Pages

Tuesday, January 3, 2012

Western Education: menghancurkan JIHAD!

 Assamua'alaikum.

~ Bolehkah aku tak nak berjihad? ~

Salam perjuangan jihad, buat warga Muslim!
Yang terus-terusan mengorban masa dan kepentingan diri!
Demi membangunkan ummah yang terlena,
dan dibuai arus keduniaan!

*entri ini sambungan kepada entri ini. (klik)

-----------

Dari awal-awal lagi,
Allah telah menyatakan dalam Al-Qur'an,
bahawa Allah menciptakan hanya satu hati sahaja.

Allah mengatakan dalam surah al-Ahzab,
ayat yang ke-4:
"Allah tidak sekali-kali menciptakan bagi seseorang 2 hati dalam rongganya" [Al-Ahzab, 33:4]
Melihat kepada Firman Allah ini,
sepatutnya kita melihat sesuatu dengan teliti.

Kerana apa?
Kerana orang kafir,
orang yang memusuhi Muslim,
dan cuba menghancurkan agama Islam,
sangat-sangat mengkaji akan agama suci ini.

Anda melihat sesuatu pada ayat tersebut?


-------------

Pada zaman Rasulullah SAW,
para sahabat begitu kuat sekali bertahan.

Bertahan bermati-matian,
mempertahankan Aqidah Islam yang mereka anuti.

Mereka teramat-amat cintakan Islam ini,
sampai tidak sanggup untuk kembali kufur,
walau diseksa gila-gila.

Lihat sahaja Bilal bin Rabah.
Umum mengetahui bagaimana dia diseksa oleh tuannya.
Dijemur di tengah panas,
di atas padang pasir yang panas,
dengan sebiji batu di atas dadanya.

Kita,
berada dalam bilik yang tak ber-aircond,
pada pukul 12 tengah hari,
pun merungut PANAS...

Tapi Bilal,
tetap menyebut AHAD (Yang Esa)...

Kita?
Kita menyebut,
"Alahai, panasnya!"

Belum lagi dipanggang,
macam Khabab bin Arat.

Dipanggang atas bara api,
hingga padam bara itu.


Kerana apa?
kerana air?
Tidak!
Kerana darah dan lemak badannya.

Kita?
Huh...


-------------------

Meniti sejarah para sahabat,
kita cuba mengelak,
dan mengatakan:
"Mereka tak pelah,
sahabat Nabi!
Saya ni biasa-biasa aja."

Manusia.
Bila dah beralasan,
memang tak henti-henti.

Lupakah kita,
Allah mengatakan dalam Al-Qur'an,
bahawa manusia diciptakan sebaik-baik kejadian?

Tidak cukup di situ,
Allah mengatakan juga,
bahawa kamu adalah yang TERTINGGI,
jika kamu orang-orang beriman.

Jadi,
apa bezanya kita dengan sahabat?

Mudah sahaja.
Iaitu keimanan!

-------------

~ Apa khabar IMAN kita? ~

Ingat sabda Nabi,
mengenai kemanisan Iman?

Nabi kita pernah bagi tips2,
untuk merasai kemanisan Iman. Ingat?

Ada 3 cara,
dan yang pertama ialah mencintai Allah,
dan Rasul-Nya lebih daripada diri sendiri.

Sekarang,
anda perasaan sesuatu?
Yang membezakan kita dengan para sahabat dahulu?

Yup!
Mudah sahaja.

Kerana sahabat dulu,
amat amat amat amat amat mencintai Allah.
Kita?
Tepuk perut,
tanya nak makan apa...

Dan untuk penambahan,
Iman itu selari dengan Taqwa.
bila Iman kuat,
maka Taqwa semakin kuat.

Ini adalah asas,
yang semua orang Islam tahu.
Tak perlu saya panjangkan.

Dan Taqwa,
tempatnya di hati!

Tak percaya?

Cuba bertanya pada naqib usrah anda.
Tak masuk usrah?
Cuba tanya mana-mana ustaz yang berilmu.
Malu?
Tanya kawan-kawan yang dipercayai!

Malu juga?
emel pada saya!
Tak tahu emel saya?
Carilah sendiri...

------------------

Jadi,
Taqwa tempatnya di hati,
dan taqwa terbina dengan adanya Iman.

Dan bila Taqwa ada di hati,
maka,
tiada lagi perkara lain di hati.

Mudahkan cerita.

Di hati para sahabat,
hanya ada ALLAH sahaja!

Rasulullah tak de kah?
Ibu bapa tak de kah dalam hati mereka?

Sabar dahulu.
Saya kata dalam hati mereka,
hanya ada ALLAH sahaja.

Kerana apa?
Kerana Allah cipta satu hati sahaja.
Bukankah sudah saya bawakan ayat Al-Qur'an tadi?

Jadi,
cinta mereka kepada Nabi,
adalah ikutan daripada cinta mereka kepada Allah.

Kerana apa?
Kerana Allah suruh mereka kasih pada Nabi,
dan taat pada apa yang Nabi suruh!

Dan mereka cinta pada ibubapa,
kerana reda Allah,
terletak pada reda ibubapa.

Itulah sebabnya!

Kesimpulannya,
hati mereka,
hanya ada ALLAH!

----------------

~ Mati dimakan beruang, atau mati di medan perang? ~

Berbalik kepada kita,
tujuan asal penulisan ini.

Apabila si pemusnah Islam,
cuba menghancurkan Islam,
tentulah mereka cuba cari,
kelemahan yang terbesar orang Islam.

Apakah itu?
Iaitu lupa pada Allah.

Persoalannya,
bagaimana mungkin mereka berjaya buat itu?

Jawapannya mudah.

Jika anda melihat tulisan saya di atas,
tentu anda sudah mendapat jawapannya.

Jawapannya,
mengeluarkan 'ALLAH' dari hati orang Muslim!

Bila ALLAH sudah tiada,
maka hati akan kosong.

Bila kosong,
ia perlu diisi.

Dan anda tahu apa yang ada di sekeliling anda?

Huh...
Tak perlu saya nyatakan.

Tapi,
saya tetap ingin menyatakannya!

Kezaliman di merata-rata!

----------------

Di sekeliling kamu,
ada 5 S dan 2 F.

Apakah itu?

Sex,
Smoke,
Screen,
Sport,
Song,
Fashion,
Food.


Tentu entri ini akan panjang,
jika ingin mengulas satu persatu.
(Insya-Allah, saya akan ulas satu persatu dalam entri lain)

Tapi,
secara keseluruhannya,
7 perkara inilah,
yang merasuk dalam hati kawan-kawan kita,
atau mungkin kita? Er...

Dan,
apabila satu daripada tujuh ini,
berada dalam hati seseorang,
maka tidak ada lagi tempat untuk ALLAH,
dalam hatinya.

Kenapa?
Kerana Allah hanya ciptakan satu hati sahaja!

Jadi,
Nabi kata,
jika baik hati itu,
maka baiklah seluruh jasadnya.

Dan jika buruk hati itu,
maka buruklah seluruh jasadnya!

Sekarang anda sudah mengerti!
Kenapa masyarakat hari ini kacau-bilau?

--------------

Saya sambung lagi.

Maka,
sistem yang kita belajar sekarang,
adalah sistem yang berteraskan konsep tersebut.

Atau paling kurang,
menyokong konsep tersebut.

Mungkin secara langsung,
atau mungkin tidak langsung.

Apa itu tidak langsung?
Macam mana itu terjadi?
Apa kaedahnya?

Apabila dalam sistem pendidikan Barat,
tidak menitikkan tentang unsur-unsur keagamaan,
anda fikir adakah 'ALLAH' akan berada dalam hati mereka?

Jika tiada,
maka apa yang akan masuk,
dan terlekat pada hati mereka?

Tidak lain dan tidak bukan,
adalah DUNIA!

Bila DUNIA menguasai hati,
apa yang akan terjadi pada jasad dan tingkah laku?

Tentulah berteraskan ke-DUNIA-an semata-mata!

-----------------

Maka,
letak telapak tangan anda di dada sekarang,
dan bertanya:
"Apa yang ada dalam hati saya sekarang!?"

Allah kah?
Duit kah?
Perempuan kah?
Ibu bapa kah?
10 A+ kah?
Bola kah?

Atau apa?

Macam mana ingin tahu!?
Anda yang menentukannya!

Cuma,
mungkin ada yang meminta tip.

Maka saya jawab,
apa benda yang paling banyak anda lakukan,
itulah yang ada dalam hati anda!

Allahu A'lam (Allah lebih mengetahui!)

----------------


~ JOM BERJIHAD! ~

Maka,
mungkin ada yang menjerit:
"Oh NO! Dunia dalam hati saya!
Macam mana nak keluarkannya!?"

Dan sekali,
saya memohon maaf.

Entri ini sudah panjang,
dan tidak dapat diteruskan buat masa ini.

Insya-Allah,
jika anda mengikuti blog ini,
membaca satu persatu entri di sini,
anda mungkin menemui jawapannya.

Ingat!

Mungkin boleh saya tersilap,
atau mungkin saya betul.

Kerana saya manusia,
bukan malaikat atau setan.

Jadi,
anda boleh menerima ulasan saya ini,
atau boleh menolaknya,
dan memberi komentar yang positif!

Dan saya akhiri tulisan kali ini,
dengan satu lagi Firman Allah,
yang ada kaitan dengan TAJUK entri ini:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
Ini daripada surah At-Taubah,
surah ke-9,
ayat ke-24.

Lihat bahagian yang saya bold-kan.

Apabila hati sudah dipenuhi dengan DUNIA,
tiada lagi ruang untuk ALLAH,
dan tiada sebab untuk mencintai NABI,
maka perasaan JIHAD pun hilang!

Bila tiada Jihad dalam jiwa,
kenapa perlu susah-susah kan?

Baik balik ke bilik,
dan ambil bantal,
dan tidur.

Bestnyer!

Tapi Allah kata kat belakang ayat itu,
"Maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan
keputusan-Nya..."

Amacam?
Ada perasaan JIHAD dalam hati anda?
Tunjukkan pada kami,
kami yakni orang ISLAM,
dan orang bukan ISLAM.

Ada berani?

*insya-Allah, bersambung...

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

2 yang kongsi idea:

adysuR said...

Panjang kerana dijarakkan. Tapi lebih senang begitu.

Menanti sambungannya. ;)

Al-Mufakkir Hamidi said...

insya-Allah. :)