Pages

Wednesday, March 30, 2011

Kenapa saya cinta Ikhwah (1)

Assalamu'alaikum.


Dalam kesibukan menghadapi Final Exam,
banyak masa pelajar universiti dihabiskan di meja study.

Petang tadi,
aku menumpang di bilik seorang ikhwah,
melihatnya penuh bersemangat di hadapan komputer,
memberi impak spiritual sedikit sebanyak dalam diri ini.

Tiba-tiba dia berhenti sejenak,
menoleh ke belakang,
memandangku,
bibirnya bergerak:
"Nanti kita Qiam sama-sama kat surau yer!" 

Aku terkejut,
hatiku tak sangka-sangka.

Hahaha.
Sungguh aku tak sangka,
begitu besar pengaruh Tarbiyah itu!

Sebelum ini,
aku pernah duduk bersama kawan-kawanku,
bila sahaja tiba Final Exam atau Exam yang penting-penting,
mereka akan berkata padaku:
"Nanti malam ni kita tidur lambat sikit, kita struggle gila-gila. Hari esok adalah penentunya, kita harus buat yang terbaik!"

Aku memandang kepada ikhwah tu,
"InsyaALLAH",
jawabku pendek dengan sekuntum senyuman.

-----------

Kenapa saya cinta Ikhwah?

kerana bila diberi dua pilihan, antara:
1. Study gila-gila lewat malam
2. Qiam gila-gila awal pagi

Percayalah,
mereka akan memilih nombor 2.

Kerana mereka beriman dengan Firman-Nya:

وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

(mafhumnya): "Dan kepada ALLAH, orang-orang Mukmin itu bertawakkal" [Ali Imran: 122]

Bagi para ikhwah sejati,
Study lewat malam bukan penentu kejayaan,
tapi kami YAKIN,
ALLAH-lah yang Maha Memberi Kejayaan!

Firman-Nya lagi
(mafhumnya): "Apabila kamu telah berazam (dengan diikuti oleh usaha), Maka hendaklah kamu bertawakkal kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH menyukai orang-orang yang bertawakkal." [Ali Imran: 159]

Ketahuilah,
aku mencintai mereka fillah!


Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

4 yang kongsi idea:

azim_3110 said...

insyaallah..nanti kita qiam sama2 walaupun tempat berbeza..tolong kejut kan ya?? :p

Al-Mufakkir Hamidi said...

InsyaALLAH.

Alhamdulillah.

Syukran sbb selalu mesej ana pagi2. hehe

Muhammad Syaakir Lee said...

ana ajak anta tido masjid anta x nk..kui kui kui...

Al-Mufakkir Hamidi said...

sebab ana ada banyak ajakan. harus pertimbangkan antara satu dengan yang lain. memenuhi tuntutan sahabat, dan diri.

*senyum.
:)