Pages

Monday, January 17, 2011

Akhbar: GAZA-ku

Assalamu'alaikum.

(sumber: Palestinkini)


Rabu , 12/01/2011 - Kementerian Kesihatan Gaza memberi amaran pada Ahad bahawa semenanjung itu akan kehabisan stok alatan dialisis dan insulin dalam beberapa hari.
“Kekurangan ubatan telah mencapai 40 peratus dalam inventori. Terdapat 165 jenis ubat yang diperlukan tiada,” kata Direktor Jeneral Perubatan.
Kementerian kesihatan telah meletakkan tanggungjawab kepada Kementerian Kesihatan yang dikawal oleh Pihak Berkuasa Palestin (di bawah Fatah) tentang kehabisan bekalan perubatan dan menuduh mereka menahan perubatan penting.
Hanya 37 peratus daripada bekalan perubatan penting tiba di Gaza pada 2010, kata kementerian kesihatan, sambil memberi amaran bahawa bencana perubatan akan memberi kesan kepada ribuan pesakit di Gaza.
Sejak Israel menguatkan lagi sekatan ekonomi di wilayah itu empat tahun lepas, sebanyak 378 rakyat Palestin maut kerana kekurangan ubatan dan telah dihalang untuk mendapat rawatan di luar.
Dalam perkembangan lain, kementerian perubatan mengumumkan bahawa Semenanjung Gaza telah bebas daripada selesema babi, yang disebabkan oleh virus Influenza jenis H1N1.
Sebahagian penduduk direkodkan telah dijangkiti virus itu daripada kawasan berdekatan Tebing Barat, Jordan dan sebagainya. “Tiada kes virus itu mengancam kami. Kami telah bersedia untuk menangani kes itu,” kata setiausaha kementerian Dr. Hassan Khalaf kepada Quds Press. Gaza merupakan tempat terakhir di dunia yang dijangkiti virus itu.
sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/
penterjemah : redz

--------------------------


Kamu masih tidur?



"Always remember ALLAH"

0 yang kongsi idea: