Pages

Friday, August 13, 2010

Misteri 27.

Assalamu'alaikum.

Salam Sejahtera dan Selamat,
buat para pembaca,
yang membaca dan mencari ilmu,
kerana Allah, kerana Allah, kerana Allah.



27
26
25
24
23
22
21
20
19
18
17
16
15
14
13
12
11
10
9
8
7
6
5
4
3
2
1
TAMAT.

---

Ada apa dengan 27?

Sebelum saya menjawab,
ada pembaca ingin cuba menjawab?
Ada apa dengan 27 ni?

tak dapat jawab?
dah dapat,
tapi tak pasti betul ke tak?
Hurm...

---


Saudara yang dikasihi,
hari ini 3 Ramadan,
bermakna,
masih ada 27 hari lagi sebelum tamatnya Ramadan.

Kamu mungkin bertanya,
"Jadi, kenapa?"
Saya jawab,
"Sudah bersedia untuk meninggalkan Ramadan?"

---

27.
Bagi saya,
ia bukanlah saya bilangan yang besar.
Kalau kita mengira 1-27 secara terbalik sekali pun,
kita mampu lakukannya kurang dari 1 minit sahaja.

Tak percaya?
Cubalah,
janji AMANAH...

---

Saudara yang saya kasihi,
itu 27 yang akan menjelma,
macam mana pula dengan 3 hari yang telah berlalu?
Baik?
Sangat Baik?
Terlalu Sangat Baik?
Atau apa?

Kalau 3 hari yang pertama dah hampir tergolek,
macam mana dengan 27 yang akan tiba?
Dah bersedia?

Tak pe-tak pe,
sabda Nabi,
"Allah suka pada amalan yang sedikit, tapi berterusan. Dan Allah tidak suka pada amalan yang banyak tapi berhenti di separuh jalan."


Masih ada 27 hari,
teruskan sedikit, sedikit.
InsyaAllah,
itu semua lebih baik dari,
banyak-banyak,
kemudian ZERO!

---

Pernah juga saya mendengar,
kita kena kuat berusaha dari awal,
supaya akhir-akhir nanti,
kita menjadi ringan untuk beramal,
kerana dah terbiasa.

Cuma sedikit nasihat,
untuk diri ini,
dan semua pembaca,
Buatlah atas kemampuan anda.

Firman Allah,
"Allah tidak memberati kamu melainkan yang sepadan dengan kamu" (Al-Baqarah: 286)


TAPI,
ada tapi yer!
Jangan pula kamu permudahkan Ramadan kali ini!
Jangan bila sebut,
buat atas kemampuan,
kamu buat endah tak endah pulak!

Set goal,
Set matlamat yang ingin dicapai,
pada akhir Ramadan.
Tilawah?
Solat Nawafil (Sunat)?
Qiamullail?
Tarawikh?
Infaq?
dan seumpamanya...

Semoga kita berusaha kearah itu...
Bukan kita hidup terapung-apungan tanpa tujuan...
Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna...
Tidak lagi sia-sia...
Walau sesaat...
InsyaAllah...

---
.Salam Ramadan Kareem.

27.
Misteri 27.
Misteri tak?
Jawabku: Misteri!
Kerana kita tidak tahu apa yang bakal berlaku.
Cuma kita merancang,
agar 27 itu bermakna untuk kita.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (Akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan." (Al-Hasyr, 59: Ayat 18)


Jom bersiap untuk 27.
Yang lepas letakkan di tepi dulu.
Targetkan yang terbaik untuk 27 mendatang.
JOM sama-sama!

Nak ke Tak Nak?
(Judul buku karya Dr. HM Tuah Al-Haj)

Assalamu'alaikum...

"Always remember ALLAH"

5 yang kongsi idea:

Unknown said...

mencuba yang terbaik bersama.

Al-Mufakkir Hamidi said...

insyaAllah!
berSAMA-SAMA!

Puan Loyar Berkaki Lebar\ said...

mantop! insyALLAH, jdkan Ramadhan kali ini yang terbaik DARI sebelum ini!
"Why should we wait tomorrow to make it as the best? Make today better than tomorromw" =)

post yg ada nom 27 menarik diri ini utk membaca.. huhu.. LIKE 27

adysuR said...

Noga dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah.

Al-Mufakkir Hamidi said...

- Da_UmAi : hehe... Syukran...
yup, why waiting for tomorrow? Jom beramal sekarang...

- adysuR : insyaAllah.