Pages

Monday, April 30, 2012

Kebetulan - Menuju individualistik!

Assalamu'alaikum.

Jangan tutup mata, ketika ingin mencapai hati itu!

Dalam kelas Usuluddin,
kami ada belajar mengenai konsep 'kemungkinan'.

Jika mahu berbicara tentangnya,
sangat sangat sangat mengambil masa.

Cuma saya hanya tertarik dengan satu istilah,
yang ada kaitan dengan konsep ini,
iaitu KEBETULAN.

Secara ringkasnya,
di kelas tersebut,
kami belajar mengenai kewujudan Tuhan.
Mustahil alam ini berlaku secara kebetulan.
Kerana sebab itu dan ini yang terlalu susah untuk dinukilkan di sini.

InsyaAllah,
bila ada masa,
sama-sama kita berkongsi.

-------------

KEBETULAN.

Sedang khusyuk mendengar penjelasan dari lecturer tercinta,
tiba-tiba minda saya dihinggap sesuatu.
Dan saya hanya mampu membisu...

"Kebetulan hari ini saya terlambat bangun. Tak sempat nak solat Subuh berjemaah."

"Kebetulan semalam ada emergency assignment yang kena hantar hari ini, sampai terlewat bangun."

"Kebetulan ada kawan datang ziarah bilik. Takkan tak nak layan kot?"

"Kebetulan semalam black-out. Panas giler. Tak dapat tidur!"

"Kebetulan kawan ajak main DOTA. Pagi petang ada kelas. Main malam lah!"

"Kebetulan ada perlawanan futsal petang. Letih giler~"

Dan macam-macam lagi KEBETULAN,
yang akhirnya membawa kepada
Solat Subuh Sorang-Sorang.

-----------------------

*p/s: entri ini dipendekkan hingga ke sini. Entah kenapa.^^ hehe. Apa-apa pun, entri ini 'memakan' tuan sendiri. 'Kebetulan' terlupa pula apa yang ingin disampaikan. huhu...
*Semoga lebih tsabat (tetap) dan istiqomah (berterusan) dalam menunaikan Solat Subuh Berjemaah di Masjid.

Tiba-tiba rasa rindu kat masjid ~
Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

0 yang kongsi idea: