Pages

Tuesday, July 26, 2011

Si pembuat 'Maksiat' yang sedang Bertatih

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera dan Selamat,
kepada mereka yang sedar dan ingin kembali,
juga pada mereka yang sudah diberi kesedaran,
moga kita akan dikumpulkan di tempat yang indah-indah di Sana...

~ Ampunilah dosa-dosaku. Aku bukan manusia suci. Ya Allah! ~
.by Sansana of deviantart.

Entri kali ini adalah penjelasan dari entri ini (klik).

Saya menganggap,
ada yang tidak bersetuju bila saya mengatakan,
"diri ini banyak membuang masa, tapi bila merenung sekejap, itu ternyata lebih baik..."

Memang,
tidak saya menafikan,
membuang masa itu amat-amat tidak patut.
Sehingga Allah sendiri mengatakan,
"Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu betul-betul dalam kerugian." 
(Al-'Asr, 103, 1-2)
Tapi,
sebelum kita menghukum seseorang,
lebih baik kita melihat pada latarnya terlebih dahulu.

Saya tidak pasti siapakah anda,
dan sejauh mana tahap keilmuan anda,
lebih-lebih lagi taraf anda di mata masyarakat dan keluarga.

Boleh jadi,
anda dihormati di kalangan makhluk dunia,
dan juga tidak mustahil anda disukai oleh penduduk langit.

Sampai sehingga satu tahap,
anda boleh menilai sesuatu yang saya sendiri tidak dapat gapai,
dan anda mampu melaksanakan satu-satu perkara,
yang manusia biasa-biasa penat melakukannya.

Tapi,
ketahuilah sesuatu,
setiap dari kita ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Setiap dari kita,
mempunyai latar kehidupan yang tidak sama,
dan sejarah keluarga serta pendidikan yang berbeza sekali.

Ketika saya mula-mula 'dihujani' dengan Tarbiyah,
ternyata Allah membuka satu pintu yang selama ini saya tidak dapat lihat.
Manusia itu pelbagai ragam.
Aneh dan terkadang memeningkan kepala.

Terlebih,
bila kita menjadi murobbi (pendidik) dalam satu halaqah,
kita akan menyaksikan mutarobbi (anak didik) yang pelbagai ragam.

Setiap satu individu itu,
berlainan dengan individu yang lain.

Masalah si dia ini,
tentu berbeza dengan si dia itu.

Maka,
murobbi yang sukses ialah,
murobbi yang dapat 'masuk' ke dalam jiwa mutarobbi,
dengan kaedah dan cara yang berbagai,
dan perlahan-lahan mengeluarkan masalah,
yang selama ini terpendam dalam jiwa mereka.

Si ulat buku dan 'ulat' perpustakaan,
hendaklah disuakan buku-buku,
untuk menarik minat mereka.

Si kaki bola yang tidur pun dengan bola,
maka kita turun ke padang,
sama-sama menendang.

Mereka yang suka menjelajah sana sini,
kita dekati dengan membawa mereka,
ke tempat air terjun,
atau KLCC.

Bagi yang suka 'berlari' ke masjid,
kita pimpin tangannya,
dan sama-sama berjalan ke Rumah Allah.

Bagi yang 'gila' internet,
maka kita bina hubungan dengan blog,
atau juga facebook.

Si dia yang 'cintakan' permainan elektronik (games),
sama-sama kita di sebelahnya,
dan bila waktu solat tiba,
ajaklah ia bersama.

Mereka yang menjadi hamba kepada perempuan,
kita bina hubungan dengannya,
agar dia mengetahui,
yang mana hubungan atas dasar nafsu,
dan yang mana atas dasar iman.

--------

Manusia,
pelbagai ragam...

~ Tuhan, selamatkan aku ~
.by Edelmen of deviantart.

Ketika mana kita cuba menghina mereka,
kerana tidak sehaluan dengan kita,
kita seakan-akan terlupa,
yang Allah pernah bagitahu,
"Dan Dia (Allah) mendapatimu sesat, maka Dia memberikan petunjuk" 
(Ad-Dhuha, 93: 7)
Ya.
Allah yang memberi kita petunjuk,
di kala kita tergapai-gapai dalam kejahilan.

Mungkin anda tidak pernah merasainya,
kerana keluarga anda orang baik-baik. Alhamdulillah.

Tapi,
bukan semua yang senasib dengan anda.

Ketika dahulu,
saya mencari-cari erti kehidupan sebenar,
ingin mengetahui kenapa kita dihidupkan,
cuba merasai kemanisan dalam pahit kehidupan.

Saya mengharapkan,
agar Allah menunjuki saya jalan ini,
jalan yang memberikan saya kemanisan kehidupan ini.

Dan akhirnya,
Allah mempertemukan saya dengan segolongan manusia,
yang mengajar saya erti kehidupan sebagai hamba-Nya,
dalam lingkup dan didikan di bawah Tarbiyah.

Segala kepujian dan kebaikan itu milik Allah...

-------------

"diri ini banyak membuang masa, tapi bila merenung sekejap, itu ternyata lebih baik..."

Ketika berhadapan dengan karenah manusia yang pelbagai,
ada yang pernah dibuang sekolah gara-gara sikap teruknya,
ada yang sumpah-seranah si ibu dan juga si bapa,
ada yang bermatian-matian hidup kerana sekeping sijil,
ada yang tergila-gila dengan permainan komputer,
ada yang menjadi hamba pada perempuan,
dan ada yang kalah dengan duit dan jawatan.

Manusia,
memang pelbagai...

Ketika melihat seseorang yang suka berbicara buruk tentang gurunya,
sedang lena dibuai mimpi pada pagi hari,
dengan rintikan hujan di luar tingkap,
lebih saya sukai,
daripada telinga ini disuap dengan ucapan-ucapan tidak senonoh,
yang mengotorkan hati dan menimbulkan prasangka buruk.

