Pages

Tuesday, July 24, 2012

Ramadan 4: (Qiamullail) Saya Dengki, Cemburu

Assalamu'alaikum.

Jom Qiam lagi!
Pagi ini,
saya bangun awal.
Terjaga bunyi takbir imam,
solat sunat Tahajjud.

Lebih menggembirakan,
imam itu adalah sahabat saya.

*senyum*

Terus bersiap-siap,
untuk turut berjemaah.
Dah lama rasanya tidak tahajjud berjemaah.
Suara imam pula,
merdu sekali.

Layan bacaan imam,
tenang bagai.

Tiba-tiba,
suara si imam tersebak sedikit.
Saya diam.
Banyak kenangan antara saya dan dia.
Sempat berkhayal sekejap.
Mengingat momen-momen bersamanya.

Siap tahajjud bersama,
saya naik ke tingkat 3.
Si imam dan yang lain,
meneruskan solat Witir.

saya pula,
bersendirian di atas.
beruzlah.

Suara imam melalui speaker,
jelas kedengaran di tingkat atas.
Saya layan suara merdunya.

Tiba pada rakaat terakhir, solat Witir,
si imam membaca doa selepas ruku'.

Suaranya sungguh merdu dan lunak.
Dan semasa melantunkan doa qunut,
dia sekali lagi tersebak.
Dan terus tersebak...

Saya tunduk.
Sungguh.
Saya dengki. Cemburu.

Saya begitu ingin merasakan kemanisan solat.
Ingin menangis dalam solat.

Tapi,
bila saya mengimami solat,
susah saya untuk menangis.

Mungkin saya terlalu memikirkan tentang makmum,
sehingga saya tidak mampu fokus sebetulnya dalam solat.

Bila mana mendengar imam tersebak dalam bacaannya,
saya begitu iri hati dengan mereka.
Saya mahu jadi seperti mereka.

Dapat menghayati setiap bait-bait yang dilafazkan,
dan lafaz itu menusuk ke dalam jiwa dan qolbu,
sehingga memberi bekas pada diri,
dan pada waktu itu,
tentu sungguh manis dan lazat.

Allahu rabbi...
Izinkanlah aku untuk merasainya.

Semoga bulan RAMADAN ini,
memberi banyak kebaikan untuk jiwa ini,
dan buat anda semua!

--------------------------

"Dan pada sebahagian malam bertahajjudlah dengan membacanya (al-Qur'an), sebagai ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji."
[Al-Israa', 17: 79]

Ya akhi Rashidi,
semoga Allah memberi anda banyak kebaikan dan keberkatan hidup.
Allahumma Ameen...

---------------------------

p/s: ada org kata saya taksub dengan Mahfuz.
saya jawab: "tak pe la, dia kan ta-akhi ana untuk Ramadan ini"
*peace no war*

Assalamu'alaikum. 

"Always remember ALLAH"

3 yang kongsi idea:

Anonymous said...

salam.

ta-akhi tu apa maksudnya?

Al-Mufakkir Hamidi said...

wassalam.

ta-akhi: mempersaudarakan.
(macam Nabi buat untuk Ansar dan Muhajirin. pernah dengar kisah tu?)

Anonymous said...

oh..ingat sudah.
tq2..