Kadang-kadang: Dunia ini bukan semuanya baik. Ada Takdir baik, ada Takdir buruk. Berimanlah! |
buat rakyat Malaysia,
samada yang menyokong 1 Malaysia,
atau sekeras-kerasnya menentang 1 Malaysia.
Moga Allah bagi kita semua,
Hidayah...
"Berikanlah kami Hidayah menuju jalan yang lurus."
'Kami'...
Yup, berdoalah untuk semua,
bukan untuk kita sorang-sorang.
--------------------------
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),
akan mula bercuti pertengahan semester,
bermula esok.
Tapi,
itu bukan topik perkongsian saya kali ini.
Dan,
untuk awal-awalnya,
saya meminta maaf,
kerana sudah lama tidak sharing is caring.^^
---------------------------
Saudara semua,
samada yang membaca artikel ini,
atau yang mendengar daripada si pembaca artikel ini,
kali ini,
saya mahu membawa anda semua,
menyelami kehidupan kita,
dan menguatkan IMAN kita,
dengan menguatkan kepercayaan kepada rukun Iman yang ke enam,
yaitu,
"Beriman Kepada Qadar Baik atau Buruk"
Menelerusi kehidupan kita,
daripada kecil hingga sekarang,
kita akan mendapati sesuatu.
Jika kita memerhatikan 'sirah' kehidupan kita,
dan mendalaminya dengan penuh kesabaran,
maka, kita akan mendapati sesuatu yang...
SUBHANALLAH...
Tapi,
untuk permulaan,
saya ingin berkongsi mengenai:
MUROBBI
-----------------------------
Murobbi,
adalah salah satu istilah yang popular dalam medan dakwah,
dan juga tarbiyah.
Murobbi atau panggilan glamornya ialah Naqib,
adalah orang yang bertanggungjawab,
dalam mengurus dan mendidik,
manusia di bawahnya.
Mutarobbi pula,
mereka yang dididik oleh murobbi mereka.
Diajar dan diasuh untuk memahami Islam,
dan sekali gus dididik untuk mempraktikkannya.
Mengambil sedikit kesempatan,
untuk saya ulas istilah Murobbi dan Mutarobbi ini.
Murobbi,
kalimah ini berasal daripada istilah arab Rabba,
yang bermaksud Didik.
Apa beza 'didik' dan 'ajar'?
Ketika zaman persekolahan dahulu,
kita akan mendengar istilah,
Pelajaran Matematik, Pelajaran Sains, Pelajaran Bahasa Inggeris,
dan begitulah seterusnya.
Berbeza dengan jasmani atau kesenian,
kita akan memanggil 'pelajaran' tersebut dengan,
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Seni.
Kenapa guru kita tidak pernah menyebut,
Pendidikan Matematik atau Sains atau ini dan itu?
Dan kenapa tiada Pelajaran Jasmani atau Seni?
Ilmu diperturunkan. Baru boleh diambil olehmu. Jadi, kenapa harus 'kedekut ilmu'? Perturunkanlah ilmumu, pada generasi selepasmu. |
Pelajaran: Ajar.
Ia hanya bersifat ajar,
yakni menurunkan ilmu dari satu pihak kepada pihak yang lain.
Pendidikan: Didik.
Ia bersifat mendidik, mengasuh, menyantuni, etc...
yakni mengajarkan seseorang ilmu dan mendidiknya untuk melakukannya secara praktikal.
Sebab itulah ia dipanggil Pendidikan Jasmani.
Kerana cikgu mengajar kita secara teori,
dan menunjukkan kepada kita cara untuk berbuat secara praktikal.
Dalam bahasa arab,
ajar = 'Allama
didik = Rabba
----------------------------
Tarik nafas seketika.
Bersedia untuk seterusnya?
Murobbi bukan berperanan menurunkan ilmu semata-mata.
Tetapi, dia berusaha dan berusaha bermati-matian,
untuk menDIDIK mutarobbinya sebaik mungkin,
untuk memahami Islam dan mengamalkannya.
Murobbi akan menyantuni mutarobbinya,
dengan menunjukki Akhlak ajaran Islam,
dengan menjadi contoh tauladan bagi mereka.
