Pages

Tuesday, July 24, 2012

Ramadan 4: (Qiamullail) Saya Dengki, Cemburu

Assalamu'alaikum.

Jom Qiam lagi!
Pagi ini,
saya bangun awal.
Terjaga bunyi takbir imam,
solat sunat Tahajjud.

Lebih menggembirakan,
imam itu adalah sahabat saya.

*senyum*

Terus bersiap-siap,
untuk turut berjemaah.
Dah lama rasanya tidak tahajjud berjemaah.
Suara imam pula,
merdu sekali.

Layan bacaan imam,
tenang bagai.

Tiba-tiba,
suara si imam tersebak sedikit.
Saya diam.
Banyak kenangan antara saya dan dia.
Sempat berkhayal sekejap.
Mengingat momen-momen bersamanya.

Siap tahajjud bersama,
saya naik ke tingkat 3.
Si imam dan yang lain,
meneruskan solat Witir.

saya pula,
bersendirian di atas.
beruzlah.

Suara imam melalui speaker,
jelas kedengaran di tingkat atas.
Saya layan suara merdunya.

Tiba pada rakaat terakhir, solat Witir,
si imam membaca doa selepas ruku'.

Suaranya sungguh merdu dan lunak.
Dan semasa melantunkan doa qunut,
dia sekali lagi tersebak.
Dan terus tersebak...

Saya tunduk.
Sungguh.
Saya dengki. Cemburu.

Saya begitu ingin merasakan kemanisan solat.
Ingin menangis dalam solat.

Tapi,
bila saya mengimami solat,
susah saya untuk menangis.

Mungkin saya terlalu memikirkan tentang makmum,
sehingga saya tidak mampu fokus sebetulnya dalam solat.

Bila mana mendengar imam tersebak dalam bacaannya,
saya begitu iri hati dengan mereka.
Saya mahu jadi seperti mereka.

Dapat menghayati setiap bait-bait yang dilafazkan,
dan lafaz itu menusuk ke dalam jiwa dan qolbu,
sehingga memberi bekas pada diri,
dan pada waktu itu,
tentu sungguh manis dan lazat.

Allahu rabbi...
Izinkanlah aku untuk merasainya.

Semoga bulan RAMADAN ini,
memberi banyak kebaikan untuk jiwa ini,
dan buat anda semua!

--------------------------

"Dan pada sebahagian malam bertahajjudlah dengan membacanya (al-Qur'an), sebagai ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji."
[Al-Israa', 17: 79]

Ya akhi Rashidi,
semoga Allah memberi anda banyak kebaikan dan keberkatan hidup.
Allahumma Ameen...

---------------------------

p/s: ada org kata saya taksub dengan Mahfuz.
saya jawab: "tak pe la, dia kan ta-akhi ana untuk Ramadan ini"
*peace no war*

Assalamu'alaikum. 

"Always remember ALLAH"

Monday, July 23, 2012

Ramadan 3: Lebih Utama dari Lailatul Qadr?

Assalamu'alaikum.

Cepat pasang niat! Nak jumpa Lailatul Qadr! insyaAllah sama-sama yer! ^_^
Pada hari pertama,
ketika tengah bersahur,
tiba-tiba dapat satu pesanan ringkas.

Satu pesanan ringkas,
peringatan tentang Ibadah Puasa.
Mesej itu diakhiri:
"Jom sama2 kita menjadi pemburu malam Lailatul Qadr :)"

Satu terdiam sejenak.
Tak dinafikan,
malam Lailatul Qadr itu,
banyak sangat ganjarannya.

Memang bodoh,
sapa-sapa yang tak pernah berniat,
untuk beramal pada malam itu,
apatah lagi malas untuk berfikir tentan hal itu.

Memang rugi,
serugi-ruginya.

Kerana malam itu,
lebih baik dari seribu bulan.
Kerana malam itu,
lebih baik dari 83 tahun.

------------

Saya bertanya pada seorang ikhwah:
"Adakah waktu Subuh, masih termasuk waktu malam? Kalau bukan, maksudnya waktu Subuh tidak termasuk sebahagian dari malam Lailatul Qadr la kan? Kalau begitu, antara solat Subuh dengan solat-solat sunat di malam Lailatul Qadr, yang mana lebih baik?"

