Pages

Friday, June 10, 2011

Sebuah Persahabatan kerana Allah

Assalamu'alaikum.

Salam Ukhuwwah,
buat semua yang mencintai diri ini,
samada disebabkan pertalian darah yang memerah,
atau kerana Allah, dan Rasul-Nya.



Semua manusia, apabila dia bersahabat dengan seseorang, dia tentu mahukan kebaikan dari persahabatannya itu. Tiada yang mahu, persahabatan itu berakhir dengan pergaduhan, mahupun perpecahan yang menyakitkan hati kedua-dua belah pihak.

Terkadang, kita dengan mudah menyangka persahabatan kita dengan seorang sahabat itu adalah kerana Allah. Sehingga dengan mudah kita mengatakan bahawa "Aku mencintainya kerana Allah, kononnya ber-Ukhuwwah fillah". Tetapi, ramai yang masih keliru, apakah itu bersahabat kerana Allah? Berkasih-sayang kerana Allah?


Mengikut apa yang saya baca mengenai konsep Ukhuwwah fillah ini, Ukhuwwah yang kita jalinkan dengan sahabat kita adalah kerana untuk mengikut arahan daripada Allah S.W.T itu sendiri. Dari Firman Allah S.W.T. :"Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu adalah bersaudara, maka perdamaikanlah antara dua orang saudaramu. bertaqwalah kepada Allah, moga-moga kamu di-Rahmati (oleh-Nya)" [Al-Hujuraat: ayat 10].

Jadi, kita bersahabat dengan si dia itu, hanya kerana Allah yang menyuruh sedekimian, bukan kerana nafsu semata-mata, atau kerana kita mempunyai minat dan latar keluarga yang sama dengan si dia. Oleh itu, jika Allah tidak menyuruh kita untuk bersahabat, kita tak akan bersahabat dengan sesiapa pun.

Jadi ukhuwwah fillah ialah satu persahabatan yang terjalin kerana Allah, yakni untuk mendapatkan balasan dari Allah, yakni Reda Allah semata-mata. Bukan untuk mendapatkan balasan daripada sahabat itu. Dengan kata yang lebih mudah, kita tak pernah menaruh harapan dan balasan daripada sahabat kita.


Mengambil contoh mudah, kita memberi senyuman kepada sahabat kita, kerana mengikut ajaran daripada Nabi kita. dan jika kita terlebih mengharapkan balasan senyuman darinya, itu sudah terkeluar dari konsep ukhuwwah fillahKita senyum atas dasar kita cinta kepadanya kerana Allah, dan kita tidak meminta balasan senyuman darinya. Tetapi, cukuplah bagi kita balasan dari Allah. Tetapi, andaikata dia membalas senyuman itu, maka itu adalah bonus (nikmat) dari Allah kepada kita.

Kesan Ukhuwwah fillah:
Hati kita akan sentiasa tenang. kerana kita buat kerana Allah. Bukan kerana mengharapkan balasan dari sahabat kita. (eg: senyum, salam, muka manis, belanja makan, n etc...) Dia membalas kembali kebaikan yang kita buat, atau tidak, kita tidak kisah! Kerana apa? Kerana kita buat kerana ALLAH, bukan kerananya!

Persoalan. Terkadang, kita merasa sangat kecewa dan sedih bila kawan kita berkelakuan, tidak sepertimana yang kita harapkan?

Jika anda bertanya pada saya, saya akan mengatakan bahawa (mungkin) ketika itu kita berkawan dengannya bukan betul-betul kerana Allah. Tetapi, kita berkawan dengannya kerana kita ingin membuat dia gembira! Dan selepas kita buat dia gembira, kita mahukan dia membuat kita gembira pula sebagai balasan apa yang telah kita lakukan kepadanya!

Jika kita melihat dari sudut ini, secara tidak langsung, kita telah meminta imbalan atau balasan daripadanya, bukan daripada Allah. Kita berkawan dengannya, kerana kita harapkan suatu hari nanti, dia akan memberi kita kegembiraan seperti mana yang kita telah lakukan kepadanya. Dan ini terkeluar dari konsep Ukhuwwah fillah.

Ukhuwwah fillah, adalah satu persahabatan yang kita lakukan hanya kerana Allah. Kita buat dia gembira kerana kita nak minta ganjaran Syurga dan Reda-Nya. bukan kita nak dia buat balik kita gembira!


Mungkin ada yang bertanya, kalau begitu, adakah kita langsung tidak boleh mengharap apa-apa dari sahabat kita?

