"Bukankah dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang?"
"macam mana nak ingati ALLAH?
ketika duduk berzikir,
hati terasa kosong sekali.
Tidak ada zuk (feeling) untuk menghayatinya"
"Apa masalah enta sebenarnya?"
perbualan yang sederhana panjang berlaku,
sehinggalah dia menyebut:
"Kadang-kadang kita tak perlu mengadu pada manusia,
cukuplah kita mengadu kepada-NYA.
Cari apa punca yang menyebabkan enta kesepian,
kemudian, ambil masa untuk meluahkannya kepada SI DIA."
- Abang Yusuf Yahaya -
.former roomate.
-------------------
Hati sedikit terisi.
Terima Kasih kepada anda semua,
yang mendo'akan kebahagiaan untuk saya,
juga kepada Abang Yusuf,
atas nasihat yang ringkas,
dan bermakna.
Setinggi mana 'level' kita pun,
kadang-kadang,
nasihat se'rendah' inilah kita selalu lupakan.
sebagaimana Saidina Umar,
diperingatkan oleh Saidina Abu Bakar,
selepas kewafatan Baginda S.A.W,
mengenai satu Firman ALLAH (mafhumnya):
"Sesiapa beriman kepada ALLAH, Sesungguhnya DIA kekal. Sesiapa beriman kepada Rasulullah, sesungguhnya dia akan wafat"
Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"
0 yang kongsi idea:
Post a Comment