Jawabnya ringkas:
"Kalau ikut hukum Fiqh, Solat Subuh lebih baik."

Kemudian dia diam.
Saya turut diam.
Tidak mahu bicara banyak tentang hal ini.

Jadi,
untuk RAMADAN kali ini,
mari kita renung sekejap.
Memuhasabah diri.

Kita selalu ingin menjadi pemburu Lailatul Qadr,
dan mengajak yang lain buat benda yang sama.

Pernah kita ingin menjadi pemburu Solat Subuh Berjemaah?
dan mengajak yang lain buat benda yang sama?

"Ala... Bosanlah... Solat Subuh kan hari-hari!?"

Er...?

Kejarlah Solat Subuh, semasa ada kesempatan ini. ^_^
Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Saturday, July 21, 2012

Ramadan 1: Kaki

Assalamu'alaikum.

sapa bilang kaki kita tak special?
Pagi ini,
saya ambil wudu',
untuk melakukan solat-solat Sunat.

Ketika sedang membasuh kaki,
saya teringat kisah Abdullah bin Zubair al-Awwam.

Teringat kisah kakinya dipotong,
tanpa dia diberikan ubat bius.
Cukup dengan zikir-zikirnya,
hingga dia larut tanpa sedar kakinya dipotong.

Kita ini,
punya kaki.

Tetapi,
apakah kita memanfaatkan kaki kita sebetulnya?

Atau apa lagi yang kita hendaki,
sehingga kita benar-benar bersyukur?

Cukuplah dengan KAKI,
sepatutnya membuatkan kita lebih semangat,
untuk berjalan ke masjid.

Abdullah bin Ummi Makhtum yang buta pun boleh ke masjid,
kita pula, mata ada, kaki ada,
siap dengan motor dan kereta,
tapi hampeh.

Jom!
Bulan RAMADAN ini,
kita buat anjakn Paradigma.

Cukuplah KAKI,
menjadi asbab kita ke masjid.
Dan insyaAllah,
ia menjadi saksi buat kita,
di hadapan Tuhan kita kelak.
insyaAllah...

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
[Ibrahim, 14: 7]

Assalamuálaikum.
"Always remember ALLAH"

Wednesday, July 18, 2012

Ya Akhi Mahbub!

Assalamu'alaikum.

Uhibbuka fillah... ya akhi mahbub.
Manusia.
Pelbagai ragam.

Saya harap,
dia adalah 'si dia' yang saya menanti selama ini.
insyaAllah.

Semoga aku bersama 'si dia',
kerana Allah.

Dan semoga 'si dia',
akan membimbingku menuju kepada-Nya.

Allahu rabbi...

"(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa." 
[al-Zukhruf:67]

Semoga kehadirannya,
memberi sinar masa hadapanku.
insyaAllah.

“Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana,”
[al-Anfal, 8: 63]

~ Do You Feel Like I Feel? ~
Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

Saturday, July 14, 2012

Anda mahu: Sedekah Jariah?

Assalamu'alaikum.


Saya sedang mencari,
mereka yang sudi untuk membuat amal,
di Bulan Ramadan nanti.
insyaAllah.

Saya dan sahabat2 ada anak-anak didik baru,
dan sebahagian besar mereka,
baru ingin belajar Al-Qur'an.

Alangkah besarnya ganjaran untuk anda,
jika setiap bait ayat-ayat Al-Qur'an,
yang mereka bacakan,
hasil pemberian anda.

Semoga Ramadan kali ini,
lebih bermakna dan berkesan untuk kita semua.
InsyaAllah...

Satu Al-Qur'an terjemahan, rm37.
Keluaran Pustaka Darul Iman (PDI).

Sesiapa yang berkemahuan dan berkeinginan untuk membuat sumbangan,
bolehlah PM saya, atau emel saya, atau tinggalkan komen.
Nanti saya akan bagi no akaun saya.
InsyaAllah...

Jazakallahu-khairan.
(semoga Allah memberi kamu kebaikan)

-------------

Jika kamu menampakkan sedekah(mu)[172], maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya[173] dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
[Al-Baqarah, 2: 172-173]

Assalamu'alaikum.

"Always remember ALLAH"