Pages

Sunday, January 1, 2012

Saya!? Dan ke-'tidak ada apa-apa'-an

Assalamu'alaikum.

~ This is me. And you're? ~

Salam sejahtera buat semua,
dan salam tahun 2012 buat semua.

"Hamidi, malam ni free tak?"


"Erm... ada apa?"


"Projek Halaqah?"


"Huh?"


"Hehe... ana gurau je."


Projek Halaqah.
Saya mulanya tidak memahaminya,
sehinggalah Allah mengilhamkannya.

"Oh. New Year ea?"

---------------------------------

Dilahirkan sebagai manusia pendiam,
ditambah dengan sifat pemalu,
kekadang saya salahkan takdir,
diciptakan sebegini rupa.

Saya memang tidak suka ke sana ke mari,
tidak suka bertemu dengan ramai manusia,
lebih-lebih tempat macam itu.

Saya lebih gembira bersendirian,
bersama-sama dengan kawan di alam maya,
atau hanya meletakkan kepala di atas lengan.

Tenang.
Tak perlu susah-susah.

Itulah saya.

---------------------------------


~ It's not about time, It's about your dream! ~

Sekarang dah 3 tahun,
saya berada dalam sistem Tarbiyah.

Banyak yang saya pelajari.

Dan yang terakhir saya belajar, adalah:
Saya sebenarnya TIDAK ADA APA-APA!

---------------------------------

Saya tidak pasti,
samada ia adalah realiti,
atau hanya saya sahaja yang mimpi.

Saya lihat,
dan saya dengar,
ramai yang ingin 'menjadi' seperti saya.

Tetapi,
jika mereka tahu siapa saya,
tentu mereka akan menarik balik kata-kata itu.

---------------------------------

Jika mereka mengangumi cara saya berdakwah,
maka saya adalah pendakwah yang teruk.

Saya ada kawan bukan Islam,
tapi saya tak mampu mengucapkan tentang Islam di hadapannya.

Saya tidak pakar dalam agama Kristian,
apatah lagi mengenai Buddism dan Hinduism.

Jika tidak tahu tentang itu,
macam mana mungkin saya ingin menyeru mereka kepada Islam?

Selama 3 tahun dalam Tarbiyah,
saya masih belum menarik mana-mana manusia,
menikmati dan memeluk agama suci ini.
Tanpa menafikan,
bahawa Hidayah itu milik Allah.

Dan dalam bab dakwah pada bukan Islam ini,
sudah tentu Akh Asif dan Akh Nidzam adalah lebih baik.

Mereka pernah berurusan dengan bukan Islam,
dan saya belum.

Ilmu saya tentang 'perbandingan agama',
amat cetek sekali.

---------------------------------


Kalau sebut bab Fiqh,
lagi-lagi Usul Fiqh,
saya akan mengelak,
dari memberi hukum itu ini.

Antara sebab kenapa saya tidak memilih bidang Fiqh,
kerana saya begitu takut untuk mengeluarkan fatwa.

Saya susah untuk mengingat hukum-hukum,
dan kata-kata ulamak,
mengenai hukum tertentu.

Akhirnya bila ditanya,
saya akan bertanya si dia kembali,
"Kamu rasa apa hukumnya?"


Jika berbicara mengenai Fiqh dan kaedahnya,
memang kami ikhwah di UIA,
akan melihat Akh Syahir adalah ahlinya.

Saya merasakan,
penguasaan saya dalam bab Fiqh,
adalah bagai bumi dan langit jika dibandingkan dengannya.

Melihat kelemahan saya berhukum,
dan mengeluarkan fatwa,
saya mengakui bahawa Mufti bukan impian saya.

Walaupun ramai yang mengatakan,
bidang Usuluddin masa depannya tidak secerah Fiqh,
tapi saya tetap takut untuk mendalami bidang Fiqh ini.

---------------------------------

Maka Usuluddin saya pilih.

Bukan kerana cinta padanya,
pada awalnya.

Tapi,
kerana masa silam lalu,
banyak memberi dorongan kepada diri,
agar 'kembali' kepada agama yang asal.

Dan tidak dapat tidak,
untuk mendalami agama Islam,
saya merasakan Usuluddin adalah bidang terbaik.

Belajar mengenai Aqidah,
dan seterusnya berbincang tentang jemaah-jemaah,
serta puak-puak pecahan Islam,
membuatkan diri ini sedikit ketakutan.

Kerana ini soal Akidah!

Rosak Akidah,
nahas jawabnya!

