Pages

Saturday, August 21, 2010

Keluar Dewan Exam

Assalamu'alaikum...

Salam Ramadan Kareem...
Buat semua...


- Gambar hiasan -

"Ya Allah, sekejap lagi aku akan memasuki dewan peperiksaan. Dan aku akan menduduki ujian ini. Aku malu ya Allah... aku malu untuk memohon sesuatu hajat pada-Mu. Di kala diriku penuh maksiat, di kala aku berdosa pada-Mu, mudah-mudah saja aku memohon hajat pada-Mu... Aku malu untuk memohon pada-Mu sedang aku bermaksiat pada-Mu. Oleh itu ya Allah, cukuplah aku bermohon, agar Engkau mengampuni dosa-dosaku. Ya Allah, cukuplah bagiku jika Engkau menjadikan aku orang yang lebih bertaqwa pada-Mu sesudah tamatnya exam kali ini. Tidak kira gagal atau lulus, yang penting, diriku semakin hampir pada-Mu, walau sejengkal. Aku memohon Ya Allah!"


Satu do'a yang dipinta kepada Tuhanku,
lebih kurang 10minit sebelum bertolak ke dewan,
menyedari kekurangan diri yang teramat sangat,
hanya mengharapkan Rahmat Ilahi.

----------------

"Hamidi, kau tak studi ke? Kan ko pun ada exam esok?"
Teguran seorang kawan,
kepada diri yang amat sibuk,
mengajar dan terus berkongsi ilmu,
dengan mereka yang memerlukan.

"Bukankah Allah yang memberi kejayaan?"
Jawabku ringkas,
mematikan perbualan.

Mataku terus laju memerhatikan buku-buku dihadapan,
untuk dibuat nota,
bukan untuk diri,
tapi untuk dia.

"Kalau kita tolong orang,
nanti Allah tolong kita.
Bukankah begitu?"
Aku menyambung kata-kata.

---------------

"Sungguh, aku benar-benar bergantung pada-Nya. Masaku amat terhad. bukan kerana kekurangan masa, tetapi kerana kekurangan penjagaan masa. Banyak masa yang aku sia-siakan. Alahai Hamidi, jangan kau salahkan taqdir, jangan kau salahkan Pencipta, salahkan diri, sambil memohon akan kasih dan pertolongan dari-Nya. Cukuplah Allah sebagai penolong bagimu."




-------------------


Alhamdulillah,
dah keluar dewan exam,
dah tamat MidTerm,
yang menyekat kebebasan diri.

Tapi,
tugasan tak akan berhenti,
dan tak akan habis-habis,
sehingga waktunya telah tiba,
pada hari perTanggungjawaban,
di Mahkamah si DIA,
Tuhan,
si Pencipta.

JOM.
Kuatkan semangat!
Untuk Ujian yang mendatang!

AYUH.
Berusaha untuk Ramadan!
Untuk Ramadan!
Ramadan!

SAMA-SAMA.
Menuju ke Reda Ilahi!
Mencari sinar Rahmat!
Sebagai bekal di hari nanti!

JOM!
Apa Tunggu Lagi?!


“Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan kepadanya. Dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terharap-harap (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya” Surah Al A’raaf ayat 56


Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

0 yang kongsi idea: