Assalamualaikum...
Selamat Sejahtera kepada saudara dan saudari ku sekalian.
Semoga ALLAH merahmati kita semua pada setiap masa.
Ameen...
Tamat!
Apa yang tamat? Banyak. 2 hari yang lepas, banyak peristiwa yang berlaku pada diri ini. Walaupun ia adalah satu tempoh yang pendek, tapi memberi makna yang besar bagi jiwa ini. Pada entri kali ini, suka saya berkongsi kegembiraan ini bersama para pembaca yang diKasihi oleh ALLAH yang Maha Pengasih.
1. The End of Examination.
Bagi kami (Pelajar CELPAD), ujian terakhir jatuh pada 4/11/09, yakni 2 hari yang lepas. Tarikh ini agak awal jika dibandingkan dengan kos-kos lain yang biasanya tamat pada 13hari bulan atau lebih lewat. Berakhirnya peperiksaan ini memberi kelegaan pada saya dari segi pengaturan masa. Sebelum ini, saya selalu sahaja terikat dengan masa 'membaca buku akademik' yang kekadang menghalang saya untuk melakukan aktiviti yang saya minati. Tetapi sekarang semuanya dah berakhir. Saya sudah boleh tumpukan lebih masa kepada kehidupan saya yang normal (sebelum ini abnormal kah? Entahlah!).
Melihat pada kesan positif, saya dapat meluangkan lebih masa pada perkara-perkara yang berfaedah, seperti solat-solat sunat, membaca Al-Quran, membaca artikel-artikel dalam internet, majalah-majalah, buku-buku agama dan sebagainya. Alhamdulillah. Tapi, setiap sesuatu pasti ada kelebihan dan keburukan. Jika ingin melihat dari perspektif keburukan @ negatif, saya merasakan diri saya semakin kurang dari segi penjagaan masa kerana kekadang terlalu leka dengan perkara-perkara yang kurang bermanfaat seperti terlalu bersosial.
Oleh itu, pada para pembaca, do'akanlah saya agar dapat memanfaatkanlah sebaik mungkin masa yang telah diberikan oleh ALLAH ini pada kita semua. Moga-moga kita semua mendapat manfaat daripadanya. Moga-moga kita semua berada dalam golongan orang yang beruntung. Dan moga-moga kita semua diberi Kasih Sayang-Nya yang Maha Agung.
2. The End of Broken Heart
Merujuk kepada entri yang lepas, hati saya berkecamuk dengan pelbagai masalah yang berkait terus dengan 'kematian' hati. Na'uzubillahi min zaalik. Setelah selang beberapa ketika saya mengepos entri yang lepas, saya merasakan diri saya semakin bersemangat. Alhamdulillah. Terima kasih pada ALLAH. Terima kasih kepada sesiapa yang berdo'a untuk saya. Terima kasih kepada sesiapa sahaja yang berkenaan, secara langsung atau tidak. Terima kasih saya ucapkan. Hanya pada ALLAH lah saya serahkan balasan untuk kalian.
Keretakan hati yang lalu seolah-olah telah pulih. Saya berasa semakin dekat dengan Cinta-Nya. ALLAH lah sebaik-baik tempat saya mengadu cinta. ALLAH lah tempat sebaik-baik saya melepasakan rasa rindu. ALLAH lah tempat sebaik-baik saya melepaskan rasa penat dan lelah. Kerana DIA lah yang memahami keadaanku dan apa yang terbaik untukku. Alhamdulillah.
3. The End of Bad Brotherhood
Tidak cukup dengan itu, saya merasakan hubungan saya dengan kawan-kawan seperjuangan semakin utuh dan kuat. Tiada lagi rasa benci (mungkin masih berbakikan sisa-sisa). Atas nama persahabatan, saya sudah dapat meluangkan lebih masa bersama mereka. Menghabiskan masa bersama mereka dapat menenangkan hati kecil ini. Alhamdulillah. Pada ALLAH lah tempat sebaik-baik saya mengadu dan menceritakan semua kegembiraan yang saya peroleh ini. Terima kasih Ya ALLAH!
-------------------------------------------------
Inilah antara beberapa kisah 'The End' untuk entri kali ini. Penghabisan di sini bukanlah bererti telah habis segala-galanya. Walaupun peperiksaan telah habis, tetapi tanggungjawab sebagai seorang penuntut ilmu tetap berterusan. Jangan jadikan alasan peperiksaan sebagai tujuan utama kenapa kita membaca, tetapi, jadikanlah ALLAH tujuan utama kita membaca. Kita membaca, menulis, mengkaji, melihat, menonton dan seumpamanya untuk mencari Keredaan ALLAH Yang Maha Melihat dan Mendengar. ALLAH lah tempat sebaik-baik kembali.
Berakhir akan satu penderitaan bukan bererti kita boleh duduk senang-lenang dan menunggu ujian penderitaan seterusnya tiba. Tetapi, kita haruslah bersiap-sedia dengan ilmu dan amalan untuk meningkatkan keimanan kita agar kita sentiasa kuat dan utuh untuk ujian dan cubaan yang akan datang. Dan jadikanlah ujian hidup yang lepas sebagai pedoman untuk meneruskan perjalanan hidup yang masih panjang ini. Dan jadikanlah ini semua sebagai bekalan untuk bertemu dengan Tuhan Yang Maha Mencipta. Kepada DIA lah semua makhluk tunduk dan sembah.
Dan berakhirnya satu pergaduhan dengan sahabat bukan bererti kita boleh kembali mengulangi perkara-perkara yang pernah kita lakukan dahulu, yang menyakiti mereka, yang merenggangkan lalu memutuskan hubungan dengan mereka. Tetapi, kita hendaklah sentiasa dan semakin menghampiri dan mendampingi mereka agar ukhuwah yang terjalin semakin kuat dan ketat. Semoga ikatan ini tidak mudah longgar lagi. Moga-moga persahabatan yang terjalin dibina atas rasa cinta dan kasih kepada ALLAH Yang Maha Esa. Bukan kerana rupa, harta, pangkat dan kedudukan seseorang itu. Ingatlah, ALLAH lah tempat sebaik-baik kembali segala maksud persahabatan dan cinta.
Akhir kalam, sekali lagi, ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pembaca yang diRahmati kerana sudi menjengok dan membaca tulisan ini dan pada masa yang sama sudi untuk meluangkan masa untuk berdo'a akan penulis. Terima kasih. Dan kepada ALLAH lah kembali segala kebaikan dan kepada penulislah kembali segala kelemahan tulisan.
Assalamualaikum...
"Always remember ALLAH"
0 yang kongsi idea:
Post a Comment