Assalamu'alaikum.
Salam Sejahtera buat para perindu Syurga!
"Anakku, menabunglah,
supaya bila kamu dah besar nanti,
hidup senang, tak perlu meminta-minta."
Lemah-lembut bahasanya,
mendayu-dayu dengan penuh kasih sayang,
kata seorang Ayah kepada buah hatinya.
"Tapi ayah,
apa yang nak simpan berbaloikah?
Nanti 5, 10 tahun mendatang,
bukankah harga barang semakin mahal?
Duit-duit yang kita simpan pula nilai semakin berkurang!?"
Jawab si anak,
dalam lembut dan kasar,
dengan nada yang malas melayan,
terasa diri lebih berilmu dari bapanya itu.
Ayahnya sempat mengukir senyuman,
sebelum menoleh ke kanan,
melihat si ibu sedang leka dengan gumpalan baju-baju,
untuk dilipat satu demi satu.
Mendengar kata-kata buah hati mereka,
tangan si ibu terhenti dari kerjanya.
Ibu mengangkat muka,
dan memandang sayu kepada anak emasnya itu.
----------------------
"Anakku,
kamu tahu kan,
bahawa baju-baju yang dilipat ini akan digunakan?"
Si ibu bersuara rendah tapi jelas,
menjaga hati si anak yang gelisah.
Mendengar suara permata hati itu,
si anak mengangguk-angguk,
tanda sependapat dengan si ibu.
"Kamu tahu kan,
jika baju-baju ini tidak dilipat,
kita tetap dapat gunakannya.
Habis kenapa kita membazir masa,
dan tenaga untuk kerja-kerja ini?"
Anaknya berfikir sejenak,
sempat menjeling kepada ayahnya yang sedang memasang telinga,
lagak pemerhati antara si anak dan ibunya,
dengan sedikit nampakan batang-batang giginya yang putih,
seolah-olah memberi dorongan kepadanya.
"Supaya bilik kita kemas,
supaya nanti senang nak pilih bila nak pakai,
dan supaya baju kita kemas tak berkedut.
Betul tak, mak?"
Jawabnya satu persatu.
Si ibu mengukir senyuman,
diam memberikan si ayah bersuara.
"Dan supaya kita dapat mencapai,
pakaian-pakaian yang kita hendak,
bila kita dalam keadaan terdesak.
Ketika itu,
kita tak banyak pilihan,
kita akan capai apa sahaja yang kita dapat."
Melihat si anak memandang ke syiling rumah,
si ayah meneruskan katanya,
"Ketika rumah kita terbakar,
kita akan ambil baju-baju yang kita nampak cantik,
dan terus memuatkan kedalam beg yang berdekatan.
Baju-baju yang berteraburan tanpa tersusun,
akan mengecilkan ruang dalam beg itu.
Jadi nak ke tak nak,
kita akan tinggalkan baju yang tak tersusun,
dan ambil yang tersusun lagi kemas dan menarik,
dan sumbatkan ke dalam beg kita."
Si anak terus memandang syiling putih,
matanya tidak berkelip memadang putaran kipas hitam itu,
seolah-olah cuba mengambarkan suasana itu.
"Habis apa kaitannya dengan menabung?"
Tiba-tiba si anak teringat balik topik perbincangan asal.
------------------
"Betul,
mungkin apa yang nak cakap betul.
Apa yang kita simpan hari ini,
mungkin sudah tidak bernilai lagi 10 tahun hadapan.
Tapi,
adakah bermakna kita akan terus membazir?"
Anaknya memandang tepat wajah ayahnya.
"Anakku,
kadang-kadang kita simpan duit,
bukan untuk masa depan 10 tahun hadapan.
Tapi,
kita gunakan pada masa kita terdesak.
Mana tahu kan,
tiba-tiba nak dapat tawaran ke Universiti,
boleh lah nak gunakan duit tu."
Anaknya mencelah,
"Tapi ayah,
nanti masuk Universiti,
kita boleh buat pinjaman,
tak pun minta biasiswa."
Si ayah tersenyum,
dia merasakan tangan kanannya digengam oleh isterinya.
Lembut dan menenangkan.
"Sampai bila anakku?
Sampai bila kita nak bergantung pada orang lain?
