Pages

Saturday, April 3, 2010

Dunia Baru

Assalamualaikum.

Salam selamat dan Salam sejahtera kepada warga pembaca blog ini.


Alhamdulillah. Allah masih lagi memberi kepada saya untuk menikmati keindahan dunia ini. Dan itu bukanlah persoalannya, tapi bersyukur pada-Nya kerana masih memberi saya nikmat terbesar, iaitu nikmat Islam dan Iman untuk terus berjuang dalam dunia yang penuh dengan tipu daya ini.

Alhamdulillah juga kerana Allah telah memudahkan urusan pembaharuan blog ini. Urusan untuk memperindah (insyaAllah) blog ini berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit kecelaruan telah berlaku. Susunan Gadget di sebelah kanan telah pun bercampur-aduk dan tunggang-terbalik. InsyaAllah akan dipersusunkan balik dalam masa terdekat.


Bagi penulis blog, seperti saya, mengupdate blog adalah satu tugas yang penting. Kerana perubahan yang baik sekaligus dapat memikat para pembaca untuk membaca dan membaca dan terus membaca. Selepas itu, blog yang menarik di mata mereka akan memikat hati-hati mereka untuk menyebarkan blog tersebut kepada sahabat handai mereka. Dan sekali gus penyebaran blog tersebut membawa kepada penambahan kenalan untuk si penulis blog. Begitulah dunia blog.

Tapi, blog yang mempunyai wallpaper yan cantik berseri, berbunga-bunga di sana sini, tapi, isi entrinya kosong juga tidak bermakna. Asyik2 menceritakan pasal si 'dia'. Kejap kisah sedih, kejap kisah bunga. Macam-macamlah katakan. Akhir sekali, blog tersebut hanya berpusing pada kawasan yang sama sahaja (macam cerita Sembilu Kasih).

Oleh itu, penulis haruslah pandai mengolah satu-satu isu, agar ia menarik dan mudah dibaca dan difahami oleh para pembaca. Bahasa yang digunakan juga penting untuk diambil perhatian. Ini kerana terlalu banyak bahasa rojak atau slang kenegerian akan menyebabkan misunderstanding oleh pembaca. Bahasa-bahasa yang pelik-pelik juga akan mengganggu tumpuan para pembaca dalam memahami maksud yang ingin disampaikan. Apabila pembaca tidak memahami apa yang hendak disampaikan, pembaca akan hilang mood dan meninggalkan blog tersebut.

Kesimpulannya, membina dan menulis blog bukanlah sesuatu yang mudah. Sebab itu statistik yang dibuat, menyatakan bahawa blog yang dibuka untuk satu hari, kemudian ditinggalkan begitu sahaja mencecah 70% (kalau tidak silap). Ada juga blog yang ditulis untuk sebulan, 2 bulan dan beberapa bulan sahaja sebelum ia ditinggalkan oleh para penulis blog.

nota : Tiba-tiba sahaja saya bercakap soal blog. Hehe. Sebenarnya saya bukanlah pakar dalam bab ini. Hanya berkongsi ilmu yang ada sahaja. Yang lain, bolehlah dicari sendiri.

---------------------------

Di sini, penulis ini merasmikan (maaf jika perkataan ini tidak sesuai digunakan di sini) pelancaran penglibatan penulis dalam bidang video 'secara tidak rasmi'. InsyaAllah. Bolehlah melayari Channel saya di sini.

InsyaAllah, saya akan cuba berdakwah menggunakan medium YouTube sebagai salah satu medium untuk berdakwah selain blog ini.

------------------------

Dalam blog ini juga, satu Gadget telah ditambah, iaitu sistem Poll. Semoga sistem ini dapat menambah baikkan blog penulis dalam menjana blog yang bermutu dan bermanfaat buat para pembaca. Sebarang komen dan nasihat serta tunjuk ajar boleh dikomenkan di mana-mana ruang komen atau dishoutbox atau di emailkan atau dengan apa cara sekalipun.

Terima kasih buat para pembaca yang sudi dan setia dengan blog yang tidak seberapa ini. Semoga Allah menjaga hati penulis dari terkena penyakit-penyakit hati, physically or mentally. Hanya Allahlah tempat kita kembali.

----------------------

Sebagai peringatan! (khususnya kepada para penulis blog)
Bukan blog sahaja yang harus dipercantikkan, diperindahkan dan diperbaiki. Malahan menjaga hati, mengindahkan iman, memperbaiki amalan itu juga perlu. Malahan ia lebih perlu jika dibandingkan dengan blog. Semoga kita mengambil iktibar.

Assalamualaikum.

"Always remember ALLAH"

2 yang kongsi idea:

+akufobia+ said...

berseru kepada diri sendirii+orang lain.

Al-Fakir Hamidi said...

Alhamdulillah...

sama2 berdakwah!

There was an error in this gadget