Pages

Wednesday, November 9, 2011

Islamic Educational System (Teori & Praktikal)

Assalamu'alaikum.

Macam mana cuti anda semua?
Cuti Eid Adha yang menggembirakan.
Dan 3 hari Tasyrik yang mengasyikkan.

Semoga setiap hari yang berlalu,
mendekatkan diri kita kepada Syurga-Nya.

Kerana setiap nafas yang keluar,
penyebab kejauhan dari Si Maha Penyayang,
adalah satu kerugian tahap 'dewa'!

Maka duduklah sebentar wahai si pendosa,
beristighfar!

Dan duduklah sejenak wahai si hamba Allah,
bertasbih, bertahmid, bertakbir,
mensyukurinya!

~ Al-Qur'an dan As-Sunnah rujukan utama orang Islam. Maka, dalam sistem pendidikan juga, gunalah 2 sumber ini sebagai asas pembelajaran anda dan keluarga ~

Menyambung kembali perbincangan yang lepas,
perbincangan mengenai sistem pembelajaran Barat,
yang menjahanamkan anak-anak kita,
dan juga adik-adik yang kita cintai,
serta abang kakak yang kita kagumi,
juga yang merosakkan ibu bapa yang kita sanjungi.
(klik)

Sistem Pendidikan Islam,
amat luas perbincangannya.

Untuk mereka yang ingin mengetahuinya secara detail dan lengkap,
bolehlah rujuk mana-mana buku atau web yang berkaitan.

Boleh juga baca buku Concept of Islam in Education,
tulisan Professor Naquib al-Attas.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian juga,
sebenarnya sekarang saya bersama seorang kawan,
sedang bertungkus-lumus menyiapkan satu tugasan kelas,
yang bertajuk:
"Attack on Islamic Educational System".

Doakan kami berjaya menyiapkannya.

------------

Tapi,
pada entri kali ini,
saya tidak mahu menulis,
semua aspek Islamic Educational System.

Saya hanya mahu membincangkan,
sebahagian kecil sahaja daripada sistem ini.

Iaitu:

Ketika kita bersekolah rendah,
dan ada yang ketika bersekolah menengah,
kita pernah didedahkan dengan satu istilah Inggeris,
"If you fail to plan, you plan to fail!"

Adakah anda perasan sesuatu,
atau melihat kekurangan pada pepatah ini?

Ketika kita masih kanak-kanak,
kita ditanam satu ideologi yang kita tidak sedar.

Satu ideologi yang menjadikan kita seperti hari ini,
kita yang hanya tahu bercakap,
tetapi tidak berbuat.

Anda tahu apa kelemahan atau kecacatan pepatah itu?

Jika anda perhatikan secara teliti,
anda akan mendapati pepatah itu hanya menceritakan kelemahan manusia,
iaitu kelemahan tidak tahu 'MERANCANG'.

Dan anda pasti tertanya,
jadi, apa yang cacatnya?

Sebelum saya tunjukkan kecacatannya,
saya ingin anda melihat perbandingan pepatah di atas,
dengan satu surah yang telah di wahyukan kepada Nabi kita SAW.

"Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, dan beramal soleh (melakukan amal-amal soleh), berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran." [Al-Asr: 1-3]

Surah ini lazim kita dengar,
dan juga menjadi salah satu surah,
yang digemari oleh kita untuk dibaca dalam solat.

Surah ini surah pendek,
berkisarkan kehidupan manusia yang suka membazirkan masa.

Maka,
Tuhan kita menegur kita,
juga boleh diistilahkan sebagai menasihati kita,
agar tidak terjerumus ke dalam sifat 'orang yang rugi',
dengan beberapa tunjuk ajar daripada-Nya,
empat perkara bagi mengelak dari terjerumus ke lembah kerugian.

Jadi,
pembaca sekalian,
adakah anda dapat melihat perbezaan,
antara pepatah Inggeris tadi,
dan surah yang diturunkan dari langit ini?

Dan saya tidak suka mendengar,
anda mengatakan:
Pepatah tadi pendek,
dan surah ini lebih panjang.

Kerana ini,
jawapan budak-budak,
dan kita semakin matang,
maka jawablah dengan jawapan orang dewasa!

-----------------------

Pembaca budiman sekalian,
yang pernah terkena perangkap ini,
secara sedar,
atau secara maya,
ketahuilah selama ini,
kita dididik atau diajar,
satu pembelajaran secara teori tanpa praktikal.

