Salam Sejahtera,
dan salam kesabaran,
buat para pencinta agama Ilahi.
(entri kali ini, sedikit emosional. Harap berwaspada!)
~ Tentu ahli bomba itu tidak kisah, jika si tuan rumah itu mati atau hidup kan? ~
Sering orang mengucapkan padaku:
"Wah, bangganya jika dapat jadi macam kau, Hamidi!"
Tapi,
jarang sekali,
atau teramat-amat sedikit,
yang bertanya padaku:
"Apa yang kau lalui sepanjang hidup kau?
Tentu banyak ujian yang kau dah tempuh, kan!?"
Manusia...
Suka melihat pada kejayaan,
tanpa melihat pada ujian yang dilalui.
Bagi saya,
manusia ini adalah manusia bodoh.
Ingin berjaya,
tapi tidak ingin berusaha.
Ingin kaya,
tapi tidak ingin bekerja.
Ingin high result,
tapi tidak ingin belajar dan membaca.
Ingin isteri hebat,
tapi diri tak mahu jadi hebat.
Ingin masuk Syurga,
tapi perangai macam ahli Neraka.
Apakah itu?
Angan-angan,
adalah pemusnah kehidupan!
-------------------------
Dulu saya tidak suka sejarah,
tidak suka dan benci.
Baca Sejarah SPM pun pada last minute.
Tapi,
Alhamdulillah,
dalam kepenatan ulangkaji itu,
dapat juga keputusan yang boleh dibanggakan.
Tapi kini,
saya sudah mula mencintai sejarah,
sedikit demi sedikit.
Sama seperti saya mula mencintai 'membaca',
sedikit demi sedikit.
Sehingga saya mula rasa gelisah,
jika saya tidak dapat memegang buku yang saya inginkan,
apatah lagi jika tidak dapat membeleknya.
Selepas menilai sejarah Islam,
saya mulai sedar akan beberapa hal.
Melihat kejayaan yang dilalui oleh umat Islam dahulu,
pada zaman kerajaan Abbasiyah,
yang meliputi 2 pertiga dunia,
ia adalah sesuatu yang indah!
Begitu juga zaman-zaman lain,
terlebih pada zaman kehidupan Rasulullah.
Membaca kejayaan demi kejayaan,
yang mereka perolehi,
membuat diri teruja.
Sehingga satu saat,
saya terhenti seketika,
dan berkata pada diri:
"Saya akan kembalikan zaman itu!"
Pada saat itu,
saya mula mengkaji dan melihat,
tingkat-tingkat dan proses mencapai kejayaan itu.
Dan semua umum mengetahui,
bahawa kejayaan akan dirasai,
setelah seseorang itu berjaya menghadapi ujian.
Nah!
Itulah dia,
rahsia kejayaan yang semua orang mengetahui akan hal itu!
--------------------------
~ Buat apa susah-susah kan? Lebih baik tidur. ~
Selepas mengetahui hakikat itu,
saya begitu takut,
risau saya tidak mampu bertahan dengan ujian itu.
Saya mencari ubat yang terbaik,
atau perisai yang paling ampuh,
bagi menghadapi ujian mendatang.
Maka,
selepas menjalani kehidupan demi kehidupan,
saya membuat penilaian,
bahawa TARBIYAH adalah solusinya.
Dari situ,
saya terus menetapkan di hati:
"Tarbiyah bukan sebahagian hidup saya,
tapi Tarbiyah itu hidup saya."
Selepas itu,
segala aktiviti Tarbiyah,
saya ikuti sebaik mungkin,
walau ada beberapa perkara yang tidak saya persetujui.
Kerana saya tahu,
saya bukanlah yang terbaik,
untuk menilai sesuatu yang saya tidak ketahui seluruhnya.
Umpama agama Islam,
kita semua akui ia adalah yang Terbaik.
Tetapi ada sebahagian ajarannya,
tidak selari dengan jiwa kita.
Kerana itulah dipanggil,
Latihan Hati.
Melakukan kerana Allah,
bukan kerana nafsu.
Singkatnya kita pangil: IKHLAS!
------------------------
Hari ini,
kita lihat orang kanan kiri kita,
siapa yang punyai semangat macam para Sahabat dahulu?
Mungkin satu dalam sejuta.
Dan jika adapun,
apakah itu adalah 'KITA'?
Atau kita tidak tergolong?
Jika kita tidak tergolong,
maka kita golongan mana?
Hari ini,
umat Islam semakin malas.
Cuba mengelak dari benda yang tidak suka,
kerana bertentangan dengan nafsu mereka.
Untuk mengelak diri,
dari terjerumus ke lembah 'ujian' ciptaan Allah,
mereka membuat pelbagai dalih itu ini.
Dan yang lebih teruk,
mereka menggunakan dalil Al-Qur'an dan Hadis,
untuk berundur dari medan perang.