Sekali lagi, jika anda menanya kepada saya, saya menjawabnya: BOLEH! Syaratnya, tidak keterlaluan. Sehingga apabila yang kita harapkan itu tidak terjadi, kita putus asa dan tersangat kecewa. Kerana orang Muslim patut beriman dengan Qada' dan Qadar. Kerana kita beriman dengan firman Allah,"boleh jadi kamu sangka itu baik untukmu, tapi sebenarnya ia buruk. Dan boleh jadi kamu sangka itu buruk untuk mu, tapi sebenarnya ia baik!".

Oleh itu, Islam menggalakkan kita bermimpi dan berimpian (untuk mendapatkan sesuatu yang baik, seperti contoh sahabat yang baik yang akan sentiasa memberi kegembiraan kepada kita), tapi tidak terlalu obses dengan impian kita itu, sehingga kita lupakan bahawa Allah berfirman: "Adakah kamu menyangka, kamu dibiarkan beriman tanpa diberi cubaan?"



Wahai sahabatku,
walau kita punya sahabat beribu sekalipun, ketahuilah, yang memberi kita kesenangan dan kelapangan hati ialah Allah, bukan sahabat kita. Dan boleh jadi, tanpa kawan, hati kita lebih tenang. Syaratnya, hati sentiasa berzikir kepada Allah.

Maka senyumlah selalu!
Jangan masam-masam muka!
Kerana orang yang terlalu kecewa dan sedih, sebenarnya adalah satu indikator bahawa kita tidak dapat merima hakikat tentang takdir Allah.

Nabi Muhammad S.A.W ada bersabda: "Sungguh unik orang muslim itu. Bila dia diberi nikmat, dia bersyukur. Bila dia diberi ujian, dia bersabar!"

Sabarlah sahabatku!
Allah tidak sekali-kali menzalimi dirimu.
Dan ketahuilah, Setiap kesusahan itu, pasti diakhiri dengan tawa riang. Percayalah!!!...

“Teman-teman akrab pada hari itu(hari kiamat) sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa.” [QS. Az-Zukhruf, 43: 67]

----------------------------

* Sudah lama tidak mengepos panjang...
* Kebelakangan ini, banyak pula bercakap mengenai Ukhuwwah fillah atau Ukhuwwah Islamiyyah. Moga Allah melindungi diri ini dari sebarang virus-virus yang menghancurkan Ukhuwwah yang terbina selama ini.
* Sangat merindui adik-adik di UIA PJ, UIA Nilai dan Sekolah Al-Amin Gombak. Akhirnya impianku ingin bersemuka dengan Mu'az dan Isyraf dan adik-adik yang lain dimakbulkan oleh Tuhanku. Allahumma Ameen...

Assalamu'alaikum.

"Always remember ALLAH"

5 yang kongsi idea:

mu'az omar said...

subhanallah ya akhi. ana mengerti, perkataan UHIBBUKA FILLAH sahaja mampu menggetarkan hati dua orang sahabat.

hehe, ana tak sangka itu adalah nta mula mula. terkejut juga mula mula bila nta kenal ana. sebab tak sangka Allah aturkan juga sebuah pertemuan.

dan, ana nak ucap jazakallah khair untuk penyampaiannya di Al-Amin. moga beri manfaaat buat semua. dan, maaf atas segala kekhilafan kami.

akhirnya,

UHIBBUKA FILLAH ya akhi. :)

Al-Fakir Hamidi said...

Wa ana UHIBBUKA FILLAH aidon kama ahbabtani...

sebenarnya, ana perlu lihat antum kat masjid UIA satu hari dahulu. Tapi, time tu dah masuk khutbah. so, ana tangguh dulu niat utk bersapa dgn antum.

Ternyata, Allah tlh mempertemukan kita kat Al-Amin pula... he :) Alhamdulillah.

Semoga, lebih berjaya dalam persahabatan, juga peperiksaan, dan Akhirat.

:)
Senyum.

Salam.

Al-Fakir Hamidi said...

*perlu = pernah

Ahmad Isyraf Imrani said...

jazakallahu khairan kathira ya akhi.

uhibbukafillah =)

tak sangka kita akan bersua juga akhirnya.

Al-Fakir Hamidi said...

wa iyyaka akhi.

wa ana uhibbuka fillah kama ahbabtani... :)

Bila Allah berkehendak, tiada yang mustahil.

*Teringat bila jumpa anta, anta memperkenalkan diri, "Ana Isyraf". Terus ana senyum sorang-sorang. hehe...

There was an error in this gadget