Pages

Thursday, June 16, 2011

Kronologi: Saat Aku Mencintai AddMath

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera buat para pembaca,
yang saya cintai kerana Allah,
moga kita berada dalam Cinta-Nya.


Sekejap tadi, kepalaku ligat berputar mengelilingi masa silamku. Saya teringat kepada zaman dulu-dulu. Pada saat-saat saya amat mencintai satu subjek. Ketika itu, subjek ini amat dibenci oleh ramai pelajar. Tidak, sampai sekarang, masih ramai yang tidak menyukainya. Banyak junior-junior saya yang mengadu akan kesusahan subjek ini. Tidak kurang juga adik-adik dari sekolah-sekolah lain, turut meminta petua untuk berjaya dalam subjek ini.

Ketika tingkatan 5 dahulu, sahabat saya yang juga selaku ketua pelajar di sekolah saya, pernah berkata: "Hamidi, Raja Addmath!" Terus hati saya berbolak-balik. Sungguh, ujian pujian bukan ujian yang biasa-biasa.

Selepas 6 bulan saya meletakkan subjek ini ditepi, tiba-tiba, ia kembali menyergah ke dalam minda saya setelah saya terpandang istilah AddMath dalam blog sahabat saya (klik). Tanpa berlengah, oleh kerana kerinduan yang teramat sangat pada subjek ini, saya terus menawarkan diri untuk membantunya dalam subjek ini. Ternyata, perbuatan saya ini terlalu menjolok, hingga kelihatan seperti memperlekehkannya. Maaf, ya akhi.

Sambil menghembus nafas perlahan-lahan, saya teringat kembali zaman awal-awal saya bercinta dengan subjek Matematik ini.

----------------------------

Pada tahun 1998, ketika saya berumur 8 tahun, atau darjah 2 di sekolah rendah, saya amat-amat lemah dalam subjek Matematik ini. Saya masih ingat pada ketika saya diketawakan oleh kawan-kawan, saat saya mengatakan bahawa dalam sehari ada 12 jam untuk pagi, 12 jam untuk petang dan 12 jam untuk malam. Dengan bahasa mudah, ada 36 jam sehari.

Ketika mereka ketawa dengan riang, mereka ada menjelaskan tentang fakta yang sebenarnya. Tetapi, oleh kerana malu diketawakan, saya tidak ambil peduli dengan apa yang mereka terangkan. Akhirnya, saya menjadi pelajar yang antara terbodoh dalam subjek ini.

Sehinggalah satu hari, kami membuat bising ketika guru kelas kami yang berbangsa Cina, dan beragama Buddha mengajar di hadapan. Kami sekelas dimarah teruk oleh guru itu. Saya masih ingat namanya. Ong Saw Kim. Dia juga teman rapat kepada ibu saya, yang juga mengajar di sekolah yang sama. Moga Allah memberi Hidayah kepadanya. Ameen.

Ketika kami dimarah olehnya, saya merasakan ada satu perasaan aneh keluar dari guru itu. Satu perasaan yang tidak mungkin dapat diterjemah ke dalam tulisan. Sangat indah, dan penuh kelembutan. Mungkin itu yang dinamakan keikhlasan. Terkebetulan, guru itu mengajar subjek Matematik. Selepas dimarah teruk olehnya, saya terus tertarik dengan guru itu, dan juga subjek yang dia ajari. Mulai saat itu, minat saya pada Matematik semakin mendalam.

Setiap tahun, prestasi saya dalam Matematik terus meningkat dengan lebatnya. Sehinggakan mendapat markah penuh, sudah menjadi sebahagian dalam kehidupan saya. Pujian-pujian dari kawan-kawan dan cikgu, sudah menjadi lumrah dalam jiwa ini. Memang tak sah, jika saya tidak menjadi pelajar yang mendapat markah tertinggi dalam Matematik. Sehinggakan satu kali, saya mendapat 98% ketika darjah 3. Saya mengadu pada guru saya, bahawa jawapan yang saya tulis itu betul. Dan saya mengatakan bahawa saya menjawab seperti mana yang diajar oleh guru ketika suatu masa dahulu. Tetapi, ternyata menghormati kata-kata guru itu harus diutamakan. Saya mengalah.

