Pages

Saturday, May 14, 2011

Bersama Lelaki Berseluar Pendek

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera buat anda yang memantau blog ini,
dengan penuh ketenangan,
dan ada yang kesesakan.
Moga ALLAH me-Rahmati anda.


Hari Khamis yang lepas,
saya bertemu dengan seorang lelaki,
yang hanya memakai seluar pendek.

Oh,
pada awalnya,
si dia ini langsung tidak berbaju.

----------

Pada awal pertemuan dengannya,
saya melihatnya dengan penuh debaran.

Susuk tubuhnya,
kelihatan bagai orang yang kuat bermusafir,
dan ternyata sangkaanku benar,
apabila dia menyatakan dia pernah ke France.

Datang belajar di UIA,
atas sebab-sebab tertentu.

Berborak-borak dengannya,
dapat juga saya menimba ilmu dari si dia.

Dengan baju t-shirt biasa,
berseluar pendek atas lutut,
bila duduk bersila di atas katil,
terus menampakkan pahanya yang putih.

Saya hanya tersenyum.

Ketika itu,
saya memakai seluar putih,
dipadankan dengan baju Melayu putih,
dan disesuaikan dengan kopiah yang putih,
memang satu set putih.
Boleh anda imaginasikan penampilan saya?

Tetapi,
kelihatannya,
dia tidak mengendahkan akan hal itu,
dan dia langsung tidak menunjukkan rasa tidak senang dengan penampilanku.

Bicaranya pantas dan lancar,
mukanya bersahaja dengan ketenangan,
dan gaya badannya agak sopan.

-------------

Begitulah yang saya pelajari dalam Tarbiyah.

Kita tidak menghukum mereka yang tak tahu,
mungkin bagi kita adalah satu dosa berseluar pendek,
tapi bagi mereka yang datang jauh dari France?
Apa yang mereka tahu?

Terkadang marah-marah dan maki-hamun,
akan menjauhkan diri kita dengan mereka,
yang mahu belajar tentang ISLAM.

Akhirnya,
kita juga yang merugi kerana tidak dapat,
membantu mereka mendekati dan memahami ISLAM,
dengan lebih Syumul.

Seperti kisah Abbas Asisi,
apabila dia dan temannya,
melihat seorang lelaki memakai rantas emas,
sedangkan lelaki HARAM memakai barangan emas.

Lelaki itu memasuki masjid,
lantas Abbas dan rakannya menghampirinya,
dan dengan penuh ramah dan mesra,
mereka berkenalan dengan si lelaki itu,
seolah-olah lelaki itu sebahagian dari kumpulannya.

Dan ternyata,
hasil pakatan Abbas dan temannya berjaya,
apabila 3 bulan kemudian (atau 3 tahun, saya lupa),
sudah tidak kelihatan lagi rantai emas di lehernya.

ISLAM mengajar kita untuk menyebar Kasih,
bukankah ISLAM Rahmat untuk alam?

-------------

Maka,
hendaklah kita memberi mereka masa,
agar menyukai diri kita,
semoga mereka senang,
untuk mendengar tutur kita,
akan hal Syurga dan Neraka.
Amin.

*Satu coretan spontan. pada lewat tengah malam. kerana melihat blog ini sudah lama tidak ber'buah'. hehe.
*Terima kasih kepada semua pengundi. Undian masih dibuka. Silalah teruskan undian anda!

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

6 yang kongsi idea:

adysuR said...

Bukan untuk dijauhi tetapi untuk didekati =)

Muhammad Syaakir said...

ahsanta... setuju dengan cara dakwah itu... bergaul dengan mereka baru senang untuk mereka menerima teguran.... :)

inchesofart said...

yeah. suka, suka :)

Ibnu Ahmad Al-Asghar said...

boleh jadi dia mzhb imam malik kut..peha bukan aurat di sisi imam malik..

=]

Mohamed Firdaus Shajahan said...

kita anggap diri kita lagi jahil dari dia....aku banyak dosa dari dia

Al-Fakir Hamidi said...

Adysur:
Moga kita sama-sama semakin dekat kepada-Nya.

Syaakir:
*speechless*
kita sama-sama berdakwah, setiap masa, walau mereka suka atau benci kita. (pesanan utk diri ana)

Inchesofart:
Ucaplah Alhamdulillah... :)

Ibnu Ahmad:
Maybe. Tapi, terkadang jadi fitnah bagi mereka yang tak tahu.

Firdaus:
Betul. Baru kita lebih bersemangat untuk membersih diri, disamping melakukan kerja2 dakwah.


Syukran.

There was an error in this gadget