Assalamu'alaikum.
Dalam kelas Falsafah,
sekejap tadi,
kami belajar puak Qadari.
Mereka percaya,
bahawa manusia ada free-will.
Dan ketuanya adalah Hasan al-Basri.
Mereka menentang,
golongan yang sering mengatakan:
"Ini semua suratan takdir!"
Akhir sekali,
pemerintah memerintah dengan zalim,
dan berkata:
"Ini semua kehendak Tuhan."
Seorang pelajar malas,
dan gagal dalam peperiksaan,
dan berkata:
"Dah ini takdir aku, macam mana nak buat."
--------------------
Blog ini dah lama tak update.
Adakah ini takdir?
Er...
-------------------
Ketika saya kecil,
saya terkadang,
menyalahkan takdir.
Kerana dilahirkan,
sebagai manusia abnormal.
Hari ini,
baru saya tahu,
kenapa saya dilahirkan begitu.
Moga Allah,
memaafkan kejahilan kita semua.
-----------------
Jika takdirmu teruk,
tetaplah berdoa,
moga Allah mentakdirkan kamu,
MATI
dalam mati yang baik.
Takdir buruk di dunia,
terlebih lebih lebih baik,
daripada ditakdirkan buruk di Akhirat.
----------------
Akhirnya,
lecturer kami mengatakan,
mereka yang sering 'berlindung' di sebalik kalimah takdir ini,
sering terlupa,
bahawa Allah berfirman:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”
[QS Al-Ra'd, 13:11]
Semoga Allah,
memaafkan segala kebodohan kita.
Dan dengan pemaafan itu,
Allah memberi takdir yang baik untuk kita.
sama-sama kita doakan.
Insya-Allah.
p/s: antara takdir kamu dengan takdir rakyat Palestin atau Syria, yang mana lebih teruk?
Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"
0 yang kongsi idea:
Post a Comment