Alhamdulillah, dengan berkat doa dari guru-guru sekolah, pencapaian saya dalam Matematik terus melambung tinggi, dari sekolah rendah, hingga sekolah menengah. Dan cinta saya pada subjek ini, terus basah sehingga Matematik telah menjadi sebahagian hidup saya.

-----------------

Menjelang tingkatan 5, saya semakin dikenali dengan kebolehan dalam subjek Mathematics dan Additional Mathematics. Secara keseluruhan, dalam kelas saya terdapat 3 orang yang mahir dalam subjek AddMath. Jadi, kami bertiga biasanya menjadi rujukan untuk subjek ini.

Diberi kenikmatan bijak dalam subjek ini, menjadi ujian terbesar dalam hidup saya. Setiap hari, hati saya selalu berbolak-balik. Terkadang hanyut begitu sahaja dengan pujian dari guru dan kawan-kawan. Ketika itu, saya masih belum mengenal sentuhan Tarbiyah, dan tidak punya sahabat untuk berpesan agar sentiasa mengikhlaskan diri. Akhirnya, nikmat ini telah melaghakan saya dengan dunia ini.

Dengan gelaran yang diberikan oleh Ketua Pelajar (yakni pelajar terbaik di sekolah kami), dan juga kata-kata guru kami yang pernah mengatakan: "Siapa-siapa yang hendak tengok cara menjawab secara skema, bolehlah lihat pada kertas jawapan Hamidi." Terus hilang rasa ketawakkalan kepada Allah. Seolah-olah, saya merasakan bahawa kejayaan ini adalah hasil usaha sendiri. Astaghfirullah.

-----------------

Pada tahun yang sama, yakni tingkatan 5, saya diberi kepercayaan oleh beberapa teman untuk berkongsi ilmu AddMath dengan mereka. Dengan penuh keyakinan dan gembira, saya mengambil peluang ini untuk menguji kefahaman saya dalam subjek ini. Alhamdulillah, semuanya baik-baik. Walau terkadang, tiada yang sempurna. Oleh kerana itu adalah pertama kali saya mengajar (atau berkongsi ilmu), banyak perkara yang saya tertinggal dalam perkongsian saya dengan sahabat saya itu. Tapi, itu adalah titik awal saya menceburi bidang pengajaran.

Masih teringat satu peristiwa, di mana saya dengan seorang kawan, sempat berdebat mengenai satu soalan. Ketika itu, saya amat-amat yakin bahawa jawapan yang saya kemukakan adalah benar, berdasarkan fakta dan bukti-bukti yang saya utarakan. Lebih-lebih lagi, ketika itu kami membahaskan mengenai bab Indices and Logarithms. Antara bab yang menjadi kegemaran saya. Tetapi, kawan saya tetap mempertahankan jawapannya. Bila saya bertanya apa yang menjadi bukti kebenaran jawapannya itu, dengan mudah dia menjawab: "Inilah yang ana belajar dari (Tuisyen) Math-Q". Saya hanya mampu tersenyum. Dan akhirnya saya mengalah, demi menjadi maslahat yang lebih besar.

Malang sekali, ketika Peperiksaan SPM sebenar berlangsung, saya terlalu ghairah dalam menjawab soalan yang diberikan. Ternyata, saya termakan banyak masa pada beberapa soalan. Padahal, saya mampu untuk menjawabnya dalam tempoh yang singkat. Akibatnya, saya kecewa kerana tidak sempat menyiapkan semua soalan yang disediakan. Allahu a'lam. Mungkin ada hikmah disebalik peristiwa itu.

--------------

Meningkat usia satu tahun, saya meneruskan pembelajaran di sekolah yang sama, dan menjadi senior kepada adik-adik tingkatan 5. Mengetahui bakat saya dalam bidang AddMath dan beberapa subjek sains yang lain seperti Biologi, Kimia dan Fizik, junior-junior saya sering datang dan meminta agar saya mengadakan kelas tambahan untuk mereka. Kusut kepala saya memikirkannya.