Dan murobbi itu,
tahu benar akan kelemahan dan kelebihan mutarobbi nya.
(Walaupun bukan 100%)
Oleh itu,
murobbi akan buat itu ini,
untuk mengurangkan kelemahan mutarobbi nya,
dan buat itu ini,
untuk memaksimumkan kelebihan dan kepakaran mereka.
Dan daripada itu,
murobbi akan menuntun mereka,
menuju ke sirath mustaqiim,
yang telah Muhammad tunjuki.
Sehinggalah suatu hari,
mutarobbi itu,
akan menjadi insan yang di cintai Allah,
dengan sebenar-benar cinta.
Dan seterusanya,
si mutarobbi tadi,
akan bertindak sebagai murobbi kepada yang lain.
Dan begitulah Islam berkembang!
--------------------------
Rabba - Murobbi - Mutarobbi.
Kadang kita tertanya:
Siapa murobbi kepada murobbi yang pertama?
Dengan mudah,
kita sendiri menjawab:
"Muhammad, pesuruh Allah!"
Dan kita tertanya lagi:
"Siapa murobbi kepada Muhammad Rasulullah?
Dan mereka yang ada sedikit ilmu,
akan menjawab sedikit was-was:
"Jibril, pesuruh Allah!"
Dan sekali lagi,
kita tertanya-tanya:
"Jibril pula, ada murobbi kah?"
Semua diam...
Tidak berani berkata-kata.
Walau umum mengetahui,
bahawa yang mengajar dan mendidik Jibril,
adalah Tuhan sekalian alam.
Yup,
Allah itu murobbi Jibril.
Sebab itu,
Allah menyebut dalam Kalam-Nya,
bahawa dia adalah Rabbi al-'alamin.
Allah tidak menggunakan istilah,
Mu'allim al-'alamin.
Kerana apa?
kerana 'allama hanya tertakluk kepada ajar semata-mata.
Tapi Rabba meliputi ajar-didik-asuh-jaga-pimpin-tuntun,
sehingga menjadi yang terbaik!
Maka,
Allah itulah murobbi kepada segala murobbi.
Bukan setakat mu'allim,
atau muballigh, atau mudarris,
tapi MUROBBI!
Maka,
jawatan terbesar di dunia ini,
adalah MUROBBI!
Ramai orang yang boleh jadi Da'ie,
tapi bukan semua yang mampu menjadi murobbi.
Wallahu a'lam...
-----------------------------------
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah, (murobbi) Tuhan sekalian Alam.
Yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.
Yang Menguasai Hari Agama (Pembalasan).
Kepada-Mu lah kami menghambakan diri, dan kepada-Mu lah kami memohon.
Berikanlah kami (Muslim dan non-Muslim) hidayah ke jalan yang lurus.
yakni jalan mereka yang telah Engkau memberi nikmat, bukan jalan mereka yang dimurkai Engkau, dan bukan (jalan) mereka-mereka yang sesat."
[al-Fatihah, 1: 1-7]
Ikatan kemurobbian akan berpenghujung kepada Allah. insya-Allah. |
Hurm...
Maka apakah yang ingin saya sampaikan?
Apakah kaitan murobbi ini dengan IMAN?
Apakah kaitan Allah sebagai murobbi segala murobbi dengan rukun iman ke-6?
Beriman dengan Qadar dan Qada' itu, ada kaitan dengan murobbi kah?
Hehe^^
Dalam falsafah,
kami belajar untuk berfikir dan berfikir.
Anda ingin cuba?
Insya-Allah,
"Ballighu 'anni walau aayah"
[Sampaikanlah dariku (Nabi) walau satu ayat]
Maka,
kongsilah apa yang anda tahu,
untuk menjawab persoalan-persoalan di atas.
Mulakan dengan Bismillah,
dan elok juga beristighfar sejenak,
dan kongsilah.
Moga ia memberi manfaat,
kepada saya dan yang lain.
Insya-Allah,
saya akan kongsikan ilmu saya,
pada entri yang akan datang.
Semoga Allah memaafkan saya,
dan anda semua.
Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"
0 yang kongsi idea:
Post a Comment