Anda sudah menemui kecacatannya?
"If you fail to plan, you plan to fail!"

Pepatah ini,
memberitahu kita mengenai teori orang yang gagal merancang,
tanpa memberitahu kita apakah cara terbaik,
untuk kita menjauhi sifat tersebut.

Budak-budak yang kecil,
yang masih belum mampu untuk berfikir dengan baik,
akan membuat pelbagai andaian sesuai dengan kadar pemikiran mereka.

Apabila mereka tidak mampu mencari idea yang terbaik,
idea untuk menjadi perancang yang baik,
mereka akan bertemu dengan ibu dan bapa,
dan bertanyakan hal itu.

Malang sekali,
berapa banyak ibu bapa yang sanggup melayan karenah si anak zaman 'moden' kini?

Kebanyakkan ibu bapa yang disibukkan dengan dunia,
hanya tahu melepaskan anak mereka,
sepenuhnya kepada sekolah.

Mereka sudah tidak punya waktu dan ruang,
walau untuk makan bersama dengan si anak.

Dan si guru mereka pula,
ditekan dengan silibus yang banyak,
yang harus dihabiskan dalam tempoh yang tertentu,
tiada masa untuk menjawab soalan-soalan bodoh si anak kecil tadi.

Akhirnya,
si anak berputus asa,
dan membuka televisyen,
menonton rancangan yang bodoh-bodoh,
dan akhirnya terjatuh ke dalam pepatah tadi,
"if you fail to plan, you plan to fail!"

Apabila keadaan itu berlaku,
maka kata si pengarang buku Concept of Islam in Education,
lahirlah pemimpin Islam yang tidak berkelayakan,
dan akhirnya memerintah negara dengan penuh kecuaian,
dan melahirkan lagi lebih ramai warga negara,
yang semakin bodoh akibat pemerintahan yang bodoh,
dan seterusnya melahirkan pemimpin yang lebih bodoh.

Perkara buruk ini,
akan berputar dan berputar,
melahirkan pemimpin yang semakin bodoh,
dan akhirnya melenyapkan satu bangsa tanpa disedari oleh mereka!

Pepatah yang indah dari luaran,
tapi amat buruk sekali jika diteliti secara mendalam,
dikaji dengan lebih detail.

------------------

~ Semua sedia maklum, Al-Qur'an dan As-Sunnah adalah rujukan utama orang Islam. Persoalannya, kenapa kita masih belum maju sehingga sekarang, walau kita sudah ketahui realiti ini? ~

Maka,
Allah menurunkan satu surah,
surah yang cukup pendek,
tapi mengajar manusia,
secara teori dan praktikal!

Surah al-Asr.

Surah ini menyatakan kegagalan manusia,
menjaga masa dengan baik,
dan akhirnya ramai manusia yang terjerumus dalam kerugian.

Tetapi,
Allah tidak berhenti di situ.

Kerana Dia yang Maha Mengetahui,
bahawa di sana ada manusia yang jahil,
dan malas untuk ke kelas di sekolah-sekolah,

maka Dia mengajarkan kita semua,
secara praktikal,
apakah cara terbaik untuk tidak menjadi manusia yang rugi tadi.

Allah mengatakan empat manusia,
yang tidak akan rugi!

Pertama, beriman.
Kedua, melakukan amal soleh.
Ketiga, berpesan dengan kebenaran.
Dan keempat, berpesan dengan kesabaran.

Sebab itu sebahagian ulamak mengatakan,
bahawa surah ini adalah satu pertiga ilmu.

Dan sebahagian ulamak yang lain pula mengatakan (jika salah, tolong betulkan),
jikalau hanya surah ini diturunkan,
sudah cukup untuk mengajar manusia.

Maka,
untuk beriman,
haruslah punya ilmu mengenai IMAN (Aqidah).

Dan untuk beramal soleh,
haruslah punya ilmu mengenai IBADAH.

Dan untuk berpesan dengan kebenaran,
haruslah kita ketahui apa itu KEBENARAN (Aqidah dan Ibadah).

Dan untuk berpesan dengan kesabaran,
haruslah punya ilmu mengenai KESABARAN (Akhlak).

Maka,
untuk mempunyai ilmu itu,
tidak dapat tidak,
haruslah belajar.

Maka,
dari situlah timbul satu perasaan,
perasaan untuk belajar,
dan membaca.