Akhirnya, selepas melihat kepada kemampuan diri dan masa saya, saya bertoleransi dengan mereka, dan saya mengadakan kelas tambahan bagi subjek Fizik dan AddMath. Saya terpaksa menolak subjek-subjek lain, dengan beralasan saya sudah terlupa akan kaedah-kaedah bagi subjek lain, dan tiada masa untuk mengulangkaji subjek-subjek berkenaan.

Oleh kerana minat yang mendalam dalam subjek ini, saya sempat mengadakan beberapa kali kelas tambahan untuk mereka. Juga terdapat dari mereka, yang sanggup datang jauh ke rumah saya, semata-mata untuk mencedok ilmu-ilmu AddMath dari saya secara talaqqi. Masih teringat, satu kali, kami mengadakan kelas tambahan sehingga lewat 1 pagi, hanya kerana satu subjek yakni Probability Distribution yang memakan masa 2 jam untuk menghabiskan satu topik penuh.

Pada tahun seterusnya, dengan sokongan moral dari ibu dan ayah, serta bantuan material dari keluarga, saya mula berjinak-jinak dengan pusat tuisyen. Akhirnya, pada tahun 2009, sambil menunggu kemasukan ke UIA, kami sekeluarga membuka pusat tuisyen untuk orang kampung sekitar. Alhamdulillah, walaupun kuantiti yang sedikit, tapi ia adalah pengalaman pertama yang dapat saya rasai sebagai seorang guru. Dari situ, saya banyak belajar mengenai kehidupan seorang guru (klik). Amat meletihkan dan memeritkan. Tetapi, amat memuaskan jiwa.

Dalam masa yang sama, masih ada junior di sekolah yang meminta untuk saya membantu mereka dalam subjek AddMath ini. Walaupun saya tidak dapat meluangkan banyak masa di sekolah, tapi saya sempat juga turun ke kelas-kelas mereka, dan mencurahkan apa yang termampu. Sungguh, saya amat mencintai subjek ini sangat-sangat. *senyum*

Kelas tuisyen di kampung saya, tidak dapat disempurnakan seratus peratus. Pada bulan tujuh, saya dikehendaki melaporkan diri ke universiti pilihan, yakni UIA. Maka, saya terpaksa berhenti mengajar mereka. Masih teringat pada kelas terakhir, yang diadakan pada hari Jumaat. Bermula lebih kurang 9 pagi, dan berakhir pada jam 12 tengahari. 4 jam. Banyak yang cuba kami berkongsi pada kelas itu. Dan pesanan terakhir buat mereka: "Jangan sekali-kali meniru dalam peperiksaan. Kerana itu tidak akan membantu kamu dalam kehidupan ini. Jujurlah dalam peperiksaan, itu lebih baik."

---------------

Masuk ke UIA, saya mula terkena dengan sentuhan tarbiyah. Dengan nikmat Tarbiyah yang baru diterima ini, saya menggabungkan unsur-unsur Tarbiyah dalam kelas saya untuk tahun berikutnya (tahun 2010). Sebelum cuti semester, saya sudah mengedarkan poster mengenai kelas yang bakal saya langsungkan. Saya amat-amat tidak sabar untuk mengadakannya.


Alhamdulillah, saya sempat mengadakan 3 sesi untuk Kelas Intensif ini sepanjang tahun 2010. Dan semuanya kembali kepada Allah, apabila sebahagian dari mereka komit dengan ketiga-tiga sesi ini. Dan yang terlebih menggembirakan saya, sempat saya memasukkan unsur-unsur Tarbiyah dalam kelas itu. Sungguh, ia satu pencapaian yang menggembirakan. (klik)

Bila semester bermula, saya ditawarkan oleh sepupu saya untuk berkhidmat dengan satu pusat tuisyen di Taman Melawati. Alhamdulillah, selepas sedikit sesi temuduga dengan tuan punya pusat tuisyen, saya mendapat tempat untuk mengajar di sana.

