Pages

Tuesday, January 11, 2011

Kata-kata Hikmah: Kalau jatuh, bangun sendiri yer!

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera.


Ketika berpisah,
kadang-kadang,
kawan berjenaka:
"Nanti kalau jatuh, bangun sendiri yer!"
Dengan tersengih-sengih,
bercampur dengan perasaan ukhuwwah,
menyangka dia bercanda,
memang pun bergurau,
kita membalas:
"Yela yela. Terima kasih kerana memperingati!"

Gelak tawa menyusul,
manis rasanya.

-----------------------------------


Kalau jatuh, bangun sendiri yer!

Siapa belum pernah mendengar kata-kata itu?
Saya kira,
semua pernah!

Dalam dunia persahabatan,
gurau senda adalah perkara biasa,
semakin rapat mereka itu,
semakin rakus gurauan mereka,
yang penting,
tidak terkeluar batas persahabatan.

Apa itu batas persahabatan?
Tidak mengguris hati mereka,
tidak menyinggung perasaan,
tidak menipu,
tidak mencederakan secara fizikal,
dan pelbagai lagi,
yang saya kira,
anda semua lebih arif!

-------------------------------

Ok.
Di sini bukanlah tempat,
untuk saya membicarakan,
dengan detail mengenai ukhuwwah.

Untuk itu,
insyaAllah lain entri.

Kalau jatuh, bangun sendiri yer!

Apa yang anda dapat lihat?
Satu gurauan biasa?
Atau apa?

Pernah dalam satu tulisan,
karya Hilal Asyraf,
dalam Fanzuru,
Langit Ilahi 3.

Ada satu topik dalam buku itu,
lebih kurang begini bunyinya:
"Lihatlah dunia dengan mata Akhirat"

Begitulah juga dengan kehidupan harian kita,
hendaklah kita melihat setiap sesuatu,
dari benda yang penting,
sehingga yang sipi-sipi,
dengan mata Akhirat,
termasuklah gurau-senda sesama sahabat.

------------------------

Kalau jatuh, bangun sendiri yer!


Sebenarnya mampu bertukar menjadi satu,
kata-kata hikmah jika dihayati.

Ketika mana kita sering bersama rakan-rakan,
mungkin ketika kita terbeban dengan masalah,
boleh saja kita minta pertolongan dari sahabat handai.

Bila sahaja bersama dengan para ikhwah,
kita akan lebih bersemangat untuk melakukan ibadah itu dan ini,
mentilawahkan Al-Qur'an dengan nyaring sekali,
solat nawafil tidak pernah ketinggalan.

Duduk ber-iftar bersama dengan mereka,
menghilangkan penat seharian bekerja dalam kelaparan,
bersama-sama ber-istighfar memohon keampunan,
sambil menunggu azan berkumandang.

Sungguh!
Tiada siapa dapat menafikan,
ketika mana dalam ber-jemaah,
bersama-sama teman dan sahabat,
kita akan lebih bersemangat jitu,
dalam apa jua hal!

Tapi,
amat ketahuilah,
Setiap pertemuan pasti disusuli dengan perpisahan.

Ya!
Ini tidak dinafikan,
sebab itulah,
mereka secara sedar atau tak,
mereka (baca: sahabat) akan melafazkan:
Kalau jatuh, bangun sendiri yer!
ketika usai bersalaman.

--------------------------

Ketahuilah wahai sahabatku,
ramai yang jatuh ketika berseorangan,
ketika beribadah dalam kesunyian,
jiwa tidak lagi bahagia.

Dunia bagaikan hitam memekat,
menutup keindahan Syurga di balik kesepian,
melahirkan kebosanan untuk beribadah,
menjurus kepada ke-futur-an.

Tidakkah anda melihat?
Berapa ramai mereka yang dapat melaksanakan,
solat Rawatib (solat sunat sebelum&selepas Solat Fardu) di masjid,
berbanding dengan mereka yang melakukannya bersendirian di bilik.

Ketika bersama-sama dengan masyarakat,
kita seolah-olah mendapat aura mereka.

Tetapi bila berseorangan,
kita mudah goyah dan senang dijatuhkan.

--------------------------

Ketika berseorangan,
tiada siapa lagi yang akan datang,
untuk membantu kita,
ketika kita memekik: TOLONG!

Ketika itu,
semuanya harus bersendirian,
hidup bersendirian,
bantu diri bersendirian,
tidur bersendirian,
bangun bersendirian,
makan bersendirian,
IBADAH bersendirian,
segalanya bersendirian.

Maka hidup akan malap,
dan lahirlah kebosanan di sebalik kemeriahan,
barulah sedar,
bahawa tiada nikmat di balik dunia ini.

Semuanya KOSONG!

---------------------------

Kalau jatuh, bangun sendiri yer!

Maka beruntunglah bagi mereka,
yang hidupnya bukan kerana segulung ijazah,
juga bukan untuk bersuka-ria dengan DOTA atau PES,
dan tidak untuk menghiburkan hati para ikhwah,
TETAPI,
mereka yang hidup kerana ALLAH.

Kerana apa?
Kerana Allah tidak pernah meninggalkan anda!
Tidak!
Sekali lagi tidak!

Firman-Nya: "Allah bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada." (Al-Qur'an)

Wahai saudaraku,
jika anda ada masalah,
kembalilah kepada Allah.

jika anda jatuh,
peganglah 'tali' Allah untuk bangun!

Ketahuilah,
Allah Amat Menyayangi kamu semua!

-----------------------------

Jadi,
nanti kalau jatuh, bangun sendiri yer!
Jangan berputus asa!
Allah kan ada?

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

4 yang kongsi idea:

Asif said...

memang mendalam..

ianya bagaikan satu harapan seorang akh terhadap akh yang lain ketika mereka bersendirian, agar tidak futur dan kekal dalam redha Allah..
dalam, memang dalam..

Muhammad Mu'az said...

salam ya akhi.

kali ini ana singgah sambil minum kopi.

erm, ana sangat suka dengan entri anta kali ini. memang sangat tepat dengan apa yang ana rasa sendiri.

dan, memang kadangkadang kita kena bangun sendiri. dan bagi ana, waktu bersendirian itu memang perlukan kekuatan untuk bangun sendiri. mungkin itu apa yang ana alami sekarang.

dan, ana sangat setuju dengan katakata akhi asif hasbullah :)

Al-Mufakkir Hamidi said...

Asif: dalamkan lagi.
Mu'az: Salam. suka dgn entri ini? entri lain tak suka? -nampaknya kena improve penulisan. :)

Syukran lakum.

Anonymous said...

entry yang menarik.

salam singgah dr PSR.



Ibn Fuad