Salam Sejahtera,
bagi pencinta ilmu.
siapa yang tidak pernah mendengarnya?
Aku kira,
sebahagian kecil mungkin tertanya-tanya.
Tapi jika disebut halaqah,
aku kira,
semua mengetahui tentangnya.
Adapun Study Circle,
adalah istilah lain untuk kalimat halaqah.
Dan Study Circle,
adalah satu dari silibus pembelajaran di UIAM Gombak.
Semua pelajar Sarjana Muda harus mengambilnya!
----------------------------------
Semester ini,
aku mengambil subjek Study Circle 2,
tapi lebih selesa juga disebut halaqah two.
Sudah tentu,
faci kali ini tidak sama dengan yang lalu.
Setiap manusia ada kelebihan,
dan kekurangan masing-masing.
Sudah tentu,
ahli halaqah tidak sama dengan yang lalu.
Setiap masa ada masa bersama,
ada masa berpisah,
bukan tanda benci,
tapi tanda perjalanan diteruskan.
Sudah tentu,
masa juga berlainan.
Tapi bagi yang BIJAK,
time management tiada masalah.
Apa-apapun,
kebanyakkannya banyak yang tak serupa,
hanya beberapa sahaja yang sama.
Yang pertama,
tidak akan sama yang kedua.
Orang yang bertaqwa,
tidak sama dengan muslim biasa.
----------------------------
Kembali ke Study Circle.
Hari ini,
1 Januari 2011.
Selamat Tahun Baru saya ucapkan!
Hari ini,
ramai yang tidak menghadirkan diri dalam Study Circle,
beralasankan cuti tahun baru,
walaupun sudah diketahui akan ke-tidak batal-an Study Circle.
Hari ini,
hari pertama kelas Study Circle 2.
ramai yang tak datang,
biasalah,
hari pertamalah katakan.
Hari ini,
mereka juga tak datang,
beralasankan kata kawan.
Mereka kata hari ini cuti,
jadi tiadalah Study Circle.
Hari ini,
mereka juga membuat alasan,
dengan pelbagai lagi alasan,
yang biasa didengar alasannya.
Entah benar,
entah tidak.
Allah Maha Mengetahui.
----------------------------
Ketepikan sekejap mereka,
aku menulis,
ingin berkongsi dengan anda semua,
sedikit mutiara ilmu,
yang aku perolehi sekejap tadi.
Hanya yang hadir,
akan menjiwai kata-kata faci muda tadi.
(perhatian! bahasa sudah dialih ke dalam Bahasa Kebangsaan dengan sedikit pengolahan!)
"Kita bertemu di sini (halaqah),
untuk memahami satu konsep,
yakni, untuk memahami antara satu sama."
Kata kawan kepada Chief Faci,
juga bakal menjadi faci saya.
"Manusia datang dari pelbagai penjuru dunia,
ana dari Tanah Arab,
saudara AbdalHadi dari Palestin,
saudara Ahmad, Khairi dan Ridhuan dari Semenanjung Malaysia Timur,
saudara Jaral dari Bangladesh,
dan pelbagai lagi manusia,
yang berkumpul di sini,
yang sebelum ini tidak kenal antara satu sama lain,
tetapi boleh duduk dalam level yang sama,
kerana apa?
Kerana ISLAM!"
"dan kita yang tidak pernah kenal ini,
apabila bertemu,
kita memberi salam,
yang bermaksud:
Peace be upon you!
kepada saudara kita,
satu doa yang sangat indah,
kerana apa?
Kerana ISLAM!"
"Ingat saudaraku,
kita duduk di sini,
selama 2 jam lamanya,
untuk memahami (konsep di atas),
dan akan mengaplikasikannya!"
"Hanya 2 jam!
ana mohon,
jagalah masa antum!
Be punctual!"
Begitulah,
panjang lebar sekali huraiannya.
---------------------------
Kemudia kami dipecahkan,
kepada 3 seksyen yang berlainan,
dan aku mendaftar dalam seksyen 39,
bersama dengan saudara Ridhuan.
Bersama-sama faci kami,
bergelar brother Mokhtar,
kami sekali lagi,
dihidangkan kata-kata mutiara.
(perhatian! bahasa sudah dialih ke dalam Bahasa Kebangsaan dengan sedikit pengolahan!)
"Kita akan belajar,
beberapa Ayat Al-Qur'an,
yang berkaitan dengan Akhlak!"
"Ingat!
Jika anda tidak mahu datang halaqah,
telefonlah ana,
dan bagitaulah ana sebab musababnya.
Tapi AWAS!
FEAR ALLAH!
