Pages

Tuesday, March 22, 2011

Pakcik ABIM

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera buat pembaca yang tak jemu-jemu,
mencari ilmu dan memperbanyak amal.


Malam Ahad yang lepas,
saya menaiki bas,
dari Kelantan,
menuju Gombak.
Bas pilihan saya tentulah Darul Naim Express.

Biasanya,
kalau ada seat yang kosong,
nescaya saya akan membeli tiket single seat sahaja.
Memandangkan bas Darul Naim menyediakan khidmat seat 2+1.

Tetapi,
dek kepadatan penumpang,
maka saya terpaksa juga membeli yang double seat punya.

Awalnya berdebar juga,
kerana dapati beg perempuan di kerusi sebelah tempat dudukku.

Selepas beberapa tika,
seorang pakcik datang,
bersama seorang wanita.

Mereka berbual-bual,
dan sejurus kemudian,
wanita itu mengambil begnya dan berundur ke belakang.
Pakcik dalam lingkungan 60-an itu duduk disebelahku.


Kami saling menyapa,
dan senyum-menyenyum,
antara satu sama lain.

Allah kata: "Mukmin itu bersaudara".

Pada awalnya,
kami berbual-bual ringkas,
biasalah, baru berkenalan.

Lama selepas itu,
saya menanyakan namanya,
dan dia menanyakan namaku.

Ta'ruf kami menjadi-jadi,
dan si pakcik ini semakin rancak berbicara.

Dan akhir sekali,
apa yang mengejutkan diri ini,
pakcik ini mengisytiharkan dirinya mengikut Usrah.

hati saya 'mengangkat kening',
OH!?
Orang tua pun masih ikut Usrah? (atau halaqah)
Teruja pula ingin tahu dia mengikut Tarbiyah mana.

Lama berbual,
kemudian dia menyebut pasal jemaah di Malaysia,
"PAS, JIM, ABIM dan lagi ..."
katanya.
Kemudian dia sambung,
"Pakcik ikut ABIM."
Katanya dengan tekad.

Saya mengukir senyuman.
Alhamdulillah.

-------------

Melihat kepada usianya,
saya jangka, dia orang yang berpengalaman dalam bab Tarbiyah.

Saya ada menyoal banyak hal,
Mutaba'ah Ibadah, Tadabbur Surah dan etc...

Pakcik ni suka bercerita,
dia bercerita pengalamannya tentang salah satu Usrahnya di England dulu,
naqibnya ialah seorang warga Syria.
Wah! Aku teruja dengarnya!

Dan pakcik ni berkongsi mengenai tadabbur surah Al-Mukminun.
Banyak input-input baru yang saya terima.
Terima kasih Allah.

Dan apa yang saya benar-benar gembira,
bila si pakcik ini hanya bercerita mengenai Tarbiyahnya,
mengenai ilmu yang tersorok dalam dadanya,
dan perkara-perkara berkaitan dengan Islam.
Tanpa pernah berkata:
"Jemaah ABIM yang terbaik! Jemaah lain sesat!
Maka Hamidi, joinlah ABIM!
Jangan ikut JIM, jangan ikut PAS!"

Otakku berputar sekitar tempoh aku mengikuti Tarbiyah.
"Kan bagus kalau semua macam pakcik ni,
bahawa kita menyampaikan ISLAM,
bukan mempromosikan Jemaah kita.
Tak kiralah di mana sahaja kita,
yang penting, kita membantu kebangkitan ISLAM.
Kenapalah ada golongan,
yang fanatik dengan Jemaah mereka
sampai mengkafirkan Jemaah lain?"

Saya terus mendengar,
dan mendengar,
ilmu-ilmu yang berguna itu.

Terima kasih,
Dr Razak.


Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

7 yang kongsi idea:

Izzati Hashim said...

Salam.

you're right hamidi (=

apa yg perlu kita bawa ke depan bukannya jemaah, tapi Islam.

Tak perlu jadi fanatik kepada jemaah sendiri, sebab semua jemaah hadaf nya lebih kurang sama, nak cari redha Ilahi tapi mungkin cara yang berlainan.

dan moga kita termasuk dalam golongan kecil itu nanti (=

Al-Mufakkir Hamidi said...

- izzati

salam.

insyaAllah, kita perbetulkan yang bengkok menjadi straight. :)

- golongan kecil? golongan minoriti di Malaysia ialah Syiah. hehe. (gurauan je)

salam.

Izzati Hashim said...

ish3. saya tak maksudkan yg tu la pak cik hamidi.

yg saya maksugkan berkaitan hadis nabi (if i'm not mistaken) time kat padang mahsyar tu (=

Muhammad Syaakir Lee said...

kalu anta dok bergugu ngan ana pn dpat bnyk input gak.. hehehe.. sekadar bergurau....

adysuR said...

Kan bagus kalu gitu. Nih duk balloh ngate je..

Al-Mufakkir Hamidi said...

-izzati:
yela2 makcik... hehe

juga ayat Al-Qur'an, mafhumnya: "Sedikit sekali hambaKu yang bersyukur"

moga kita tergolong.


-syakir:
kalau ana jadi guru anta? he.
mana2 pundapat input, yang tinggal mcm mn kita nak praktikkannya? sekadar ilmu sahaja?


-adysur:
jadi yang tinggal ialah, tanggungjawab kita untuk memahamkan mereka yang tak paham-paham ini!

Muhammad Syaakir Lee said...

hhehehehe.. alah.. bpley je... klu ikut saidina Ali... sape2 yg mngajarku satu ayat.. maka dia adalah guruku...