Sekali lagi,
saya terkaku sebentar,
bila ditanya beberapa soalan mengenai Usuluddin.

"Adakah dosa bagi orang Kristian,
menyebarkan ajaran agama Kristian?"


"Bukankah haram hukumnya,
kita meletakkan Abdullah pada nama bapa si muallaf?"


Saya senyap,
tidak dapat menjawab.

Yang keluar hanyalah:
"Er... maaf, saya tak tahu tentang ini."


Kadang-kadang,
saya begitu takut untuk melihat masa depan.

Risau-risau saya tidak ada perkara,
untuk dibicarakan kepada umum.

Soalan itu tak boleh jawab,
soalan ini pun sama sahaja.

Tapi terkadang,
saya selalu imaginasikan,
10 tahun akan datang,
tentu saya menjadi seperti mereka-mereka ini.

Wah!
Suka-suka!

---------------------------------

~ Kadang-kadang, kita perlu kotorkan tangan, untuk merasai kemanisan 'kek' ~

Beberapa hari lepas,
seorang sahabat ajak bermain pingpong.
Dah lama rasanya,
tidak memegang bet pingpong.

Bila pergi ke meja permainan,
ternyata saya adalah yang terlemah.

Melihat sahabat-sahabat lain bermain,
hingga basah-basah baju mereka.
Hebat sekali!

Hati saya berdetik:
"Saya memang tak layak berada di sini."

Tapi,
kaki tetap kaku sebentar,
menyaksikan perlawanan,
hingga pengakhirannya.

Minda saya berkecamuk,
dan saya hanya mampu tersenyum.

"Alangkah bestnya,
jika ada ikhwah yang pakar dalam pingpong,
dan dapat mendakwahi mereka dengan cara pingpong,
dalam memahami Islam sebenar-benarnya"
Hati saya bermonolog keseorangan.

Memang,
jika melibatkan permainan fizikal,
samada pingpong atau bola atau seumpamanya,
saya pasti yang terakhir.
Lemah sekali.
Huh...

Masih terbayang,
pengalaman bermain bola,
ketika darjah 6 di sekolah rendah.

Oleh kerana hanya tahu tendang dan tendang,
akhirnya ter-slide kaki seorang kawan,
dan akhirnya dia jatuh tersungkur.

Selepas itu,
terus fobia untuk bermain bola,
sehingga bila masuk Tarbiyah,
sedikit sebanyak cuba bermain,
walau kaki saya adalah kaki bangku.
Haha...

---------------------------------


Dan jika melibatkan aktiviti fizikal,
sudah tentu saya dibelakangkan.

Jikalau ada barang-barang yang perlu diangkat,
tentu saya tidak dipanggil,
atau barang amanah saya dibantu oleh orang lain.

Memang susah sekali,
saya ingin melakukan sorang-sorang.

Kadang-kadang,
saya merasa tidak puas hati,
dilayan sebegitu rupa.

Kerana fizikal badan yang kecil,
tidak bermakna saya tidak layak itu semua.

Tetapi,
saya sering menahan amarah,
dan cuba bersangka baik dengan mereka yang membantu,
walau hati begitu terasa,
bagai diperlekeh.

Dalam bab fizikal dan sukan,
sudah tentu dalam ahli Tarbiyah di UIA,
kami akan mengatakan Akh Hafizi yang terbaik!

Saya dengan dia,
huh... jauh sekali bandingannya.

---------------------------------

Itu bab intelektual dan fizikal.

Kalau bab rohani atau spiritual,
tentu Akh Zikrul yang terbaik.

Dia pernah dijolok,
sebagai ahli sufi terbaik dalam ikwah,
oleh seorang ikhwah senior.

Saya senyum mendengarnya.

Jika anda bersama Akh Zikrul,
tentu anda rasa malu.

Setiap kali nak melakukan satu hal,
pasti dia akan berpesan:
"Baca Bismillah dulu."


Saya senyum tersipu-sipu.

Kadang-kadang,
saya suka melihat wajahnya,
tenang sekali.

Dan saya suka bekerja dengannya,
orangnya bersahaja,
dan peramah sekali.

Bila teringat istilah 'sufi',
pasti wajahnya yang saya terbayang.

Bandingan saya dengan dia,
dalam bab kesufian,
amat jauh sekali.

Walau terkadang,
saya cuba bersifat kesufian,
tetapi ia ternyata tidak semudah itu!

---------------------------------

~ betulkah kita sudah keluar dari kegelapan? ~

Jika bercakap mengenai sejarah,
atau ilmu sirah Nabi dan para sahabat,
siapalah saya.

Dalam bab ini,
tiada siapa pernah memandang saya.

Berbanding dengan ikhwah senior,
ditambah pula dengan ketidak minatan saya dalam subjek sejarah,
saya memang hampas.

Tetapi,
alhamdulillah.

Sekarang sudah mula timbul,
putik-putik kemesraan bersama sejarah.

Saya sudah mula merasai kemanisan,
membaca sirah Nabi kita,
dan cerita-cerita orang Soleh.

Dan sudah tentu,
saya bukannya pakar dalam bab ini!

---------------------------------

Mungkin anda merasakan,
saya hebat dalam pelajaran.

Jika di sekolah rendah,
saya dinobatkan pelajar terbaik kurikulum.

Dan di peringkat menengah,
saya pernah naik pentas,
bersama Nik Madihah,
pelajar terbaik SPM 2008.

Dan di peringkat universiti,
pernah sekali berada dalam senarai Dean.

Tetapi,
ternyata saya tidak setanding Akh Adam.

Walaupun dia kelihatan sempoi bersahaja,
tetapi usaha dan kehebatannya dalam akademik,
amat memberangsangkan!

Lebih-lebih lagi,
dia asalnya pakar dalam Matematik,
sekarang beralih ke bidang Fiqh,
atas kepentingan Ummah!

---------------------------------

Jika bercakap soal Tarbiyah,
saya berumur 3 tahun sahaja,
mana layak dibandingkan dengan pelajar MUSLEH.

Pertama kali saya berkenalan dengan Akh Muaz,
dalam dunia siber,
terus terpikat dengan cara pendekatan Al-Amin.

Daripada Akh Muaz,
banyak saya pelajari.

Dan dari situ,
saya berkenalan dengan Akh Isyraf dan Akh Amir Luqman.

Bila melihat kehebatan mereka,
barulah saya sedar satu hal,
bahawa Tarbiyah tidak mengira umur.

Selang beberapa masa,
saya mendapat tahu,
jika ingin melihat hasil sebenar keluaran Al-Amin,
lihatlah pada Akh Asif.

Sedikit demi sedikit,
saya mula jatuh cinta pada Al-Amin,
dan MUSLEH umumnya.

Kadang-kadang,
saya rasa dengki dengan mereka.

Kerana saya tidak dapat merasai Tarbiyah,
dalam usia muda lagi.

Saya terbayang,
apa yang akan terjadi,
pada diri saya dan Tarbiyah saya,
10 tahun akan datang?

---------------------------------

Ada yang berbisik,
saya pandai bercakap di hadapan.

Huh!?
Biar betul?

Seorang pemalu macam saya,
hebat berpidato?

Saya akui,
saya sering bercakap di hadapan.

Tetapi,
siapa pernah ambil tahu,
sekuat mana degupan jantung saya ketika itu?

Dalam tips memberi,
saya sering ingatkan diri,
"Ketika kita berada di hadapan (mengajar),
anggaplah kita yang paling hebat!
Ketika kita berada di belakang (belajar),
anggaplah kita yang paling bodoh!"


Inilah yang sering membakar semangat saya!

Walau terkadang,
saya terkedu,
bila ada yang datang,
minta ajarkan dia cara berpidato.

Haha...

Sekali lagi,
saya ketawa sorang-sorang,
di belakang.

Bukan menghina,
tetapi,
terasa diri terlalu dimuliakan,
dengan sesuatu yang bukan pada tempatnya.

---------------------------------

~ Are you prepare (for Paradise?) ~

Dan tidak kurang juga,
ada yang cuba menganggap nasib lampau saya baik,
seolah-olah saya tidak ada masa silam hitam.

Seolah-olah mereka tidak tahu,
saya juga belajar di sekolah kerajaan.

Dan seolah-olah mereka tidak tahu,
saya belajar di aliran sains!

Dan ketahuilah,
saya banyak belajar Islam,
dalam dunia Tarbiyah.

Bukan ketika di sekolah,
dan bukan di alam keluarga!

Sebab itu,
saya sungguh cemburu,
pada pelajar-pelajar Al-Amin!

Jika anda pernah hidup dalam dunia sekular,
saya pun pernah laluinya.

Saya tahu,
untuk keluar dari sistem Barat,
dan memasukki dan mendalami Tarbiyah Islam,
bukan sesuatu semudah seperti buat air teh.

Tetapi ketahuilah,
ia amat berbaloi,
walau anda dicemuh oleh kawan-kawan anda,
disebabkan anda digelar 'budak masjid'!

