Pages

Monday, February 14, 2011

Akhbar: Hosni Mubarak jatuh!

Assalamu'alaikum.


Tarikh tempatan Malaysia,
12 Februari 2011.

Di Mesir sana,
11 Februari 2011.

Hosni Mubarak dengan rasminya,
meletak jawatan,
dan menyerahkan kuasanya kepada tentera.

-------

Dari TV Al-Jazeera,
seorang rakyat Mesir melafazkan:
"Saya tidak dapat tidur, bila mengetahui hasil (menjatuhkan Hosni Mubarak kesan) dari usaha-usaha kami!"

Tidak dapat tidur?
Gembira?
Sangat gembira?
Teruja?
Sangat teruja?

Aku tertanya,
bagaimanakah rasa ke-sangat gembira-an mereka itu?

-------

Tidak sabar,
aku juga ingin merasai,
kegembiraan yang tersangat-sangat itu,
dan aku tak sabar untuk berkata:
"Saya tidak dapat tidur, bila mengetahui hasil (kembalinya Khalifah Islamiyyah 'ala manhaj Nubuwwah kesan) dari usaha-usaha kami (bersama dengan para ikhwah2 yang lain)!"

Adakah aku akan tetap,
berdiri dalam duri-duri dakwah ini?

Ya Allah,
tetapkanlah hati kami dalam agama-MU.

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

1 yang kongsi idea:

ibnuyassir said...

Ar Rayah World News

Mungkinkah Mesir Pembentukan Pertama, Kekhalifahan Kedua

http://ibnuyassir.blogspot.com/

There was an error in this gadget