Pages

Thursday, March 31, 2011

Kenapa saya cinta Ikhwah (2)

Assalamu'alaikum.


Percaya tak,
ramai kalangan kita yang buat salah tanpa sedar!?

Percaya tak,
ramai kalangan kita yang susah nak tegur mereka itu!?

Percaya tak,
ramai kalangan kita yang benci untuk kata: TERIMA KASIH,
bila ditegur!?

---------

Kenapa saya cinta Ikhwah?

Kerana mereka beriman kepada Firman-Nya,

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنْفَعُ الْمُؤْمِنِينَ

(mafhumnya): "Dan berikanlah peringatan, sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang mukmin!" [Ad-Dzariyaat,51: 55]

Bila kamu tegur mereka,
"Ya akhi, kenapa tak baca Bismillah?"

atau kamu bisikkan pada mereka,
"Kenapa tak solat kat masjid tadi?"

atau mungkin kamu menulis surat kepada mereka,
"Akhi, boleh tak anta beradab sikit lain kali?"

atau kamu buat-buat tanya soalan,
bila ada ikhwah sedang kutuk orang,
"Boleh tanya? Apa tips nak elak buruk sangka pada orang?"

juga kamu boleh tarik tangan kamu,
bila ada ikhwah cuba nak ambil barang dari tanganmu,
dengan menggunakan tangan kirinya.

---

Kamu tahu apa yang ikhwah sejati akan balas?

Ada dua:
1. Diam, memandang kamu, kemudian senyum manis dengan penuh rasa malu.
2. Cepat-cepat pegang tangan kamu, dan ucap: "TERIMA KASIH Akhi! Kerana mengingatkan ana."

Kemudian, dia akan terus membetulkan tingkah lakunya.

---

Habis, jika bukan ikhwah?

Jika anda tanya saya,
saya jawab:
"Mereka akan kata:
ala kecoh la, kau pun sama gak,
jangan nak tunjuk baik kat sini la!"
(Perhatian: bukan semua non-ikhwah)

atau,
anda mungkin ada jawapan tersendiri!?

atau,
mungkin saya yang silap!?

p/s: Harap menegur salah silapku,
dan sudilah memberi peringatan kepadaku.

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"