Pages

Sunday, December 12, 2010

~ 1 ~ Ke Dunia Hitam

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera buat semua.
Moga kesihatan mendekatkan diri kita kepada-Nya.

~ Tiada dia diuji, melainkan yang dia mampu ~

Menjenguk ke ruang inbox,
mencari satu kenangan,
yang ditinggalkan oleh seorang sahabat,
yang tak puas-puas memberi semangat.

Ah!
itu dia,
mesej bernombor 428,
dalam inbox handset hitamku,
sungguh,
hari ini aku ingin berkongsi,
bersama anda sekalian.

"Daripada Abdullah ibnu Mas'ud R.A. katanya: "Saya masuk ke tempat Rasulullah S.A.W. ketika baginda sedang menderita sakit. Saya rasakan baginda dengan tangan saya, lalu saya berkata: Ya Rasulullah! Penyakit anda amat berat. Rasulullah S.A.W. menjawab: Benar! Penyakitku sama dengan penyakit 2 orang antara kamu. Saya berkata: Demikian anda mendapat pahala 2 kali ganda. Rasulullah S.A.W menjawab: Benar! Setelah itu, baginda berkata: Setiap orang Islam yang mendapat bencana penyakit dan lain-lain, maka Tuhan menggugurkan (mengampuni) kesalahan-kesalahannya sebagaimana pohon kayu menggugurkan daunnya" (Sahih Bukhari).
From: Mohd Syukri bin Salleh

-----------------------------

Satu hadis,
yang sering kita ulang,
atau kita diulangi,
"2 nikmat yang sering manusia lupa,
iaitu: (nikmat) lapang dan sihat."

Kamu mengerti?
Bahawa sekarang diberi nikmat,
secara kamu sedar,
atau kamu dalam alpa.

Setiap masa,
setiap ketika,
kamu diberi nikmat oleh Allah,
akan nikmat-nikmat yang kamu tidak dapat bayangkan.

Itu ini itu ini,
tidak terhitung oleh kamu.
Banyak!

------------------------

~ Ujian membawamu ke arah cahaya. Percayalah! ~

Kau diuji,
aku pun diuji,
oleh Tuhan yang sama,
Allah Maha Esa.

Kau diberi nikmat,
aku pun diberi nikmat,
oleh Tuhan yang sama,
Allah Maha Kaya.

Habis,
apa yang kau sombongkan?

---------------------

13 Oktober,
tahun ini,
2010.

Sedar tak sedar,
banyak merubah diri ini.
Langsung,
atau sekadar peringatan,
dari Si Maha Kaya.

Pagi hari itu,
terasa sesuatu gas yang mengalir dalam dada ini.
Kejadian demikian mengimbas kembali,
kenangan peristiwa yang sama berlaku,
lebih kurang setahun yang lalu,
sebelum aku bergelar mahasiswa.

Aku pikir,
itu hal biasa,
sama macam dulu,
mungkin akan baik sekejap lagi,
atau dua tiga hari.

Hari itu hari Rabu,
aku menjalani hidupku seperti biasa,
seorang pelajar jurusan Ilmu Wahyu,
di sebuah universiti tempatan,
bertaraf antarabangsa.

Menahan sakit sudah menjadi kebiasaanku,
demam selsema batuk-batuk,
itu perkara normal.

Kata keluarga,
akulah orang yang paling susah nak jaga kesihatan,
suka sangat berlapar.
Aku hanya tersenyum,
sambil terbayang kaum miskin,
di Afrika sana,
dan sudah tentu,
di Gaza sana.
Kamu?

Pagi itu,
ada dua sesi pembelajaran,
jika tidak salah.

Seperti kebiasaanku,
bersama teman-teman sepembelajaranku,
masjid tempat kami melepaskan lelah,
lelah keserabutan ilmu di kepala.

Di masjid,
kami menyusun kembali,
data-data tadi sebaik mungkin,
ada juga yang terus rebah,
mencari bidadari di dunia satu lagi.

Aku berwuduk,
bersiap-sedia untuk Solat Wajib Zohor,
menunggu Iqamah berkumandang,
bersama ratusan jemaah lain.

Dalam solat,
badanku terasa berat sekali.
Aku merasakan rukukku dan sujudku,
agak kurang sempurna.

Menahan sakit,
menghilangkan fokusku.
Ditambah dengan pergerakan angin dalam dada,
mengalih tumpuanku kepadanya.

Seusai solat dalam keadaan begitu,
aku bertemu dengan kawanku di tempat tadi.
Seperti biasa,
kami akan berkumpul sebelum dan selepas solat,
sebelum ke kelas masing-masing.

Sempat ku bertanya,
berkenaan hutang piutangku,
mahu saja aku melunaskan hutangku,
takut-takut,
Allah menungguku di 'sana'.

-----------------------------------

Selesai semuanya,
aku membonceng seorang kawan,
untuk pulang ke mahallah (asrama).
Sempat ku berpesan pada seorang sahabat,
"Ana tak pergi kot kelas hari ni."
Sambil melemparkan senyuman dingin melalui pandanganku.
Entah dia paham atau tidak.

Setiba di bilik,
aku terus meletakkan segala kelengkapan belajar,
mengucar kacirkan meja di depanku,
tidak ku hirau,
aku terus rebahkan diri,
di atas empukan tilam,
yang diselimuti cadar putih.

Tenang sekali suasana,
tapi keenakannya hilang,
dek dada yang semakin membarah.

Aku bertahan,
dan terus bertahan,
hinggalah aku ke dunia hitam.

~ Beginikah rupa paras Malaikat Maut? Atau lebih menakutkan? ~

Seterusnya,
~ 2 ~ Melangkah Dunia Aneh

----------------------
.mencuba kaedah penceritaan baru.
.ala-ala kaedah novel pendek bersiri. .dengan pendekatan berbeza.
.berdasarkan kisah benar.
.Allah jua tujuanku.
.insyaAllah.


Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

2 yang kongsi idea:

Anonymous said...

حميدي يا صديقي, من فضلك أن تخبرني ماذا قد اصابك حقيقة... inter89

Al-Mufakkir Hamidi said...

inter89: sabar yer... :)