Pertama kali mengajar di sana, amat mendebarkan. Kerana mendapati suasana pembelajaran yang berlainan dengan pembelajaran di Kelantan. Ternyata pelajar-pelajar di sini amat-amat cepat memahami pelajaran yang disampaikan. Rupanya, pelajar yang mendaftar sebagai pelajar di sana adalah dari golongan yang bangsawan-bangsawan. Pening kepala saya dibuatnya. Selepas beberapa siri kelas, saya mengambil keputusan untuk berhenti mengajar di sana, memandangkan saya tidak dapat menyesuaikan diri dengan mereka. Pada masa yang sama, ketika itu, saya disibukkan dengan urusan akademik di universiti dan juga Tarbiyah. Memandang pada saat itu, saya masih baru dalam dunia universiti dan Tarbiyah. Masih banyak yang perlu saya pelajari.

---------------

Selepas tamat mengajar di kampung, saya mengambil keputusan untuk berehat sekejap untuk urusan ini. Saya hanya mahu memfokuskan kepada Tarbiyah dan akademik. Dalam urusan Tarbiyah, saya mula berjinak-jinak sebagai seorang Murobbi muda. Banyak perkara yang harus saya persiapkan.

Mulai awal tahun 2011, saya sudah jarang membelek buku-buku AddMath. Terkadang, saya hanya mampu mengerling sahaja buku-buku AddMath yang tersusun kemas di celah-celah buku Tarbiyah dan Kuliah di atas rak dalam bilik saya. Sempat juga saya mencuri sedikit masa, membelek buku-buku itu, mengenang balik masa-masa lampau. Saya amat merindui saat-saat itu.

Sebelum cuti semester yang lepas, saya menerima satu pesanan ringkas, "Salam, sir. Tahun ini sir masih buat kelas AddMath?" Saya hanya mampu tersenyum membacanya. "Insya-Allah, nanti sir inform balik. Siapa yang nak join?" "Adik saya."

Kemudian, cuti semester selama 3 minggu menjelma. Saya cuba menyusun waktu sebaik mungkin. Tapi ternyata, kerja-kerja Tarbiyah begitu memadatkan, sehingga saya terpaksa membatalkan niat untuk mengadakan kelas Intensif AddMath untuk tahun 2011. Walaupun begitu, Allah telah mempertemukan saya dengan seseorang, yang bekerja sebagai pengurus Home Tuition. Dia menawarkan saya untuk bekerja dengan dia. Tapi, saya terpaksa menangguhkan dulu niat itu, kerana semester baru akan bermula. Dia hanya mengangguk.

-----------------

Sekarang 6 bulan telah berlalu. Sudah lama saya tidak menuturkan mengenai Functions, Quadratic Functions, Indices and Logaritms, Circles, Probability, Probability Distributions, Trigonometry, Motion of a straight line, dan lain-lain lagi. Erm... Nampaknya saya sudah sukar untuk mengingati silibus.

Terkenang saat-saat sekolah, ketika saya berasa bosan atau tension, tentu saya akan membuka buku-buku AddMath sebagai pengubat diri. Teringat satu masa, saya tidak tenang jika tidak melakukan latihan AddMath dalam satu hari. Waktu itu, Hamidi dan AddMath memang tak dapat dipisahkan.

Tapi, itu dulu. Sekarang? Allah lebih mengetahui.

-----------------

Selepas diam seketika, seorang ikhwah bertanya kepada saya satu soalan, soalan yang sama seperti yang ayah saya utarakan, "Hamidi, bila dah besar nanti, apa cita-cita anta?" Saya diam seketika. Kemudian melemparkan satu senyuman. Mungkin ia agar pelik, tapi itulah cita-cita saya. 

"Ana berimpi, ana membuka satu pusat Tuisyen Math. Dalam tuisyen itu, ana akan melengkapkan pelajaran AddMath sepertimana yang Islam gariskan. Ana akan selitkan unsur-unsur Tarbiyah dalam pengajaran ana. Ana mahu bagitahu kepada semua, bahawa AddMath itu satu dari ilmu-ilmu Allah, bukan ilmu keluaran Barat. Dari pusat tuisyen ini, akan terlahirnya Engineer-engineer Muslim yang akan membina kapal-kapal perang, jet-jet pejuang, senapang-senapang, yang membantu menguatkan militari orang Islam. Dari pusat tuisyen ini, akan menghapuskan sikap orang Melayu yang selama ini bencikan Mathematics, dan menggantikannya dengan rasa cinta kepada ilmu ini. Dan ana bermimpi, ana membuka cawangan-cawangan ke serata dunia. Dan tuisyen ini akan melahirkan pelajar-pelajar yang betul-betul memahami Islam, dan bekerja untuk Islam. Setiap amal yang mereka lakukan, akan menjadi saksi untukku di hadapan Allah kelak. Ameen Ya Allah!"

