Pages

Friday, January 14, 2011

Belajar dari: "Ketika FACEBOOK Bertasbih"

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera buat semua,
moga sentiasa kuat dan kuat menghadapi ujian dunia.



Alhamdulillah,
semalam berlangsung dengan jayanya,
satu program yang baik,
pada saya.

Alhamdulillah,
saya juga dipilih sebagai Master of Ceremony,
untuk program pada malam semalam,
yakni satu forum.

Tidak ingin saya bicarakan,
semua isi yang telah dibahaskan dalam forum itu.

Tapi,
saya ini mengambil sedikit ruang sahaja,
untuk berkongsi,
satu kegembiraan yang saya peroleh semalam.

Dengan 'pangkat' sebagai seorang Master of Ceremony,
saya mendapat peluang untuk makan bersama-sama dengan ahli panel.

Sungguh mengguja,
dapat makan satu meja dengan ahli panel yang mantap.
Sempat sahaja saya mengutip mutiara kata-katanya.

Dr Munawwar telah pun pulang,
atas dasar urusan 'dakwah'nya yang tak habis-habis.

Yang ada,
Xifu Nasir, isteri tercinta dan moderator.

Di kala bersama mereka,
saya hanya membisu sahaja,
sambil mendengar bait-bait perbualan mereka.

Memerhatikan gerak-geri mereka,
dengan bahasa pelbagai yang mereka gunakan.

Fuh...!
Sekejap kagum,
ada juga yang terguris hati ini.

-----------------

Dalam banyak-banyak perbualan itu,
tertarik saya dengan kata-kata Xifu Nasir:
"Banyak ustaz sekarang penakut,
sebab tak de ilmu.
Kalau berani, datang la."

Kata-katanya yang cepat dan tangkas itu,
sukar saya ikuti.

Tapi,
apa yang saya paham,
sangat menggujakan diri ini.
"Kalaulah kita ada benteng yang kuat, datang batu yang menghujan pun, kita akan tetap bertahan! Tapi masalah sekarang umat ISLAM, nak berdiri pun takut! Benteng lemah! Sebab tu la umat ISLAM sekarang ini tak maju-maju."
Benteng yang dimaksudkan,
ialah ILMU.

-----------------

Dalam forum dia ada berkata:
"We are easy to be colonised,
because we are colonisiable."

Mafhumnya:
Kita mudah dijajah,
sebab kita seorang yang boleh dijajah!

Dalam masa 2 jam lebih itu,
saya hanya belajar sedikit sahaja.

Tapi,
ia membuatkan saya sedar satu hal:
Adakah saya betul-betul kuat (baca: berilmu)?

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

0 yang kongsi idea: