Pages

Monday, April 9, 2012

Movie dan 'Iman yang menipu'

Assalamu'alaikum.

Siapa tak kenal Uzumaki Naruto-kun ?

"Semoga dengan tengok cite ni, aku dapat belajar something new!"

Ungkapan biasa,
yang dilafazkan oleh penggila movie.

"Kadang-kadang, cite anime atau movie dapat memberi kita semangat untuk buat kerja. Ajar kita agar tak putus asa, dan sentiasa percaya bahawa jika kita bersungguh-sungguh, pasti kita akan berjaya at the end! PASTI!"

Dan satu lagi ucapan,
oleh mereka penggemar anime tahap dewa.

Atau juga ucapan-ucapan ini,
dan yang seumpama ini,
dilafazkan oleh mereka,
yang cuba berjinak dengan dunia movie atau anime.

Akhirnya,
mereka menontonnya,
dengan penuh fokus,
dengan harapan,
dapat ambil pengajaran daripada cite tersebut.

----------------------

Setan melihat situasi ini.
Dan mereka...

KETAWA TERBAHAK-BAHAK.

"kah kah kah... bodoh betol manusia tuh!"

Lupakah pada kata-kata Allah:
"Dan setan menghiasi bagi mereka perbuatan (buruk) dengan perkara yang indah-indah, maka setan menghalang mereka dari Jalan (Allah), dan sesungguhnya mereka orang yang pintar dan berkemahiran."
[al-'Ankabuut, 29: 38]

Yup!
Mereka orang yang pintar dan berkemahiran.

Tapi,
lemah imannya,
dan mungkin tidak ikhlas.

Kerana setan tak mampu menipu,
orang yang betul-betul beriman dan ikhlas!

---------------------

Saya juga gamers dan suka tonton movie dan anime.
Dan juga pernah buat alasan yang sama.
(maksud saya, bekas gamerz. insyaAllah)

Malang sekali,
rupanya itu retorik semata-mata.

Pernah anda jumpa atau dengar,
bila anda bertanya si dia:
"Kenapa kau suka ke masjid ye?"

Dia dengan selamba menjawab:
"Sebab saya belajar dari Naruto dan Kakashi."

atau,
"sebab Aang The Last Air Bender bagi saya spirit supaya tak putus asa lawan Fire Lord Ozai"

Tentu tak jumpa, kan?

Yang pasti anda ketemukan ialah:
"Kenapa tak datang masjid pagi tadi?"

"Er... seganlah nak cakap. semalam tidur lambat, sebab Bleach keluar episode baru."

Setan pun bersorak gembira.
Dan kata:
"Esok kita sama-sama tonton cite Digimon pula ye! Banyak ibroh boleh belajar! Lets save Digimon World! Go go babe!"

Antara anime kegemaran saya. er...

 
---------------

Akhirnya,
study entah kemana.
Dan bila ajak buat benda baik,
"Bro, assignment tak siap lagi la."

Inilah saya namakan,
'Iman yang menipu'

Iman palsu yang dihiasi setan,
dengan aksesori yang cantik.

Adakah anda juga punya Iman palsu ini?
Bersegeralah menuju keampunan Tuhanmu.

Assalamu'alaikum.

"Always remember ALLAH"

7 yang kongsi idea:

Amie. said...

saya tertarik nak baca blog post awak kali ni sebabkan saya jugak seorang penggila movie. & tak dinafikan ada ungkapkan ayat ayat macam yang awak mention, "belajar sesuatu daripada movie tu". tanpa menyedari at the same time, saya lalai, sebab movie, lambat nak sembahyang & all that. astaghfirullah hal azim.

terima kasih untuk post kali ni. sebab saya rasa sangat dekat kat hati.

cuma saya rasa susah untuk istiqamah kan diri, untuk terus cuba berbuat baik. hmm. macam mana ye?

dalam hati nak berubah tapi tingkah laku masih seperti dulu. kadang kadang rasa diri ni lemah sangat.

sekali lagi, thanks untuk post yang menyedarkan ni. sorry sebab komen panjang panjang. may Allah bless you :)

aiman nizal eddy abdullah said...

Mntap..tersentuh di jiwa..insyaAllah ana akan berubah..:D

adysuR said...

Hanya beberapa tahun kebelakangan ini mampu belajar melalui apa yg ditonton. Kalau dahulu sebenarnya lebih kepada perasaan seronok dan ingin tahu sahaja.

Ternyata dalam melayan movie/anime juga memerlukan disiplin dan kawalan diri yg tinggi.

NidzamYatimiRamli said...

mantap sheikh :D

Muhammad Syaakir said...

untuk pngetahuan saudara, bleach dh tamat.. so dh x kuar dh bru... hehehe///

Al-Fakir Hamidi said...

Amie: Semoga Allah membantu saudari. ada beberapa 'teori' untuk mengatasi masalah itu. Dan teori itu perlu dibumikan ke dalam bentuk praktikal. Saya boleh carikan orang yang boleh membantu saudari, ke arah pembumian tersebut. Mahukah saudari?

Al-Fakir Hamidi said...

Aiman: sama2 kita berubah.
Adysur: juga perlukan sahabat2 yang mempunyai kesedaran, untuk disiplin tambahan
Nidzam: ana byk belajar dari anta
Syaakir: terima kasih

There was an error in this gadget