Pages

Tuesday, April 24, 2012

Games Terbaru!

Assalamu'alaikum.

Ini Bulatan Bahagia kami. Anda?

Mereka kata,
saya sentiasa sibuk.

Saya cek jadual harian saya,
saya sibuk dengan apa yer?

Saya cuma berharap,
badan saya tidak 'diletihkan' dengan perkara-perkara kosong.

Biar di hadapan Allah nanti,
mereka akan menjadi saksi untuk saya,
bahawa saya mempergunakan mereka sebaik mungkin.

Tipulah jika saya tak pernah bermaksiat,
dan dustalah jika saya tak pernah membazir masa.

Tapi,
saya sentiasa sentiasa sentiasa berdoa,
agar masa saya dalam kebaikan,
berganda-ganda daripada masa saya dalam keburukan.

Moga Allah mengampuni kami.

--------

Sapa nak join saya!? Jom main multiplayer!

Sekarang,
saya sudah addict dengan games baru.
Lebih best daripada DOTA atau Counter Strike.

Inilah dia endless game,
Permainan Dakwah.

Semakin saya belajar Fiqh Dakwah,
semakin susah.

Ingatkan semakin kita berilmu dalam dakwah,
semakin kita mahir dan mudah.

Tetapi,
sebaliknya yang berlaku.
Tapi, inilah yang saya minati.
endless game...

Jika main DOTA,
ada penamatnya.
Jika main Counter Strike,
ada penamatnya.
Jika main PES,
ada penamatnya.

-Bosan-

Tapi,
games dakwah ini,
tak akan pernah tamat,
sehingga kami bertemu dengan Allah.

Setiap hari,
level kesusahan semakin meningkat,
dan kami ketagih dengannya.

Kalau mudah,
tentu boring...

okeyh...
see you later.

Tak sabar nak continue games ni.^^
insyaAllah.

Assalamu'alaikum.

"Always remember ALLAH"

0 yang kongsi idea: