Pages

Wednesday, April 4, 2012

Murobbi - Allah - Takdir

Assalamu'alaikum.

Katakanlah: Allah itu satu.

Salam Selamat buat semua,
semoga Allah memaafkan dosa-dosa kita yang lalu.
Ameen...

entri kali ini,
lebih mudah difahami,
jika anda sudah memahami maksud Murobbi.
(minta rujuk sini dan sini)

Dan saya ingin menjelaskan,
satu lagi istilah yang penting,
yakni Tarbiyyah.

Tarbiyyah asal perkataan dari Rabba, yakni mendidik.
Tarbiyyah bermaksud pendidikan.
Ingat bahawa,
pendidikan dan pelajaran itu 2 perkara yang berbeza!

Pendidikan = Tarbiyyah
Pelajaran = Ta'lim/Tadris

-------------

Ok.

Berbalik kepada cerita kita pada entri yang lalu.
Beriman kepada Takdir Baik dan Buruk,
dan signifikannya dalam jiwa seorang Muslim.

Sepertimana yang dijelaskan,
bahawa murobbi segala murobbi ialah Allah.

Dan seperti yang patut anda ketahui,
bahawa murobbi sangat sangat sangat mencintai mutarobbinya.
Sehingga dia sanggup berkorban apa sahaja yang dimilikinya,
dari segi jiwa, masa, tenaga, duit,
dan itu ini,
semata-mata kerana mutarobbi tercinta.

Sama macam ibu bapa kita,
selaku murobbi kita dari kecil sehingga sekarang,
sentiasa melayan karenah nakal kita,
walau belum tentu kita akan membalas cinta mereka,
kerana apa?
Kerana mereka sangat sangat sangat mencintai kita,
selaku mutarobbi mereka.

Dan begitulah Nabi kita,
murobbi yang ulung.
Sanggup dihina, dicaci, dibaling batu dan najis,
agar kita merasai kemanisan Islam ini,
kerana apa?
Kerana beliau sangat sangat sangat mencintai ummatnya,
yang indirectly menjadi mutarobbinya.
Sehingga akhir kata darinya,
Ummati Ummati Ummati...

Dan Allah,
murobbi segala murobbi,
apatah lagi.
Cinta-Nya tak berbelah bagi.
Kasih-Nya lebih besar dari murka-Nya.
Menerima taubat dari si pembuat dosa dan pesalah.
Selalu beri yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya,
yang belum lagi pasti akan membalas cinta-nya itu,
kerana apa?
Kerana Dia amat amat amat amat amat amat amat amat amat amat amat amat amat amat amat (endless) mencintai hamba-Nya,
yang dianggap oleh-Nya sebagai mutarobbi tercinta-Nya.

Itulah sunnah dalam Tarbiyyah,
Murobbi mana tak sayangkan mutarobbi nya?

---------------
Murobbi itu, perlu kuat. Untuk melahirkan yang lebih kuat!


Mutarobbi-mutarobbi Allah sekalian,

Seorang murobbi,
akan cuba mengoptimumkan potensinya,
untuk membina dan mendidik mutarobbinya.

Kekurangan pula,
dia cuba tutupinya,
agar tak terlihat oleh mutarobbinya sebaik mungkin.

Apa yang dia mahukan,
kebaikan itu mengalir kepada mutarobbi nya,
dan seterusnya mutarobbi nya itu menyambung tugas mulia itu.

Dan begitulah Islam tersebar!

Setiap orang yang bergelar murobbi,
pasti mahukan yang terbaik untuk anak didiknya.
Mahu menjadikan anak didiknya lebih baik darinya.

Oleh itu,
dia membuat perancangan khas untuk mereka.
Rancangan pembinaan untuk menguatkan mereka,
dari segi spiritual, mentaliti dan fizikal,
diperkuat dengan ilmu, keyakinan, keberanian dan lain-lain nilai positif.

Dan dalam perancangan itu,
menjadi lumrah dalam sesuatu perencanaan,
bahawa ada yang manis,
dan ada yang pahit.

Seperti badan.
Gula diperlukan untuk tenaga,
dan ubat diperlukan untuk membunuh bakteria perosak.

Dalam pembinaan atau pendidikan (Tarbiyyah),
ada yang bersesuaian dengan nafsu,
ada yang berlawanan 100% dengan nafsu.
Tujuannya apa?
Kerana kita mahu membina generasi Rabbani,
yang taat dan ikhlas pada Allah,
bukan pada hawa nafsu.

Maka,
dalam Tarbiyyah Rabbaniyyah Islamiyyah ini,
Murobbi terkadang TERPAKSA memberi yang pahit,
kepada mutarobbi yang dia sayang.
Walau hasil yang buruk mungkin menerpa,
tetapi dia tetap mengambil risiko itu.

Kerana apa?
untuk memberi imun yang lebih kuat,
pada 'spiritual' si mutarobbi.
Semoga ke hadapan nanti,
mutarobbi dapat hidup dengan lebih berdikari,
bersama dengan Tuhan mereka.

Oleh itu,
sudah menjadi perkara normal,
dalam dunia Tarbiyyah,
terkadang ia sungguh lazat bersamanya,
dan terkadang ia amat pahit untuk ditelan.

Maka disitulah,
berlakunya proses penapisan.

Yang lemah dan mengikut hawa nafsu,
akan tercicir kebelakang,
dibuai kelazatan dunia yang fana,
oleh ayunan merdu bisikan setan!

Dan yang kuat bertahan,
akan semakin kuat,
dan semakin mencintai Tarbiyyah ini,
dan semakin menCINTAi murobbi mereka,
kerana kesanggupan murobbi mereka,
men-Tarbiyyah mereka.

Inilah yang berlaku,
dalam dunia Dakwah & Tarbiyyah!

Maka,
beruntunglah mereka yang diberikan oleh Allah,
ketetapan di atas jalan ini.
InsyaAllah.

-----------------------

Ibu ayah kita juga murobbi kita. Dan mereka adalah manusia, bukan Tuhan. Jadi mereka juga terkadang buat salah dan silap. Mereka bukan malaikat. Ampunilah murobbi ini.

Takdir Baik dan Buruk.
Beriman pada Qado' dan Qadar.

Apakah itu?

Allah adalah murobbi segala murobbi.
Dan bersifat Maha Sempurna.
Dan bersifat Maha Mengetahui akan hal ehwal makhluk-Nya,
yakni mutarobbi-Nya.

Dan oleh kerana Kasih Sayang Nya itu,
Dia men-Tarbiyyah hamba-Nya sebaik mungkin.

Bagaimana?
Dengan memberi mereka nikmat yang baik,
dan terkadang menguji mereka dengan ujian yang mendukacitakan.

Nikmat ini,
bertindak sebagai gula untuk badan,
memberi energi kepada fizikal untuk terus bergerak.

Dan Ujian ini,
berperanan sebagai antibiotik yang pahit,
untuk menghapuskan virus-virus dalam badan kita.

Dan mengharapkan yang terakhir,
yaitu badan yang Super Duper Power!
yakni,
memiliki hati yang Super kuat,
untuk menjalani kehidupan dunia ini yang penuh dugaan.

Sebenarnya,
Takdir Baik itu baik untuk hamba-Nya yang sedar,
dan Takdir Buruk itu juga baik untuk hamba-Nya yang sedar.

Setiap ciptaan Allah itu,
semuanya telah dirancang rapi dan sebaik mungkin.

"Mereka membuat rancangan dan Allah (juga) membuat rancangan, dan Allah adalah sebaik-baik Pengatur rancangan" [al-Anfaal, 8: 30]

Apa yang Allah rancang?
untuk merosakkan manusia?

Tidak!
Itu bukan sifat murobbi,
apatah lagi murobbi segala murobbi.

Tapi perancangan Allah itu,
adalah untuk kebaikan mutarobbi Nya,
yang amat amat amat (endless) dicintai-Nya.

Kerana apa?
Kerana mahu mutarobbi Nya itu,
menjadi sebaik-baik mutarobbi,
dan sekali gus,
menjadi murobbi kepada mereka yang masih bertatih,
dan yang ingin mencari makna kehidupan dunia ini.

Dari murobbi, kepada mutarobbi, untuk mutarobbi baru.

Maka kalimah Laa ilaaha illa Allah,
akan terus berjalan,
dan terus tersebar,
disebabkan perancanga rapi,
yang dibuat oleh murobbi segala murobbi.

Dan nyatalah,
apa yang kita dapat hari ini,
adalah melalui murobbi agung,
yaitu Muhammad Rasulullah.

--------------------

Maka dalam Islam,
sesiapa yang tidak beriman dengan Takdir Baik dan Buruk ini,
dia masih belum sempurna Imannya.

Kerana dia masih belum beriman sepenuhnya kepada Allah,
dan belum percaya bahawa Murobbi segala murobbi ini,
memberi yang terbaik untuk dia,
selaku mutarobbi tercinta-Nya.

Moga Allah memaafkan kita.
Dan sifat seorang murobbi,
adalah Pemaaf.
Dan Allah itu,
Maha Pemaaf.
insyaAllah...

-------------------
Sebab itu saya kata, perkejaan paling baik ialah: MUROBBI

Wahai mutarobbi-mutarobbi kepada Allah,

Apakah perancangan kamu,
lebih hebat dari perancangan Allah?

Apakah kamu merasa apa yang dirancang oleh Allah,
itu tidak sebaik rancangan kamu?

Astaghfirullah...

Maka sungguh indah kata-kata Anis Matta,
seorang ahli parlimen di Indonesia,
"Kita hidup bukan atas kehendak kita,
tapi hidup atas kehendak Allah!"

Kerana apa?
Kerana Allah Maha Mengetahui.
Kerana Allah itu murobbi segala murobbi kita.
Kerana Takdir Baik itu baik untuk kita.
Dan kerana Takdir Buruk itu juga baik untuk kita.

Allah telah merancangnya,
maka bergembiralah dengan rancangan itu,
dengan menyambutnya dengan penuh senyuman.

Semoga si Murobbi segala murobbi itu,
gembira dengan respon kita,
dan Dia pasti akan menambah lagi kebaikan untuk kita.
Semakin mencintai kita,
dan lebih 'bersemangat' untuk mentarbiyyah kita.

Apa lagi yang kita mahukan,
selain 'senyuman' seorang murobbi segala murobbi yang sangat manis dan indah itu?

Moga Allah memaafkan kita.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat BAIK bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat BURUK bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui' [Al-Baqarah, 2: 216]

Allah tahu apa yang Dia rancang,
kita sambutlah 'Dia' dengan muka yang manis.

InsyaAllah.

-------------------

*p/s: Iman anda pada Takdir Baik dan Buruk semakin kuat? Alhamdulillah.
*artikel ini khas untuk murobbi tercintaku. insyaAllah. ^^

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

0 yang kongsi idea:

There was an error in this gadget