Pages

Showing posts with label Ramadan. Show all posts
Showing posts with label Ramadan. Show all posts

Friday, August 13, 2010

Misteri 27.

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera dan Selamat,
buat para pembaca,
yang membaca dan mencari ilmu,
kerana Allah, kerana Allah, kerana Allah.



27
26
25
24
23
22
21
20
19
18
17
16
15
14
13
12
11
10
9
8
7
6
5
4
3
2
1
TAMAT.

---

Ada apa dengan 27?

Sebelum saya menjawab,
ada pembaca ingin cuba menjawab?
Ada apa dengan 27 ni?

tak dapat jawab?
dah dapat,
tapi tak pasti betul ke tak?
Hurm...

---


Saudara yang dikasihi,
hari ini 3 Ramadan,
bermakna,
masih ada 27 hari lagi sebelum tamatnya Ramadan.

Kamu mungkin bertanya,
"Jadi, kenapa?"
Saya jawab,
"Sudah bersedia untuk meninggalkan Ramadan?"

---

27.
Bagi saya,
ia bukanlah saya bilangan yang besar.
Kalau kita mengira 1-27 secara terbalik sekali pun,
kita mampu lakukannya kurang dari 1 minit sahaja.

Tak percaya?
Cubalah,
janji AMANAH...

---

Saudara yang saya kasihi,
itu 27 yang akan menjelma,
macam mana pula dengan 3 hari yang telah berlalu?
Baik?
Sangat Baik?
Terlalu Sangat Baik?
Atau apa?

Kalau 3 hari yang pertama dah hampir tergolek,
macam mana dengan 27 yang akan tiba?
Dah bersedia?

Tak pe-tak pe,
sabda Nabi,
"Allah suka pada amalan yang sedikit, tapi berterusan. Dan Allah tidak suka pada amalan yang banyak tapi berhenti di separuh jalan."


Masih ada 27 hari,
teruskan sedikit, sedikit.
InsyaAllah,
itu semua lebih baik dari,
banyak-banyak,
kemudian ZERO!

---

Pernah juga saya mendengar,
kita kena kuat berusaha dari awal,
supaya akhir-akhir nanti,
kita menjadi ringan untuk beramal,
kerana dah terbiasa.

Cuma sedikit nasihat,
untuk diri ini,
dan semua pembaca,
Buatlah atas kemampuan anda.

Firman Allah,
"Allah tidak memberati kamu melainkan yang sepadan dengan kamu" (Al-Baqarah: 286)


TAPI,
ada tapi yer!
Jangan pula kamu permudahkan Ramadan kali ini!
Jangan bila sebut,
buat atas kemampuan,
kamu buat endah tak endah pulak!

Set goal,
Set matlamat yang ingin dicapai,
pada akhir Ramadan.
Tilawah?
Solat Nawafil (Sunat)?
Qiamullail?
Tarawikh?
Infaq?
dan seumpamanya...

Semoga kita berusaha kearah itu...
Bukan kita hidup terapung-apungan tanpa tujuan...
Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna...
Tidak lagi sia-sia...
Walau sesaat...
InsyaAllah...

---
.Salam Ramadan Kareem.

27.
Misteri 27.
Misteri tak?
Jawabku: Misteri!
Kerana kita tidak tahu apa yang bakal berlaku.
Cuma kita merancang,
agar 27 itu bermakna untuk kita.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (Akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan." (Al-Hasyr, 59: Ayat 18)


Jom bersiap untuk 27.
Yang lepas letakkan di tepi dulu.
Targetkan yang terbaik untuk 27 mendatang.
JOM sama-sama!

Nak ke Tak Nak?
(Judul buku karya Dr. HM Tuah Al-Haj)

Assalamu'alaikum...

"Always remember ALLAH"

Friday, August 6, 2010

Lesson 2 : Wow! Rumput ?

Assalamu'alaikum.

Buat para pembaca blog ini,
dah lama tidak bersua bukan?
Semoga kita tetap berada dalam Rahmat-Nya dan di bawah penjagaan-Nya...  Ameen...


--------------

"Hamidi, lama tak update blog!"
Aku tersenyum, tanpa membalas.
Ternyata blog aku masih lagi dijenguk oleh beberapa teman,
terharu rasanya. : )

Sebenarnya dah lama ingin saya postkan entri baru,
baru-baru saya dah bersemangat untuk mengupdatekannya,
tapi,
ternyata rancangan Allah yang Maha Hebat,
yang tidak dapat diketahui Hikmat-Nya oleh orang2 biasa,
melepasi dgn mudah rancangan yang dibuat oleh saya,
laptop saya tidak dapat meng-online.

Oleh itu,
saya terpaksa tunda sekali lagi hajat saya itu,
Allah-lah tempat saya berlindung dari segala buruk sangka terhadap-Nya.

------

Saudara seperjuangan sekalian,
sekarang 12.49pm hari Jumaat,
beberapa minit lagi akan dilangsungkan solat Jumaat,
aku terpaksa mengambil masa ini,
kerana masa amat-amat terhad bagiku,

Jadi,
mungkin entri kali ini akan terdapat,
cacat celanya kerana,
tanganku menaip sahaja,
untuk mengejar masa,
Maaf.

-----


Sekali lagi,
aku meluangkan masa dengan teman baruku, 
DAUS.

bersembang,
akan kehebatan kehidupan alam yang luas ini,
sekali gus,
menambahkan lagi kepercayaan kami,
tentang bahawa Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia.

Jadi apa yang kami bincangkan kali ini?
RUMPUT!

Wah! betul ker?
Apa hebatnya rumput itu?
Nak kongsi bersama-sama kami tak?

Mari saya menyalin kembali perbualan kami,
menerusi sistem pesanan ringkas (SMS),
JOM!

----

UNTUK PERHATIAN!
warna ini : Penulis,
warna ini : Teman Penulis (Daus).

---

Assalamu’alaikum, mcm mn kehidupan?

- Wa’alaikumussalam... Hehe.. Bley la, agak sukar nk idop..

Apa y sukar?

- Hek.. Nk crik duit tok trus an kehidupan.. Sy kt sni mengharap an bdan jew.. Sy skit xley krje, bley xley kejew duit kurang, kalu sy shat lry krja, ad la duit.. he

Knp harapkan badan? xharapkan Allah? kan Allah Maha Membantu?

- A’ah an? Btol gak 2h.. Tpi klu bdan da skit cm ne nk krje? Xkrje duit xad la..

Pernah tgk rumput?

- Pnah2.he

Kat mn tu?

- Kat bumi dan ditanah...

Tu jwpn umum. Spesifikkan sikit.

- He.. Enth la, sy pon xtau...

Daus sakit badan kan? bkn otak. tentu blh fikir. lg pun Daus org y sukar menjelajah, patutnya blh jwp soklan ni. Cuba!

- jwpn nye padang bola..Btol x?

Btol! tp papa kata piker y sedikit LUAR BIASA. Slain pdg bola?

- Sawah padi kew? Mf la, sy neh kdang2 lmbt skit nak piker, he.. Tpi sy cube.

TU y Islam nak. ttp berusaha walaupun sukar. cuba & trus cuba. rumput ada kat pdg bola, sawah, kat bndr, kat kg, kat Ms, kat Jpun, kat Amerika, kat Oasis (tnh subur kat pdg pasir), kat umah kita, kat tmpat kita keje. Masa? pagi, petg, mlm, panas, sejuk, n so on. rumput sntiasa ad kat mn2 & bla2. Btol x?

- Btol.. Jdi pe yg prlu dlm idop kita ad lah usehe..

Apa usahe y rumput tlh bt? shggakan Daus kata mcm tu?

- rmput 2h b’usehe tok idop.. Tol x?


Aku tersenyum,
melihat karenahnya,
yang tidak berhenti-henti usaha untuk menjawab,
kesian rasanya...

Aku menamatkan perbincangan kami dengan satu mesej terakhir,
dengan :

Btol! tp ape kta kita piker ssuatu yg LUAR BIASA. Rumput tu hidup d mn shj. xkira di kg @ bndar, xkira d ngara sndiri @ ngara org, xkira d tmpat pnas @ sjuk, xkra d tmpat rmai org @ x. y pnting dia trus hidup, dn trus mmbiak, walaup pnah dmesin, dicabut, dipijak, dia ttp trus mmbiak... Mcm mn dia dpt trus mmbiak?krn dia yakin dia xkeseorangan. Dia ada Allah. dia tau y Allah cipta dia. Allah psti xakan tggalkan hamba-Nya. Pasti! oleh itu, dia dpt kkuatan, utk bina 1 kwsn y mn, dimana sj manusia ada, di situ psti ada rumput... Krn dia ingin bg tau kita, y sering lupa pd Allah, supaya jgn berputus asa. Trus, dan trus berjuang. krn Allah ada. dan Allah pasti bantu. Sakit adalah ujian Allah, krn DIA mahu lihat adakah hambaNya igt pd Nya, atau trus brkata : “Aduh sakit!” shgga lupa pd Allah? ... TIdakkah kita sering lihat rumput jg kdg2 disakiti? tp rumput xpenah putus asa, krn dia tau putus asa xakan bantu dia. Jd apa dia bt? Trus & trus membiak... tnpa knl erti jemu, bosan, sakit. y pnting, manusia dpt menikmati kehijauan alam. dan itulah tugasnya drpd Allah. Kita? apa tugas kita? Belajarlah dr rumput.


Wallahua'lam...

----

Dialog ini telah di-copy paste-kan dari simpanan penulis,
tidak sempat untuk saya mengeditkannya,
kerana solat Jumaat dah semakin mendekat,
maaf jika ada ejaan yang sukar dibaca,
maaf jika ada sesuatu yang tidak sesuai dimasukkan,
apa-apa pun, bolehlah bantu saya untuk memperbaiki lagi tulisan ini,
Terima kasih wa Syukran saya dahulukn.

1.04PM,
nampaknya aku harus berhenti sekarang,
insyaAllah akan saya memperbetulkan kembali tulisan ini,
Do'akan saya,
Do'akan saya,
Do'akan saya.

Saya tutup dgn 2 perkara:
1. Apa pandangan kamu tentang rumput?
Jawapanku: Wow! Rumput? Hebatnya!

2. Firman Allah :
"Wahai orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu untuk berPUASA sepertimana diwajibkan keatas mereka sebelum kamu. Moga-moga kamu (menjadi orang) yang bertaqwa!"
(Surah Al-Baqarah)


SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-KAREEM...
Bestnyer kan?

Assalamu'alaikum...

"Always remember ALLAH"