Pages

Showing posts with label Akhbar. Show all posts
Showing posts with label Akhbar. Show all posts

Wednesday, February 23, 2011

Akhbar: Bunuh Gaddafi!

Assalamu'alaikum.


"Aku mengeluarkan fatwa sekarang supaya Gaddafi dibunuh ! Barangsiapa samada pegawai tentera, atau tentera biasa atau mana-mana individu yang mempunyai peluang untuk membunuhnya .. maka janganlah teragak-agak untuk membunuhnya! ianya adalah semata-mata untuk menyelamatkan rakyat Libya daripada kejahatan dan kezaliman lelaki yang gila ini! "

...beliau seterusnya menambah
" Haram kepada pegawai dan askar biasa untuk mentaati lelaki ini (Gaddafi) dalam perkara yang maksiat, kezaliman dan kerakusan terhadap rakyatnya sendiri!"


-Fatwa Dr. Yusuf Al-Qardawi-
~ dikeluarkan kepada Stesen TV Al-Jazeera ~



Pemerintah Gaddafi telah mengerahkan jet tempur untuk menembaki para demonstran untuk mencegah apa yang tampaknya bakal menjadi sebuah revolusi dalam waktu dekat.

-----------------------

Macam mana?
Nak ke Libya tak?

Erm...
Sebelum ke Libya,
apa kata kita ke masjid solat Subuh.?

Tak setuju?
Nak terus ke Libya?
Tembak Gaddafi?

Takut orang lain tembak dia dulu?
Jadi kita tak dapat pahala?

erm...
susah juga yer camni!?

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Monday, February 14, 2011

Akhbar: Hosni Mubarak jatuh!

Assalamu'alaikum.


Tarikh tempatan Malaysia,
12 Februari 2011.

Di Mesir sana,
11 Februari 2011.

Hosni Mubarak dengan rasminya,
meletak jawatan,
dan menyerahkan kuasanya kepada tentera.

-------

Dari TV Al-Jazeera,
seorang rakyat Mesir melafazkan:
"Saya tidak dapat tidur, bila mengetahui hasil (menjatuhkan Hosni Mubarak kesan) dari usaha-usaha kami!"

Tidak dapat tidur?
Gembira?
Sangat gembira?
Teruja?
Sangat teruja?

Aku tertanya,
bagaimanakah rasa ke-sangat gembira-an mereka itu?

-------

Tidak sabar,
aku juga ingin merasai,
kegembiraan yang tersangat-sangat itu,
dan aku tak sabar untuk berkata:
"Saya tidak dapat tidur, bila mengetahui hasil (kembalinya Khalifah Islamiyyah 'ala manhaj Nubuwwah kesan) dari usaha-usaha kami (bersama dengan para ikhwah2 yang lain)!"

Adakah aku akan tetap,
berdiri dalam duri-duri dakwah ini?

Ya Allah,
tetapkanlah hati kami dalam agama-MU.

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Friday, February 11, 2011

Akhbar: Gerakan dan Valentine Day

Assalamu'alaikum.


Mengulas lanjut, Tan berkata kenyataan Nasruddin itu seolah-olah menandakan Hari Valentine dipenuhi dengan kegiatan tidak bermoral dan penuh dosa.

Tambahnya, pemuda PAS perlu memahami sambutan Hari Valentine dengan fikiran terbuka dan bukannya membuat kesimpulan berdasarkan "pemikiran sempit."

--------------

Banyak sungguh kita bercakap pasal Valentine,
tak sangka mereka pun bercakap benda sama!
Cuma lain isi,
aku kira.

Jadi macam mana sekarang?
kita cakap itu ini itu ini pasal Valentine,
dan mereka pula ini itu ini itu pasal Valentine.

Syeikh Samsuddin,
guru kepada Sultan Muhammad Al-Fateh berkata:
"Jika usaha orang ISLAM mengatasi usaha orang KAFIR,
maka adillah bagi ALLAH untuk memenangkan ISLAM!"

Jadi?
Nak tunggu mereka memperluaskan Valentine?
Atau,
nak kita sama-sama memperkecilkan,
atau, terus menghapuskan Valentine?

