Pages

Saturday, January 8, 2011

Makluman: Keluar

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera buat para pendatang blog ini.

Untuk makluman semua,
saya akan keluar untuk cuti minggu ini.

Jadi mungkin akan tiada update,
untuk beberapa hari.

Ada urusan yang harus dilaksanakan,
untuk menggerakkan Ummah.
InsyaAllah.

Saya tinggalkan anda dengan,
satu kata-kata yang saya gemari.


Imam Al-Ghazali pernah berkata (mafhumnya):
"Mereka yang pergi ke majlis ilmu,
tetapi di hatinya tiada niat untuk berubah,
ketahuilah pemergiannya itu adalah sia-sia!"

Maka dengan itu,
keluarlah kamu untuk berubah,
dan MENGUBAH!

Jumpa lagi!
2, 3 hari mendatang.
insyaAllah.

Assalamu'alaikum
"Always remember ALLAH"

Thursday, January 6, 2011

Akhbar: AJAL

Assalamu'alaikum.

(sumber: myMetro online)

Bila dah sampai AJAL,
tiada siapa dapat menolak AJAL.

Kamu suka pada AJAL,
atau kamu benci pada AJAL,
kamu tetap akan bertemu dengan AJAL!

Orang baik terima AJAL,
orang jahat pun terima AJAL.

Bukankah ALLAH telah menyatakan bahawa tiada siapa yang dapat menyegerakan atau melewatkan AJAL?
Tapi, kenapa ramai yang seolah-olah terlupa akan hakikat AJAL?

AJAL, oh AJAL.
Bagaimanakah AJAL-ku?


Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Makluman: Jom Sertai Bloglist Blog Bdk Botak

Assalamu'alaikum.


(link) ke blog Budak Botak

Jantina: LELAKI

--------

Melihat dunia ini,
kadang-kadang kita perlukan sesuatu,
yang mereka hendaki.

Agar apa yang mereka inginkan tercapai,
agar apa yang kita inginkan tercapai.
Tercetuslah win-win situation.

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Wednesday, January 5, 2011

Makluman: Special Merdeka

Assalamu'alaikum.


Sudah tamat satu kisah,
kisah special examination.
Biasa-biasa orang akan sebut,
MERDEKA!
tapi aku sebut Special MERDEKA!,

kenapa?
kerana aku tamat special examination,
bukan final examination.

-------

Satu ujian pergi menyisih,
tapi apakah dunia akan aman sepenuhnya?
Aku kira tidak.

Imam As-Syafie mengatakan:
"Dunia ini tempat berpenat-lelah."

MERDEKA! bermula,
PENJAJAHAN baru bermula.

Bilalah masjid akan dipenuhi Jema'ah-Jema'ah ISLAM?
Bilalah Jema'ah SUBUH akan menyamai Jema'ah JUMAAT?
Bilalah TV-TV Barat akan ditinggalkan?
Bilalah ISLAM akan menempuh kecermelangan?
Bilalah Kita akan benar-benar MERDEKA?

Aku kira,
kita perlu lebih KUAT berusaha.
Mereka masih tidur tu!
Sangka MERDEKA!
Sebenar TERJAJAH.

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Saturday, January 1, 2011

Lecture: Study Circle 2

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera,
bagi pencinta ilmu.



Study Circle,
siapa yang tidak pernah mendengarnya?
Aku kira,
sebahagian kecil mungkin tertanya-tanya.

Tapi jika disebut halaqah,
aku kira,
semua mengetahui tentangnya.

Adapun Study Circle,
adalah istilah lain untuk kalimat halaqah.
Dan Study Circle,
adalah satu dari silibus pembelajaran di UIAM Gombak.
Semua pelajar Sarjana Muda harus mengambilnya!