Adakah kita ni orang lemah?
Dan jika lemah sekalipun,
kita tak mahu keluarkah dari kelemahan ini?
Mahu mengharapkan mereka diluar,
yang hebat-hebat?
Tapi membiarkan diri kita melemah dan melemah?"
Si anak tergamam.
Dia cuba memprotes diri,
"Tapi,
bukan kah itu tanggungjawab kerajaan?
Kita sebagai rakyat ada hak ke atas duit-duit itu,
lagipun duit itu memang diperuntukkan untuk pendidikan negara.
Rugilah kalau duit itu dapat kepada mereka yang tak sepatutnya."
-------------------
"Sampai bila anakku?
Sampai bila kita nak mengharap?"
Kini giliran si ibu bersuara pula,
halus bunyinya,
sedikit terasa dengan kekerasan suara anaknya itu.
"Anakku,
amal kita untuk kita,
amal orang untuk orang.
Akhirat nanti,
orang lain tak dapat bantu kita.
Mak ayah pun tak dapat tolong nak."
Tersentak anaknya.
"Tapi mak,
itu soal Akhirat,
ini soal Dunia,
soal belajar mak, ayah!"
"Tapi kita hidup bahagia di Akhirat,
dengan bekalan kita dari Dunia.
Kita masuk Syurga Allah,
kerana kita belajar ilmu Allah.
Kita belajar pun,
kerana Allah suruh kan?"
Balas ibunya dengan tenang,
mengawal emosinya yang mudah tersentuh.
"Apa ni mak, ayah?
Kejap cakap pasal menabung,
pastu tiba-tiba cakap pasal baju pula,
then cakap hal masuk Universiti,
sekarang cakap pasal Akhirat pula.
Saya pening la..."
Si anak mengeluh,
tangannya memegang kepala,
seolah-olah mengisyaratkan bahawa dia betul-betul pening.
Si ibu diam seribu bahasa,
risau kata-katanya menguris hati anaknya,
yang sedang berkecamuk melawan sesuatu.
Si ayah pula kelihatan tenang,
bibirnya menguntum satu senyuman menawan.
Kini giliran dia merangkul tangan si ibu,
cuba menyalurkan kekuatan kepadanya,
tahu bahawa wanita mudah tersentuh.
"Nak,
kamu orang pandai.
Bijak matematik,
cemerlang dalam ekonomi,
hebat dalam subjek sains,
juga mahir dalam bab-bab sastera.
Orang sekelilingmu melihat kamu sempurna..."
Si ayah berhenti meneruskan kata-katanya.
Memandang sejenak kepada anaknya,
ingin melihat reaksinya.
Anaknya perlahan-lahan menurunkan tangannya,
dan kembali meletakkannya keatas riba.
Matanya sekali lagi menajam memandang ayahnya,
menunggu apa yang ingin dijelaskan,
kerana dia juga tahu,
ayahnya bukan calang-calang orang,
Engineer yang berjaya la katakan.
"Ini satu analogi, nak!"
Si ayah hanya menambah sedikit sahaja,
dan sekali lagi mengukir senyuman.
Dahi anaknya berkerut,
analogi?
Getus hatinya.
"Nak orang pandai,
analogi sebegini kecil patut nak dapat teka,
apa yang tersirat di sebaliknya"
Si ibu mula memberanikan diri,
selepas melihat reaksi wajah anak emasnya itu.
Beberapa tika kemudian,
si ayah bangun dari sofa,
dan bergerak menyusur ke biliknya.
Meninggalkan si anak dan ibunya.
Sempat anaknya memandang ayahnya itu,
dengan penuh tertanya-tanya.
Hatinya yang kusut tadi
mula menenang,
hairan!?
Si anak terasa tercabar,
bila analogi yang begitu mudah itu,
tidak dapat dijawab olehnya.
Dalam malu-malu dan berat,
si anak memberanikan diri untuk melepaskan egonya,
"Apa maksudnya mak?"
Halus suaranya,
cuba menjaga adab di hadapan ibunya.
Ibunya lega melihat itu,
pandai juga si ayah lembutkan hati si anak.
Detik hati si ibu.
bersambung ...
insyaALLAH
"Always remember ALLAH"
0 yang kongsi idea:
Post a Comment