Si ikhwah itu mendiamkan diri, sambil memperhatikan lagak saya berbicara. Setiap orang ada cita-cita tersendiri, ikhwah itu juga mempunyai impiannya tersendiri. Walaupun berlainan, tapi tujuan akhir kami adalah sama, yaitu menegakkan Kalimah Allah.

Ada orang pernah bertanya, "Habis, kenapa ambil jurusan Usuluddin? Bukan Matematik?" Jawabku mudah, "Kerana ana mahu memantapkan diri dahulu, sebelum mengejar impian ini." Kemudian, kami sama-sama diam.

~ Sebahagian dari anak didikku ~

Kini, saya mula membelek-belek kembali buku-buku AddMath. Sambil tersenyum, ia mengembalikan memori indah kepadaku. Suatu hari, cita-citaku akan tercapai. Insya-Allah...

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

5 yang kongsi idea:

rusyida said...

Alhamdulillah ..... masih ader lagi manusia seperti adik di zaman manusia sibuk mengcommercialkan kepandaian mereka. Kakak doakan adik berjaya mencapai cita-cita tersebut. Insyaallah ..... :)

Muhammad Syaakir said...

memeang power... :p

Al-Fakir Hamidi said...

kak Rusyida:
Alhamdulillah... semasa saya teringin untuk menjadi orang lain, disebabkan saya lemah dalam satu-satu hal, saya sering mengingatkan diri dengan nikmat2 yang saya ada. Dari situ, saya belajar untuk mensyukuri dengan diri sendiri.

Terkadang, manusia lupa bahawa dia ada sesuatu yang baik untuk dirinya, sehinggakan dia mahu menjadi orang lain. Dan akhirnya, timbullah perasaan tidak puas hati dengan nikmat yang dimiliki.

-Jangan lupa sebutkan nama saya dalam doa kakak- :) *Syukran.



Syaakir:
Setiap dari kita ada ke-power-an masing2. yang tinggal, macam mana kita memanfaatkan sebelum mati. :)

mu'az omar said...

salam ya akhi fillah.

ana tak rasa diperlekehkan pon. insyaAllah. masih tidak telambat untuk ana bangun, kan?

ana bukan tak nak berguru dengan nta, tapi masa tak mengizinkan kerana hujung minggu penuh dengan bengkel, ko-ku dan sebagainya. asif ya akhi

apapun, nta punya impian yang hebat! ana kagum dengan semangat nta. insyaAllah seorang murobbi pahalanya berterusan.

wallahu'alam :)

Al-Fakir Hamidi said...

Wassalam fillah.

oh ya? Terima kasih ya akh...

menjawab soalan anta "masih tidak telambat untuk ana bangun, kan?", ana akan menjawab sama dengan ana bagitau kepada junior sekolah ana:
"Antum sekarang ada dua pilihan sahaja. Pilihan pertama, antum pergi balik rumah, lompat atas katil, baring, dan tidur. Bila tiba hari peperiksaan, bangun dan datanglah ke dewan peperiksaan dengan tenang. ATAU pilihan keduanya, antum dari sekarang studi hard-hard, sehingga terseksa diri antum. Sebagai balasan buatan malas antum selama ini. Ingat! Hanya 2 pilihan ini sahaja. Tiada yang ke-3. Dan setiap pilihan antum, akan ada kesan masing-masing. Dan ingat firman Allah: 'Dan Kami tunjukinya 2 jalan. Maka kamu tidak memilih (jalan) yang sukar' [QS Al-Balad, 90: 10-11]."

semoga Allah melancarkan urusan hidupmu.

Terima kasih atas sokongan anta. insyaAllah, kita buat yang terbaik!

Salam.

There was an error in this gadget