir?

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera buat rakyat Malaysia,
yang sayang Islam,
kerana Allah.











------------------------

Akhbar Israel, Israel News meramalkan, tidak. Ini kerana rakyat Malaysia tidak dilihat mampu dan berani membuat perubahan seperti yang berlaku di Mesir.

Akhbar Israel tersebut meramalkan parti yang sedia memerintah di Malaysia akan terus berada di tempatnya. Sementara parti pembangkang akan terus bermimpi di siang hari.

(lihat sini)

----------------------------

Ada Rahib Yahudi mengatakan:
"Kami tidak takut kepada orang ISLAM, kerana mereka ummat yang malas membaca."

--------------------

Putar balik sejarah lampau kamu,


ketika kecil kecil lagi,
kita dibiarkan atau diajar untuk meniru dalam dewan peperiksaan.


masa zaman sekolah dulu,
suka sangat belajar time nak dekat periksa.


time belajar dalam kelas,
mata kuyup saja,
sebab malam semalam tidur lambat,
merayap tak tentu hala.


dulu masa free free,
tak ambil kesempatan tu untuk tambah ilmu,
yang tahu bazir masa jer,
ni penyakit malas namanya.


jumpa kawan,
sembang kosong,
lepak sana sini.


bangga ada motor besar,
bawa 'betina' pergi mari,
lagak macam 'jantan' sejati,
perghh.


perasaan hebat dengan rokok di tangan,
tak sedar sedang bakar duit,
teruk lagi bakar diri.


balik je rumah,
lempar diri atas katil,
lupa baca doa,
lupa pada Tuhan.

---------------

Tengok!
Bila rakyat Malaysia nak maju?
Bila kita nak bangkit?
Bila ISLAM akan tertegak?

Alaaa,
ustazkan ada.

Ustaz ada?
Engineer tak nak berubah ker?
Tak nak mengubah ker?

Sikit sikit la,
nanti dah besar sikit lagi,
ubahlah diri,
sekarang enjoy!

Tunggu besar dulu?
Tunggu kahwin dulu?
Tunggu dapat anak dulu?

Kemudian?
Anak tiru gaya ayah,
ayah meniru dalam exam,
apa salahnya anak meniru kan?

Anak tengok mak study last minute,
anak pun malas baca,
tunggu esok exam,
baru buka buku,
air kopi tepi buku.

Anak tengok mak ayah tonton TV,
apa salahnya anak join sekali,
sekarang school break,
rehat kejap.

Anak tengok abang keluar dengan kawan-kawan,
syok nyer!
Nak ikut serta boleh?
Naik motor tunggang kekasih hati,
bolehlah bang.

Anak tengok kakak pegang batang pensel,
gigit kat satu hujung belakang,
tapi pelik,
sebab pensel tu berasap asap kat depan,
ada bau lagi,
geli campur busuk,
cuba sekali boleh kak?

Anak tak tahan lagi tengok gelagat keluarga,
dah la dah la,
tension aku,
katanya,
masuk bilik,
tidur lagi baik.

Last last,
memang sah,
orang Yahudi tak takut pada orang Islam,
kalau satu saat pun tiada ruang untuk baca buku.

Last last,
keluar pula cucu,
kemudian cicit,
hidup satu pusingan,
pusing dan pusing.

---------------

Belajar,
kahwin,
dapat anak,
anak belajar,
anak kahwin,
anak dapat anak,
cucu belajar,
cucu kahwin,
cucu dapat anak,
cicit belajar,
cicit kahwin,
cicit dapat anak,
dan terus berpusing.

Belajar,
tidur dalam kelas,
jumpa kawan gelak gelak,
balik sekolah lempar beg,
keluar naik motor, racing,
kenyit mata kat awek tepi bus stop,
lewat malam pulang rumah,
mak ayah membebel, bosan,
amik MP4, pasang kat telinga,
letak kepala atas bantal,
jari petik petik ikut rentak,
otak fikir,
exam lambat lagi.

Kahwin,
wah cantiknya isteriku,
bedak sana, bedak sini,
dakap sana, peluk sini,
ah bahagia,
tak lama lagi dapat anak,
dan dah dapat pun,
sibuk kerja,
gaji orang asuh anak,
mak ayah asyik outstation,
anak keluar,
cari kawan kawan,
untuk gelak gelak,
balik lewat malam,
anak dah tidur,
tak sempat wish 'Happy Birthday',
makan kat tepi pantai,
enjoy dengan family,
dek sibuk sibuk sibuk.

Anak dah tak kehaluan,
ikut sana ikut sini,
kawan merokok,
anak menagih,
dah hilang sifat kemanusiaan,
solat?

Anak pun kahwin,
dan putaran hidup yang sama berlaku,
tiada perubahan!
Ah! Bosannya hidup!

--------------


Rakyat Mesir dah BANGKIT!


Amerika sudah BERSEDIA melawan!


Mujahid sudah SEDIA untuk syahid!


Israel siap SEDIA menghalang!


Kita pun dah SIAP untuk BANGKIT?

err... Buku dah habis baca?

------------

Rakyat Malaysia tidak mampu Bangkit seperti Rakyat Mesir?
Siapa bilang?
Aku yang kata.
Jadi?
Bekerjalah untuk keBANGKITan!

BANGKITLAH WAHAI BANGSAKU!
MULIA-LAH DENGAN ISLAM,
ATAU HINA DENGAN JAHIL!


Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

4 yang kongsi idea:

H.F. Ahmad Said said...

peringatan yg baik

cuma ana berpendapat yg kita tak perlukan revolusi seperti apa y berlaku di msir pada hari ini

mga Islam bleh naik d msia secara aman dan adil insya Allah

Anonymous said...

Allahuakbar!!!
InsyAllah Islam akan naik dengan kerja keras serta dengan ketinggian ilmu diikuti dengan semangat menyebarkannya kepada masyarakat...
HIDUP MULIA ATAU SYAHID MENDAPAT SYURGA.Amin

Adam said...

Allahuakbar

Adam said...

Allahuakbar!!!
InsyAllah Islam akan naik dengan kerja keras serta dengan ketinggian ilmu diikuti dengan semangat menyebarkannya kepada masyarakat...
HIDUP MULIA ATAU SYAHID MENDAPAT SYURGA.Amin