---------------------------------

Sekarang,
bila sudah lama dalam Tarbiyah,
saya sedar bahawa saya TIDAK ADA APA-APA yang istimewa.

Kalau dahulu,
saya sering beranggapan saya terbaik!

Jika bukan terbaik,
saya cuba imaginasikan saya adalah terbaik!

Dan saya terus lakukannya,
dalam apa jenis bidang saya ceburi.

Tetapi kini,
bila saya muhasabah dan merenung kembali,
saya sebenarnya tidak apa-apa kelebihan.

Hanya belajar 2 tahun dalam jurusan Usuluddin,
bukan bermakna saya sudah setaraf Shah Krit,
apatah lagi dibandingkan Sheikh Ahmad Deedat.

Jauh sekali!

Walau saya bercita-cita seperti itu,
tetapi terkadang,
saya merasakan ia nya mustahil.

Apabila semakin lama dalam Tarbiyah,
saya rasa semakin malu.

Saya tidak punya apa-apa kelebihan,
jadi macam mana saya ingin memberi?

Dan peristiwa terbesar pernah saya lalui,
adalah satu saat itu,
dimana saya merasakan saya bodoh sekali.

Entah mengapa,
perasaan itu datang tiba-tiba.

Saya merasakan diri saya tidak ada apa-apa.

Sukar sekali saya menukilkannya di sini,
kerana ia adalah sesuatu yang bersifat abstrak.

Tetapi,
itulah hakikatnya!

Walaupun begitu,
saya gembira dengan perasaan itu,
kerana itu telah menghancurkan EGO saya,
sedikit sebanyak.

Insya-Allah.

---------------------------------

~ What you're waiting for? ~

Akhirnya,
saya tahu,
di sana ada yang mengenali saya,
walau saya tidak mengenali mereka.

Pernah beberapa kali,
nama saya dipanggil,
tetapi apabila saya berpaling kepadanya,
ternyata saya betul-betul tidak mengenalinya.

Entah sebab apa nama saya tersebar,
hingga ke pelusuk bangunan kuliah saya.

Sehingga mendapat mesej daripada senior,
yang tidak saya kenali nombornya.
"Salam dik,..."


Kalau bab kerja rumah,
atau assignment,
tentu saya mendapat mesej dari nombor yang tak dikenali.

Terkadang saya pelik,
kenapa antara ramai-ramai dalam kelas,
nombor saya juga mereka hubungi.

Kadang-kadang,
hati ini mudah busuk dan leka.

Sebab itu,
saya begitu kuat dengan Tarbiyah.
Kerana tanpanya,
saya sudah hanyut. PASTI!

---------------------------------

Dan realitinya,
Tarbiyah mengajar saya,
bukan sahaja menjatuhkan EGO,

tapi juga,
menguatkan kenyakinan diri,
bahawa saya adalah MUSLIM,
dan seorang Muslim adalah TERBAIK.
Dan saya adalah TERBAIK!

Itulah yang menjadi kekuatan untuk saya,
untuk terus buat yang TERBAIK!

Akhir sekali,

Duduklah sebentar,
bukan melihat sehebat mana anda,
atau seburuk mana anda,

tapi lihatlah,
apakah yang anda sediakan untuk Allah?

Walau anda dipuji melangit,
atau dikeji menjunam,

ketahuilah,
bahawa kita akan mati,
dan bertemu dengan Allah.

Maka,
berjalanlah,
terus ke hadapan!

Ya Akh!


Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

4 yang kongsi idea:

Saudara Muslim ^.^ said...

SubhanAllah!! entry yang sgt membina diri ini..ibarat terkena pada diri sendiri..
moga Allah permudahkan akhi dalam liku2 "T n D"...insyaAllah...ayuh, kita bangun bersama..insyaAllah..

Mohon share ya akhi..atas dasar dakwah..jzkk

Al-Fakir Hamidi said...

Saudara Muslim.

insya-Allah, jika ia baik, maka sebar2lah. mungkin antum melihat dari satu sudut yang berlainan daripada ana.

btw, boleh ana kenal anta? siapa ye?

Adam said...

ana rasa ana jauh lebih lemah dari anta dalam bab study akhi...dan ana masih mencari apa sumbangan yang terbaik ana boleh buat untuk islam base on potensi ana...doakan ana moga Allah bukakan jalan untuk ana mengenali apa potensi diri ana.

Al-Fakir Hamidi said...

Adam:

insya-Allah, moga Allah permudahkan. btw, ana melihat anta berkelebihan dalam Fiqh. huhu. Wallahu a'lam.

There was an error in this gadget