Pages

Friday, December 10, 2010

Perjalanan

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera buat para pembaca,
juga tetamu kehormat sekalian.

Moga Reda Allah jua yang kita peroleh,
dalam setiap gerak geri jari-jemari kita,
insyaAllah.

~ di sana ada cahaya ~

Aku berfikir untuk kembali,
melakukan jahiliyah itu,
sungguh seronok zaman itu,
amat menyelerakan nafsuku.

Tapi,
hatiku memberontak entah kenapa,
meminta aku menjauhi perkara itu,
mengulangi perkara yang sama,
berputar pada satu bulatan,
tanpa bergerak melangkah kehadapan.

Aku akui,
ia bukan satu benda baik,
tapi ia amat nikmat di mataku,
sungguh!
Sukar untuk aku melupakannya.

Sebagai seorang gamers,
tiada benda yang lebih indah,
dan menghiburkan hati ini,
melainkan mengisi masa dengan permainan,
ciptaan musuh Islam.

Sungguh,
aku mengerti hal itu...
-------------------------

Kau bukan berada di tempatku,
senang la berbicara menasihatiku,
secara tidak langsung,
atau muka ke muka.

Yang merananya aku,
meninggalkan kesukaanku,
yang menjadi penemanku,
di kala aku kesunyian.

Sungguh,
engkau tidak akan memahami jiwa ini,
jiwa kosong yang minta di isi,
tiada siapa yang cuba memahami,
hanya dirinya pengubat duka.

Tika aku keseorangan,
permainan elektronik menjadi sahabatku,
sanggup berpuasa dari pagi hingga petang,
mungkin juga hingga malam.

Engkau tidak akan memahami,
jiwa ini yang penuh kehitaman,
yang hanya mahu sedikit belaian kasih,
yang mungkin mustahil untuk didapati.

Aku menderita engkau bukannya tahu,
aku keseorangan engkau bukannya kisah,
malahan menuduhku bukan-bukan,
memfitnahku tanpa soal-selidik.

Sungguh,
aku berduka bila dikatakan begitu,
bila dibenci kerana sikapku,
yang tak ubah seperti kanak-kanak,
yang dalam proses pembesaran.

-------------------------

Tulisan hati ini,
untuk mengingatkan kisah silamku,
ketika bergelar seorang gamers.

Bukan gamers biasa,
tapi dah tahap dewa kot,
entah!
Engkau mungkin lebih tau.

Teringat satu kata-kata,
yang pernah aku ucapkan kepada sahabatku,
beberapa tahun dahulu,
"Aku tak senang duduk kalau tak boleh main game satu hari!"

--------------------------

~ layakkah aku dipanggil hantu game? ~

Haha...
Ketawalah jika engkau mahu,
siapa kisah?
Aku?
Tiada masa melayanmu...

Kini kau tahu siapa aku?
Kini kau mahu memujaku terus?
Atau hendak beralih mengutukku?
Engkau punya hati, pilihlah.

--------------------

Manusiakan boleh berjalan?
Ada yang berjalan pusing-pusing,
pada takut yang sama,
tidak ubah macam satu bulatan.

Ada juga yang berjalan menuruni tangga,
dah penat duduk atas,
mungkin ada penyakit fobia tinggi,
lagipun menuruni itu kan tak meletihkan?

Ada juga golongan yang terus mendaki,
walaupun peluh dah bercucuran,
terus naik dan naik dan naik,
hendak sampai ke kemuncaknya,
hebat sungguh!

Engkau?

-------------------------

Mula-mula aku menjejaki kaki ke bumi UIAM,
tersemat kukuh di hati,
"Saya nak berubah! Tak nak lagi jadi orang biasa. Saya mahu jadi the most unique person in the world!"
Tahu ilmu di dada kurang,
apatah lagi dengan iman,
aku berdoa ringkas,
"Ya Allah! Tunjukkilah aku mana jalan yang lurus. Dan 'pimpinlah tanganku' menuju ke jalan itu!"

Beberapa hari di sini,
aku diuji oleh Allah,
sepertimana Allah menguji yang lain,
cuma ujiannya saja berbeza,
antara satu sama lain.

Kadang kadang,
putus asa menyinggah di hati,
letih tidak bermaya bermain dengan perasaan hati,
bukan cinta,
tetapi penyakit yang lain,
banyak lagi kan?

Sehinggalah,
aku dipanah oleh satu cinta,
bukan cinta biasa,
yang boleh didapati di tepi-tepi jalan,
tapi cinta dicari selama ini,
bertahun-tahun lamanya,
aku mencari cinta ini,
itulah dia,
KASIH SAYANG.

Bukan cinta dari seorang perempuan,
apatah lagi dari betina.

Tapi,
cinta dari seorang lelaki,
bukan mencintai kerana nafsu,
tetapi kerana Allah,
Sang Pemilik Cinta,
Uhibbuhu fillah.
(Aku mencintainya kerana Allah).

Dari sini,
aku diajar,
diasuh,
dibasuh,
disucikan,
dan yang paling aku inginkan,
kedekatan diri kepada Ilahi.

Sekali gus,
sikap burukku sebagai seorang gamers,
yang mungkin bertahap 'dewa',
dihapuskan sekali gus.

Tidak,
secara beransur-ansur,
sehingga ia menghilang,
dari hati ini,
dan membenci untuk melakukannya lagi.

Ah!
Bila cinta itu berputik,
engkau akan lupa semuanya!

-----------------------

~ mengundur diri? Langkah mayatku dulu! ~

Tapi,
engkau kuat kerana dia ditepi,
tidak!
Kerana mereka.

Jadi,
jika engkau berseorangan,
siapa yang memimpinmu?

Sungguh,
ini satu perjalanan,
kadang engkau beramai,
kadang engkau berseorangan.

Engkau masih tidak mengerti?
ini satu perjalanan,
hari ini engkau buat baik,
belum tentu esok engkau akan!

Engkau tidak nampakkah?
ini satu perjalanan,
mereka yang berbuat jahat,
masih lagi ada masa untuk bertaubat.

YA!
Ini satu perjalanan,
jika engkau masih berada pada takut sama,
berpusing-pusing dalam satu bulatan,
orang lain akan memintasmu,
meninggalmu keseorangan!

Ayuh!
Ini satu perjalanan,
cukuplah menuruni ke lembah kejahilan,
henti-hentilah kembali menjadi gamers,
maralah ke hadapan,
kerana tiada yang akan menunggumu!

Ini satu perjalanan!
Semua menuju kepada Ilahi,
melalui pelbagai jenis jalanan,
yang akhirnya bercantum menjadi satu,
jalan Ilahi,
Siraatul Mustaqiim.


Adakah engkau menafikan?
Sudah!
Cukup!
Berhentilah!

Setiap kali engkau ingin kembali,
kembali ke belakang,
fikir sejenak,
apakah matlamatmu?
Allah?
Rahmat-Nya?
Syurga?

Sudah!
Maralah ke hadapan!
Wahai HAMIDI!

~ aku akan maju. PASTI! ~

-----------------------------------------------------
.rintihan jiwa.
.agak melalok sedikit di akhir, desakan jiwa dan tekanan masa.
.mengapai dunia baru.insyaAllah.


Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

3 yang kongsi idea:

Puan Loyar Berkaki Lebar\ said...

Alhamdulillah.. bakallahu fik..
Post yg membuka mata insyALLAH

Anonymous said...

U r Hamidi...* FROM :Inter89 *

Al-Mufakkir Hamidi said...

Da_Umai: lama xkomen. blog anda tu serabut sedikit. dulu better.

Inter89: masih xnak tinggalkan nama?