Umpama sebiji pisang,
saya akan katakan ia manis,
tapi anda tidak akan dapat merasainya,
sehingga anda sendiri yang memakannya!
~ Akh Farhan, dari IPB ~
Rasulullah S.A.W bersabda (mafhumnya):
"Ada tujuh golongan yang akan berada di bawah naungan Allah ketikamana tiada lagi naungan pada waktu itu, ... (antaranya) dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu kerana Allah, dan berpisah kerana Allah! ..."
~ Akh Ilyas, dari CUCMS ~
Rasulullah S.A.W juga bersabda (mafhumnya):
"Jika kamu mencintai saudaramu kerana Allah, maka katakanlah kepadanya: uhibbuka fillah!"
~ gambar paling disukai: Munawwar, Amin, AmirSyafik, Hamidi ~
Allah S.W.T berfirman (mafhumnya):
"Sesungguhnya para mukmin itu bersaudara! Maka perbaikilah hubungan antara dua orang antara kamu!"
-------------
Masa berlalu,
Masa sudah pergi,
yang ada masa depan,
menunggu jauh di sana.
Apakah Mukhayyam Khariji 2011 ini,
mendekatkan diri ini kepada Allah,
atau melalaikan diri daripada Allah,
atau apa?
Sungguh,
Allah berfirman (mafhumnya):
"Maka sesiapa melakukan kebaikan walau sebesar zarah sekalipun, akan diperlihatkan (di Akhirat kelak), dan sesiapa melakukan kejahatan walau sebesar zarah sekalipun, akan diperlihatkan (di Akhirat kelak)"
Merenung kembali,
apakah yang akan diperlihatkan kepadaku kelak?
Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"
0 yang kongsi idea:
Post a Comment