Ketika melihat insan yang membenci si ibu atau ayah,
tengah 'lalai' dengan dengan permainan komputer,
dalam laptop yang baru ia miliki,
lebih saya sukai,
daripada saya mendengar segala caci maki yang ia lemparkan,
kepada si ibu yang mengandung,
dan si ayah yang mencari nafkah untuknya.

Ketika duduk bersama-sama dengan mereka yang bermati-matian untuk sijil,
mendengar cerita suka dan duka yang ia hadapi,
dalam satu-satu tempoh yang sedikit panjang,
lebih saya sukai,
daripada melihatnya sibuk dengan bahan bacaan buku itu dan ini,
sehingga melupai tanggungjawab sebagai seorang muslim,
kepada Tuhan yang menciptakannya.

Ketika memandang kawan yang amat-amat minat dengan games,
yang sedang berjalan-jalan di sekitar pusat bandar,
menghabiskan masa-masa yang terluang,
lebih saya sukai,
daripada melihatnya duduk berjam-jam di hadapan komputer,
sehingga sanggup untuk tidak makan sehari semalam,
lainlah jika ia berpuasa.

Ketika melihat seseorang yang tergilakan perempuan,
duduk di masjid memakai seluar jeans labuh ke buku lali,
dengan rambut yang berserabut seperti tidak mandi,
lebih saya sukai,
dari melihatnya berbicara dengan wanita,
walaupun dengan hanya berbalas-balas mesej.

Ketika bertemu dengan sahabat yang hidup mati untuk duit,
bertemu dengannya di biliknya dalam menghadap buku,
untuk ujian akhir semester yang bakal mendatang,
lebih saya sukai,
daripada melihatnya sentiasa mundar-mandir,
mencari beberapa keping 'kertas' berwarna hijau atau merah,
sehingga terlepas waktu Subuh dan lain-lain.

--------------

Saya  tidak menyatakan,
saya setuju...

Saya hanya menyatakan,
saya lebih suka...

~ Terkadang, kita kena sedar hakikat mereka yang menagih kasih ~
.by DD2N of deviantart.

Antara membuang masa,
dengan melakukan maksiat,
yang mana lebih utama untuk dilakukan,
bagi seorang pembuat maksiat?

Anda orang yang beragama,
juga lazim dengan amalan agama.

Mereka orang bukan kalangan agama,
juga tidak pernah melazimi dengan amalan agama.

Maka,
bantulah si dia itu,
dengan perlahan-lahan.
Tadarruj (bertahapan).
"Dia (Muhammad) berwajah masam dan berpaling [1] Kerana seorang buta telah datang kepadanya [2] Dan tahukah engkau, barangkali dia ingin menyucikan dirinya (daripada dosa) [3] Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, yang memberi manfaat kepadanya? [4] Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup [5] Maka engkau memberi perhatian kepadanya [6] Padahal tidak ada (cela) atasmu kalau dia tidak menyucikan diri [7] Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran) [8] Sedang dia takut (kepada Allah) [9] Engkau telah mengabaikannya [10]. Sekali-kali jangan (begitu)! Sesungguhnya (ajaran-ajaran Allah) itu suatu peringatan. [11] Maka barangsiapa mengkehendaki, tentulah dia akan memperhatikannya. [12] 
('Abasa, 80: 1-12)

Semoga selepas ini,
dia juga merasai kemanisan beribadah,
kelembutan dalam 'dakapan' Ilahi.

Semoga selepas ini,
dia akan lebih bergegas,
mengejar dan mencari cinta Ilahi.

Semoga selepas ini,
dia akan mencintai para salafus soleh,
dan membuat apa yang mereka buat.

Semoga selepas ini,
hati mereka terpaut dengan kasih kepada Rasul,
dengan selawat dan salam yang sentiasa lekang di bibir.

Dan semoga selepas ini,
mereka hanya ikhlas kerana Allah,
dan mula membenci maksiat tersebut,
atas sebab kelembutan dan keramahan yang kita tunjuki.

InsyaAllah...
Inilah Tarbiyah yang saya pelajari...

------------

~ Terus bersinar, menebarkan Cahaya Ilahi ~

Dan ketahuilah,
saya tidak pernah menyalahi,
mereka yang 'sedikit' tegas dengan golongan ini.

Terkadang,
pada ketegasan itu ada baiknya.

Yang penting ialah,
berbuatlah kerana Allah.

Orang yang paling dekat dengan Allah,
ialah orang yang paling bertaqwa!

Bukan mereka yang tegas,
juga bukan mereka yang lemah-lembut,
dan semestinya bukan semua orang terTarbiyah,
itu dijamin sebagai ahli Syurga...

Yang penting,
ikhlaskanlah hatimu,
dalam apa jua yang anda lakukan.
"Katakanlah: Sesungguhnya solatku, amalku, hidupku, dan matiku adalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam..."

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

2 yang kongsi idea:

Asif said...

Si dia yang 'cintakan' permainan elektronik (games),
sama-sama kita di sebelahnya,
dan bila waktu solat tiba,
ajaklah ia bersama.

sedap cara nta bahagikan dan klasifikasi kan perihal mad'u. akan jadi lebih efektif..setuju. tak semua mad'u mahukan perkara yg sama..

:) tulisan syeikh dakwah UIA ni memang best..

Al-Mufakkir Hamidi said...

Alhamdulillah. Haaza min fadli rab...

boleh la... sikit2. kita kongsi pengalaman yang telah Allah tetapkan.

btw, ana banyak belajar cara penulisan anta. insyaAllah. sharing is caring. he.

:) tulisan syeikh dakwah ex-al amin lagi hebat!