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Sunday, February 6, 2011

Rakyat Malaysia, tidak mampu Bangkit seperti Rakyat Mesir?

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera buat rakyat Malaysia,
yang sayang Islam,
kerana Allah.



Tuesday, January 25, 2011

Akhbar: "Kafir" menangis kerana Muslimat?

Assalamu'alaikum.



klik pada rujukan untuk berita penuh.

------------------

Aku berfikir,
bila la kita punya perasaan,
untuk menangis kerana hak ISLAM dicabuli?

Aku berfikir,
bila la kita punya perasaan,
untuk menangis kerana tertinggal solat SUBUH berjemaah?


Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Wednesday, January 19, 2011

Akhbar: Zaid dengan KITA-nya

Assalamu'alaikum.


Selepas keluar PKR,
si dia bersama KITA pula.

KITA,
singkatan bagi Kesejahteraan Insan Tanah Air.
Macam-macam.

Tapi,
ini mungkin menarik perhatian anda:
"Islam juga akan terus dihormati sekiranya perlembagaan persekutuan dijadikan undang-undang tertinggi." - Zaid Ibrahim

Maksudnya apa?
Islam TIDAK akan dihormati sekiranya perlembagaan persekutuan TIDAK dijadikan undang-undang tertinggi?

Firman ALLAH S.W.T:
"Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah."       

(Al-Maidah, 5: 50)

------------------------------

Kamu ada komen?

Komen sahaja tidak cukup!
Kamu ada buat sesuatu?

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Monday, January 17, 2011

Akhbar: GAZA-ku

Assalamu'alaikum.

(sumber: Palestinkini)


Rabu , 12/01/2011 - Kementerian Kesihatan Gaza memberi amaran pada Ahad bahawa semenanjung itu akan kehabisan stok alatan dialisis dan insulin dalam beberapa hari.
“Kekurangan ubatan telah mencapai 40 peratus dalam inventori. Terdapat 165 jenis ubat yang diperlukan tiada,” kata Direktor Jeneral Perubatan.
Kementerian kesihatan telah meletakkan tanggungjawab kepada Kementerian Kesihatan yang dikawal oleh Pihak Berkuasa Palestin (di bawah Fatah) tentang kehabisan bekalan perubatan dan menuduh mereka menahan perubatan penting.
Hanya 37 peratus daripada bekalan perubatan penting tiba di Gaza pada 2010, kata kementerian kesihatan, sambil memberi amaran bahawa bencana perubatan akan memberi kesan kepada ribuan pesakit di Gaza.
Sejak Israel menguatkan lagi sekatan ekonomi di wilayah itu empat tahun lepas, sebanyak 378 rakyat Palestin maut kerana kekurangan ubatan dan telah dihalang untuk mendapat rawatan di luar.
Dalam perkembangan lain, kementerian perubatan mengumumkan bahawa Semenanjung Gaza telah bebas daripada selesema babi, yang disebabkan oleh virus Influenza jenis H1N1.
Sebahagian penduduk direkodkan telah dijangkiti virus itu daripada kawasan berdekatan Tebing Barat, Jordan dan sebagainya. “Tiada kes virus itu mengancam kami. Kami telah bersedia untuk menangani kes itu,” kata setiausaha kementerian Dr. Hassan Khalaf kepada Quds Press. Gaza merupakan tempat terakhir di dunia yang dijangkiti virus itu.
sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/
penterjemah : redz

--------------------------


Kamu masih tidur?



"Always remember ALLAH"

Thursday, January 6, 2011

Akhbar: AJAL

Assalamu'alaikum.

(sumber: myMetro online)

Bila dah sampai AJAL,
tiada siapa dapat menolak AJAL.

Kamu suka pada AJAL,
atau kamu benci pada AJAL,
kamu tetap akan bertemu dengan AJAL!

Orang baik terima AJAL,
orang jahat pun terima AJAL.

Bukankah ALLAH telah menyatakan bahawa tiada siapa yang dapat menyegerakan atau melewatkan AJAL?
Tapi, kenapa ramai yang seolah-olah terlupa akan hakikat AJAL?

AJAL, oh AJAL.
Bagaimanakah AJAL-ku?


Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"