Jadi,
si budak tadi,
jikalau dia tidak bertanyakan kepada si ayah atau ibu yang sibuk tadi,
atau jikalau gurunya tidak menghiraukan si dia,
dia sudah tahu apa yang perlu dilakukan,
iaitu BELAJAR,
bukan menonton movie-movie bodoh.

Sebab itu,
ulamak-ulamak dahulu,
begitu tekun belajar, membaca dan mengkaji,
kerana ingin menjadi manusia,
yang jauh dari golongan yang rugi tadi.

Oleh itu,
surah pendek ini,
mengajar manusia secara teori,
dan secara praktikal.

Yang tinggal,
adakah mereka ingin melakukannya?
Atau sekadar membaca,
dan tutup mushaf Al-Qur'an,
dan kembali bersembang kosong dengan kawan atau si kekasih.

---------------

Sebagai penguat kepada kenyataan saya di atas,
anda boleh rujuk pada surah al-Qashoshu: ayat 60-70.

Pasti anda akan melihat apa yang saya maksudkan,
dengan Teori dan Praktikal.

Dengan syarat,
mulakan dengan bismillah,
dan bacalah dengan hati yang mencari kebenaran!

---------------

~ Pendidikan dari ibu bapa amat penting untuk si kanak-kanak. Maka, ibu bapa harus tahu apa yang perlu disampaikan kepada mereka. Maka, carilah ilmu itu dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah. ~

Dan saya tahu,
pasti ada yang bangkang!

Mengatakan,
"If you fail to plan, you plan to fail!"

Jika kita ingin tahu apakah yang terbaik untuk elak diri,
dari menjadi manusia yang gagal merancang,
maka carilah ilmu.

Persoalannya,
ilmu itu luas,
maka ilmu apa yang harus dicari?

Jika kita pergi library,
apakah tajuk buku yang harus dicari?

Tetapi,
jika kita melihat pada Firman Allah,
kita sudah tahu apakah ilmu yang harus dicari,
yakni ilmu Aqidah, ilmu Ibadah dan ilmu Akhlak.

Tiga ilmu yang menjadi asas kepada agama Islam.

Dan saya juga pasti,
pasti akan ada yang tidak puas hati.

Kalau otak si budak tak dapat memahami konsep,
"If you fail to plan, you plan to fail!",
pasti mereka juga tak dapat memahami secara mendalam konsep surah tadi.

Maka saya jawab,
Ya!

Kerana kita pada hari ini,
jarang membaca Al-Qur'an,
bahkan tidak membacanya langsung dalam tempoh sehari,
bahkan ada yang tidak membacanya selama seminggu atau sebulan,
atau mungkin ada yang tidak pernah membacanya,
melainkan mendengar bacaan di televisyen sahaja.

Sebabnya mudah.
Sistem kekeluargaan juga sudah musnah.
Keluarga pada hari ini,
lebih mementingkan aspek duniawi,
sehingga tidak ada keseimbangan dari segi pembelajaran duniawi dan ukhrawi.

Akhirnya,
hati si anak semakin mengeras,
dan semakin sukar untuk memahami Kata-kata Allah ini.

--------------------

Maka anda semakin keliru,
dan bertanya:

"Jadi, apa yang boleh saya lakukan?"

Soalan ini,
akan terjawab sendiri,
bila kita mengkaji dengan lebih mendalam,
mengenai:
Islamic Educational System.

Insya-Allah,
saya akan cuba berkongsi,
apa yang saya miliki dan punyai,
atas pemberian Allah kepada saya.

Tetapi,
untuk awalnya,
boleh anda melihat di entri ini (klik).

Semoga bermanfaat untuk anda,
dan keluarga anda,
serta masa depan anda!

Sehingga bertemu lagi,
dalam perbincangan ini,
di entri-entri mendalam.

Sedia menerima sebarang soalan dan komentar,
mengenai sistem pendidikan Islam ini.

Ingat,
Allah yang lebih mengetahui,
dan Maha Mengetahui!


Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

3 yang kongsi idea:

Adam said...

panjang sangat ni...hu3

adysuR said...

Mungkin inilah yang dikatakan pendek tapi panjang. Hehe.

Apa-apa pun entri ini sangat baik.^^

Al-Fakir Hamidi said...

Adam: haha... patutnya kata:'wah... saya ingin baca lagi!' baru boleh jadi ulamak... :)

adysuR: er... maksud anda? 'pendek tapi panjang'? he :)

There was an error in this gadget