Pages

Friday, April 13, 2012

2 Nasihat, untuk 2 Hari Lalu

Assalamu'alaikum.

Minta tolong ajarkan saya. Boleh ek!?

Dua hari yang lalu,
iman saya bermasalah.
Habis seluruh hidup saya 'musnah'!

Itu tidak menjadi,
ini tidak kena.
Serba serbi kekurangan.

Tilawah semakin berkurang,
Qiam makin malas,
Rindu pada ikhwah makin melemah,
dan Mutarobbi 'kelihatan' bermasalah.

Astaghfirullah.

Saya meminta nasihat,
dari teman-teman.
Ini antara nasihat mereka:

"Bila Allah menguji seseorang, itu tandanya Allah ingin memuliakan hamba-Nya itu. Kerana manusia yang paling banyak ujian adalah yang paling dimuliakan, yakni Muhammad Rasulullah SAW."

Seorang lagi menasihati:
"Bersamalah dengan sahabat. Kerana mereka yang akan menjaga kita. Kadang-kadang, kita terlepas pandang salah dan silap kita. Yang melihatnya, adalah sahabat sekeliling. Seperti Allah, Dia sentiasa Melihat kita, dan Dialah sebaik-baik Penasihat kita. Maka, selalulah bersama-Nya."

Allahumma... 


Walaupun masih belum full recover,
tapi 'Iman' saya semakin membaik.
InsyaAllah.

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"
There was an error in this gadget