Dasar pengecut!
Hari ini,
ada segolongan manusia,
menggunakan dalil Al-Qur'an:
"Sesungguhnya Allah tidak membebankan seseorang,
sesuai dengan kemampuannya..." [Al-Baqarah]
Terus-terusan,
cuba melarikan diri,
dari terus ditimpa ujian Allah.
Kerana cintakan dunia sementara,
dan kerana takut kehilangan dunia itu.
Sehingga mereka lupa,
bahawa Allah juga berfirman:
"Bahawa Allah tidak mengubah nasib satu kaum,
sehingga mereka yang mengubah nasib mereka..." [Al-Ra'd]
Kerana mereka tahu,
untuk mengubah,
mereka harus keluar dari zone selesa.
Dasar manusia pemalas!
Anda tahu kenapa ini terjadi,
semuanya kerana Western Educational System,
yang tak guna itu!
Hari ini,
saya sungguh marah.
Sungguh,
saya begitu marah pada sistem ini!
Saya lihat,
ramai kawan-kawan saya,
juga sahabat saya,
even mereka yang ikut Tarbiyah,
sudah hilang semangat Islam yang sebenar!
Semangat menyebar Islam!
Dan terus-terusan berkata:
"Saya tidak layak untuk itu!"
Anda tahu sesuatu,
bahawa tiada dalam sejarah Sahabat Nabi SAW,
yang pernah ucap kalimah itu.
Dan sekali lagi anda mengatakan,
"Tapi saya bukan Sahabat Nabi!"
Sekali lagi,
saya begitu benci pada sistem barat,
yang telah MENGHANCURKAN semangat Islam,
kawan-kawan,
dan sahabat yang saya cintai dengan hati saya.
Saya betul-betul marah!
----------------------
~ Siapa yang suka membaca di sini? ~
Dasar pengecut,
dan dasar pemalas,
tak akan pernah berjaya di dunia ini!
Jadi anda ingat,
kita akan berjaya di Akhirat kelak dengan sifat ini?
Sekali lagi saya teringat,
kata-kata kawan saya di luar sana:
"Bestnyer jika dapat jadi macam kau, Hamidi!"
Tanpa pernah mereka mengetahui,
betapa dunia ini telah saya tinggalkan,
semuanya kerana Akhirat saya,
kerana ibu, ibu, ibu dan ayah saya,
kerana keluarga, abang, kakak, adik saya,
kerana murobbi yang terkadang tidak serasi dengan saya,
kerana mutarobbi yang terkadang buat saya serabut,
kerana kawan-kawan saya yang perlukan bimbingan,
dan kerana impian saya masa hadapan!
Dan saya tahu,
untuk masa depan,
saya harus kuat tempuhi pelbagai ujian.
Ujian kesakitan,
juga ujian disakiti,
dicemuh,
dihina,
di'kafir'kan.
Tak lupa ujian kemiskinan,
ujian kegagalan dalam exam,
ujian kehilangan orang tercinta,
ujian derita fizikal,
dan mental.
Juga dengan ujian kelelahan,
ujian bersabar,
ujian tidak dapat apa yang dihajati,
ujian belajar,
ujian mengajar,
ujian mentaati,
ujian menyuruh walau dalam terpaksa,
ujian mencintai,
ujian membenci,
dan lagi, dan lagi ujian.
Manusia boleh 'cuba' lari,
tapi mereka tak akan dapat lari!
Manusia boleh jadi berani,
juga boleh mengalah menjadi pengecut!
Semuanya kembali,
pendidikan apa yang telah kita lalui,
sistem ajaran Rasulullah (Tarbiyah),
atau sistem si Dajjal penjahanam!
Saya begitu marah,
marah amat-amat marah!
Apabila melihat sahabat saya,
seorang demi seorang,
mula hilang kekuatan,
untuk menghadapi ujian itu dan ini.
Dasar sistem tak guna!
-----------------
Sebentar tadi,
saya mendapat satu pesanan mesej ringkas,
dari seorang ikhwah:
"Assalamu'alaikum. ana uhibbukafillah."
(Saya mencintaimu kerana Allah).
Ringkas.
Padat.
Dan menyentuh Jiwa.
Saya tersenyum.
Mesej ini menghilangkan sedikit perasaan marah,
yang sedang berkecamuk dalam hati saya.
Alhamdulillah.
-------------------
entri seterusnya,
saya akan cuba bincangkan,
macam mana sistem Barat yang jahat itu,
menarik dan mencabut semangat jihad dari jiwa Muslim!
Doakan saya.
Ingat daku dalam doamu.
Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"
3 yang kongsi idea:
nice entry...menusk jiwa...
Subhanallah.
Entri ini membuka mata O.O
Terima kasih!
qolbi: syukran
Pensel: jangan lupa tutup mata utk tido. hehe
Post a Comment