Pages

Tuesday, December 14, 2010

RR: ISLAM for all

Assalamu'alaikum.


Bekerjalah untuk ISLAM.
Bukan untuk Jemaah.

Hentikan permusuhan,
kerana itu bukan solusi.

Lihatlah dengan mata hati,
bukan dengan nafsu.

Jagalah hatimu,
kerana situlah jatuhnya pandangan Ilahi.

ISLAM for all,
not for you!

Jadilah sebarkanlah Islam,
walaupun satu perkataan.

Kerana orang baik,
menyebar kebaikan.

Mana mungkin,
orang baik menyembunyi kebaikan.
.RR.

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Monday, December 13, 2010

Gambar : Sibuk?

Assalamu'alaikum.


Ini adalah musim tersibuk di UIAM Gombak.

Siapa pun dia,
dari setinggi-tinggi jawatan,
hingga tukang sapu sekalipun.

Tapi,
Sibuk mana kamu sekalipun,
jangan lupa yang Allah tak pernah sibuk! (melayanmu)

Berharaplah (baca: bertawakkal) kepada Allah,
bukan kepada manusia,
lebih-lebih lagi kepada nasib.

"Always remember ALLAH"

Sunday, December 12, 2010

~ 1 ~ Ke Dunia Hitam

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera buat semua.
Moga kesihatan mendekatkan diri kita kepada-Nya.

~ Tiada dia diuji, melainkan yang dia mampu ~

Menjenguk ke ruang inbox,
mencari satu kenangan,
yang ditinggalkan oleh seorang sahabat,
yang tak puas-puas memberi semangat.

Ah!
itu dia,
mesej bernombor 428,
dalam inbox handset hitamku,
sungguh,
hari ini aku ingin berkongsi,
bersama anda sekalian.

"Daripada Abdullah ibnu Mas'ud R.A. katanya: "Saya masuk ke tempat Rasulullah S.A.W. ketika baginda sedang menderita sakit. Saya rasakan baginda dengan tangan saya, lalu saya berkata: Ya Rasulullah! Penyakit anda amat berat. Rasulullah S.A.W. menjawab: Benar! Penyakitku sama dengan penyakit 2 orang antara kamu. Saya berkata: Demikian anda mendapat pahala 2 kali ganda. Rasulullah S.A.W menjawab: Benar! Setelah itu, baginda berkata: Setiap orang Islam yang mendapat bencana penyakit dan lain-lain, maka Tuhan menggugurkan (mengampuni) kesalahan-kesalahannya sebagaimana pohon kayu menggugurkan daunnya" (Sahih Bukhari).
From: Mohd Syukri bin Salleh

Friday, December 10, 2010

Perjalanan

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera buat para pembaca,
juga tetamu kehormat sekalian.

Moga Reda Allah jua yang kita peroleh,
dalam setiap gerak geri jari-jemari kita,
insyaAllah.

~ di sana ada cahaya ~

Aku berfikir untuk kembali,
melakukan jahiliyah itu,
sungguh seronok zaman itu,
amat menyelerakan nafsuku.

Tapi,
hatiku memberontak entah kenapa,
meminta aku menjauhi perkara itu,
mengulangi perkara yang sama,
berputar pada satu bulatan,
tanpa bergerak melangkah kehadapan.

Aku akui,
ia bukan satu benda baik,
tapi ia amat nikmat di mataku,
sungguh!
Sukar untuk aku melupakannya.

Sebagai seorang gamers,
tiada benda yang lebih indah,
dan menghiburkan hati ini,
melainkan mengisi masa dengan permainan,
ciptaan musuh Islam.

Sungguh,
aku mengerti hal itu...

Sunday, December 5, 2010

Video : Taubat Maksiat (TOMAT) - Wali Band

Assalamu'alaikum.

Hari ini,
aku cuba bertaubat.
Walaupun aku tidak pasti,
aku ikhlas atau tidak,
aku istiqamah atau kecundang.

Yang aku tahu,
aku cuba buat yang terbaik.
Moga Allah terima taubatku,
walau secebis zarah sekalipun.

InsyaAllah.

---------------------------------------

Entri kali ini,
saya sajikan anda semua,
dengan satu lagu,
yang agak tidak popular,
tetapi sedikit renungan bersama,
khususnya untuk saya.

Taubat Maksiat (TOMAT)
oleh Wali Band.


Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"