Dia akan melihat anda,
anda tipu ana,
ana tidak kisah,
tapi anda tidak akan dapat menipu ALLAH!"
"Kita masuk dan belajar Study Circle,
kerana ingin menjadi baik.
Supaya apabila orang melihat kita,
mereka akan berkata:
I want to be like him!
bayangkanlah,
jika itu yang terjadi,
berapa banyak ganjaran yang akan anda peroleh
di sisi ALLAH!"
Aku kemudian bertanya:
"Brother, in your opinion, what is the hikmah behind the halaqah?"
Dengan tenang,
dia menjawab:
"we are human, always forget! So halaqah use to REMEMBER us, what have we forget!"
Dia menyambung,
"Lihat sahaja diri kita,
kita sudah tahu doa masuk tandas,
tapi apakah kita amalkan?
Kita tahu doa sebelum dan selepas makan,
tapi adakah kita lakukan?"
"Maka di sinilah peranan halaqah,
"Maka di sinilah peranan halaqah,
ia akan memperingati kita akan hal-hal mudah,
yang simple di mata orang,
tapi besar di mata ISLAM!"
"Halaqah mengajar jita untuk berubah,
dari kosong kepada biasa,
dari biasa kepada yang luar biasa."
"Dalam halaqah ada pelbagai tahap manusia,
ada yang bagus,
ada yang cemerlang,
ada yang lembab.
Maka halaqah membantu mereka semua,
yang bagus dan hebat akan diajar cara membantu,
yang lemah akan cuba dibantu oleh rakan-rakan,
semuanya akan menjadi satu!"
"Dan antara yang TERpenting dalam halaqah,
don't cheat!
Kerana kamu tidak akan dapat apa-apa,
kamu sebenarnya tidak menipu ana,
tapi kamu menipu diri kamu sendiri!"
-------------------------
Ikhwah wa Akhawat fillah,
belajarlah kamu walaupun dengan manusia biasa.
belajarlah kamu tidak kira masa dan tempat,
belajarlah sesuatu samada kamu suka atau tidak!
Hassan Al-Banna pernah berkata:
"Macam mana kita hendak memberi jika kita tidak mempunyai?"
Sungguh!
Aku kecewa melihat ramai pelajar,
mengambil mudah akan Study Circle.
Pernah aku mendengar seorang teman berkata:
"Kalau tak de Study Circle pun tak pe,
Study Circle tak bagi apa-apa kesan pun,
bazir masa sahaja!"
Aku hanya mampu tersenyum,
melihat gelagatnya,
yang tidak tahu apa-apa,
mengenai pengorbanan,
seorang Naqib!
Ketahuilah,
ketika Imam Ahmad ditanya oleh seseorang:
"Wahai Imam Ahmad
sampai bila kamu akan belajar?"
Dijawabnya dalam keadaan tergesa-gesa:
"Sampai MATI!"
Engkau?
Tahu duduk bilik,
buka laptop,
sambung line internet,
taip laman web Facebook,
log in,
kemudian gelak sorang-sorang!
Pelik aku melihat mereka!
------------------------------
Mustafar Masyur ada berkata:
"Akh sodiq (saudara sebenar) ialah mereka yang menjadi Murobbi (guru)!"
Juga kita pernah mendengar:
"Seseorang itu tidak akan menghormati guru,
sehingga dia sendiri merasainya!"
Dan sungguh,
aku sendiri merasainya.
Hendak tahu apa yang aku rasa?
Hendak tahu apa kehendak seorang guru?
Ketahuilah,
tiada benda yang lebih menggembirakan,
hati seorang guru/ murobbi/ Naqib/ etc,
melainkan melihat kejayaan pelajarnya!
Sungguh sedih,
melihat kalian tidak menyempurnakan kerja rumah,
dan memberi seribu alasan,
tapi hakikatnya,
alasan itu hanyalah angin semata-mata.
------------------------------
Sampai bila anda akan terus begini?
Sampai bila anda mahu mengikut teman?
Mereka tak datang, anda pun tak datang?
Sampai bila anda akan sedar?
Bahawa yang paling utama itu,
adalah TAQWA!
Dan TAQWA,
bukannya khayalan,
tapi ia mesti diusahakan!
-----------------------------------------------
.artikel yang sepatutnya pendek.
.menjadi panjang pula. hak2.
.juga tidak tersusun isinya.
.betullah. terlalu banyak perkara yang ingin ditulis.
.tetapi masa itu terhad!.
.kewajiban lebih banyak dari masa.
Aku hairan,
melihat mereka mensia-siakan masa!
Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"
0 yang kongsi idea:
Post a Comment