Pages

Saturday, January 15, 2011

Luahan

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera dan Selamat untuk semua manusia,
yang sentiasa berasa kerdil di sisi Allah S.W.T.


Beberapa belakangan ini,
aku berasa down sekali.
Entah mengapa.

Ketika aku lancar berbicara,
di khalayak ramai,
hatiku terasa sedikit kesunyian.

Dalam tika aku bergurau senda dengan kawan-kawan,
juga para ikhwah yang tercinta,
satu perasaan 'kosong' sentiasa menompak di hatiku.

Entah,
hanya Allah sahaja yang mengetahui kesepian ini.


---------------------------

"Akhi, macam mana kita nak tahu,
kita mencintai seseorang itu,
kerana NAFSU atau kerana ALLAH?"
Aku meluahkan satu persoalan,
yang telah lama aku pendamkan.

"Cinta pada wanita ker lelaki?"
Sempat dia berjenaka.

Pada awalnya,
aku cuba mengelak,
tidak penting bagiku akan soalan itu.

Tapi,
setelah didesak oleh si dia,
aku nampaknya tiada lagi pilihan.

"Cinta seorang ikhwah terhadap ikhwahnya!"
Aku mengalah.

Dia tersenyum,
dan hanya membisu.
Entah apa yang difikirkannya.

"Anta cuba tanya si polan si polan ini,
mereka mungkin lebih arif."
Jawabnya,
cuba mengelak aku kira.

Tapi,
aku tidak puas.
Terus didesaknya,
tanpa mengira perasaannya.

Walaupun begitu,
dia tetap berkeras,
dan tidak melayan karenahku.
Mungkin tahu itu perangaiku.

Sungguh,
kadang-kadang terguris hatiku,
apabila diperlaku begitu.
Kita menanya serius,
dia main-main pula.

Tapi,
jika aku ikhlas kerana ALLAH,
aku tidak seharusnya membencinya disebabkan itu.

Yelah,
manusia mana yang sempurna?

----------------------------

"Akhi, ana ada satu soalan.
Boleh tanya anta tak?"
Aku bertanya pada individu lain pula,
dia pernah menjadi fasi ku suatu masa dulu.

"Erm, apa?"
Dalam malas dan rajin,
dia membalas.

"Macam mana kita nak tahu,
yang kita bercinta kerana NAFSU,
atau kerana ALLAH?"
Aku mengaju soalan yang sama.

Haha.
Panjang sungguh penjelasannya.

Sungguh!
Aku hanya mampu mengangguk,
dan mengiyakannya.
Sambil tersenyum.

Hatiku begitu tenang sekali,
bukan mendengar penjelasannya,
tapi mendengar suaranya.

Sudah lama,
aku tidak meluangkan masa,
mendengar suara-suara merdu,
dari mulut para ikhwah.

Hatiku begitu selesa,
mendengar setiap bait-bait katanya.
Tenang sekali.

Perbualan kami amat panjang,
sehingga tiba dua setengah pagi. (2.30am)

"Kalau ikhwah berbual,
memang dah jadi kebiasaan akan tidur lambat."
Dia melawak,
dalam kebenaran.

Malam itu,
aku terasa tenang sekali,
tenang sekali,
amat tenang sekali.

Sungguh,
adakah aku mencintaimu,
kerana NAFSU?
atau kerana ALLAH?

----------------------------------------------------
.luahan seorang insan.
.yang kesunyian.
.mahukah membantuku?.
.menghilangkan sepi ini?.

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

3 yang kongsi idea:

Mohd Syukri said...

anta ade masalah ke?

H.F. Ahmad Said said...

owh..ada masalah ka..laen kali,cuba habaq..ni dok pendam sorang2..hehe..

Al-Mufakkir Hamidi said...

Syukri: tiada orang yang tiada masalah. bukankah?
Husnul: tak perlu habaq semua, nanti kecoh satu UIA: Hamidi ada masalah! Jom tolong dia ramai2. Malu la ana. huhu:)