Pages

Wednesday, July 25, 2012

Ramadan 5: (Kenangan) Nahu Dan Soraf

Assalamu'alaikum.

Tersenyum secara tiba-tiba, bila tengok buku ini. Walaweh!

Antara matapelajaran yang paling saya minati,
Nahu dan Soraf.

Masih ingat,
ketika kelas peralihan,
sebelum saya menganjak kaki ke Tingkatan 1.

Ustazah Sa'diah,
semoga Allah merahmati anda,
pernah berpesan kepada kami,
semasa memulakan kelas pertama Nahu Soraf:

"Ustazah mahu, kamu tengok dan dengar dahulu penjelasan ustazah. Kamu tak paham hari ini tak apa. InsyaAllah, bila dah lama, kamu semua akan faham."

Saya tersenyum.
Memang jenis darah saya barangkali,
saya akan cuba memahamkan pelajaran,
apa yang saya sedang pelajari.

Akhirnya,
saya tewas,
tidak memahaminya seratus peratus.
Aduhai...
Masuk tingkatan 4,
bertemu dengan seorang sibawih,
maksud saya,
seorang sahabat yang hebat Nahu Soraf.

Namanya,
Muhammad Hazim bin Muhammad Noor.
Dia ada abang belajar di UIA ini,
dalam jurusan Bahasa Arab.

Melihat kehebatannya,
saya teruja.

Semangat untuk menguasai subjek ini,
semakin meningkat.
Jika ada perkara yang saya tidak faham,
saya akan rujuk padanya.

Dan akhirnya,
saya mendapat A1 dalam subjek ini,
dan si 'sibawih' tadi,
hanya mampu meraih B3.

Katanya:
"mungkin saya terlalu memandang mudah, sehingga saya jarang mengulangkaji subjek ini. Aduh. Menyesalnya~"

Masuk tingkatan 5,
minat saya pada subjek ini,
berada di paras normal.

Saya tidak memperhatikannya secara serius,
memandangkan saya seorang pelajar aliran sains.

Akhirnya,
banyak ilmu-ilmu yang diturunkan kepada kami,
oleh seorang ustaz dari Myamar,
Ustaz Abdul Hai,
tidak saya memanfaatkan sepenuhnya.

Baru hari ini,
saya rasa rugi.
Alahai~

Dan bila kaki menginjak ke tingkatan 6,
untuk menghadapi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM),
semangat dan minat saya untuk mendalami ilmu Nahu Soraf ini,
mencapai kemuncaknya (buat masa sekarang la).

Seumpama mewarisi bakat dari Hazim si sibawaih tadi,
saya mula dijadikan rujukan oleh teman-teman lain.

Pembelajaran dengan Ustaz Hamdi yang bersifat serius,
lagi menambah minat saya.

Dan takdir Allah yang menjadikan nama kami,
saya dan Ustaz Hamdi,
hampir serupa,
menyebabkan perhatian ustaz terhadap saya lebih berbanding yang lain.

Ditambah dengan kemahiran-kemahiran matematik,
yang dikurniakan oleh Allah,
menyebabkan saya mampu pada waktu itu,
mengukir formula-formula sendiri,
dan mencatatnya di sehelai kertas,
dan dikongsi bersama-sama.

Juga seorang teman,
Khairi,
suka bertanding i'rob dengan saya.
Bilamana terjumpa satu ayat,
kami akan bertanding,
tengok siapa paling tepat i'robnya.

Ternyata,
kadang saya menang,
kadang dia menang.
Sungguh seronok.

Dan alhamdulillah,
segala yang baik itu datang dari-Nya,
yang kurang itu atas kelemahan diri ini.

Saya mendapat MUMTAZ  dalam subjek ini,
di peringkat STAM.

Seusai pengajian di sekolah,
saya sempat belajar Nahu Soraf,
di pondok-pondok.

Cara sistem pembelajaran di pondok,
yang menggunakan kitab khusus,
dan penjelasan ustaz-ustaz yang power dalam ilmu ini,
menjadikan pemahaman saya lebih baik.

Sungguh,
momen-momen itu sangat indah!

-----------------

Namun,
Allah lebih mengetahui yang lebih baik,
dan yang lebih indah untuk hamba-hamba-Nya.

Masuk ke bumi UIA,
saya mengambil jurusan Usuluddin.

Bila melihat senarai subjek-subjek,
saya suka melihat kalimah Arabic Syntax dan Morphology.

Sayang sekali,
saya bukan berada dalam pengkhususan Bahasa Arab,
Dan sering kali,
saya mahu melakukan double major in Arabic Language.
Tetapi,
dek kerana sesuatu perkara,
saya menahan diri dari berbuat demikian.

---------------------

Dan hari ini,
saya menjadi pelajar sambilan,
untuk kelas Nahu dan Soraf.

Sudah lama saya meninggalkan subjek ini,
memang pening juga pada awalnya.

Tetapi sekarang,
alhamdulillah,
semakin membaik.

Setiap kali masuk ke kelas,
teringat momen-momen yang lalu,
bersama si Khairi,
dengan gelak tawa.

Teringat pada pesanan Hazim,
agar jangan terlalu berasa selesa,
dengan pencapaian diri.
Jazakallahu khairan 'ala nasihatikum!

Tak sama macam dahulu,
semangat saya tidak sekencang dahulu.
Ada sedikit malas.
Entahlah.

Lihat pelajar-pelajar jurusan Bahasa Arab,
kadang-kadang rasa dengki,
mereka diberi peluang untuk mendalami ilmu ini.

Dan juga rasa cemburu,
bila tak mampu meng-i'rob dengan baik,
sedang mereka mampu melakukannya.

Nampaknya,
saya perlu mengasak kembali,
skill i'rob dan tasrif,
yang menjadi asas dalam ilmu Nahu Soraf ini.

Jadi,
saya mengharapkan,
moga RAMADAN kali ini,
meningkatkan kembali spirit saya,
untuk terus sukses di arena Nahu Soraf ini.

InsyaAllah!

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan!"
[Al-'Alaq: 1]


Assalamua'alaikum.
"Always remember ALLAH"

0 yang kongsi idea: