buat para pembaca,
yang sudi untuk singgah sebentar bersama-sama saya,
dalam coretan ringkas.
Moga kita,
hati kita,
sentiasa mengingati Allah,
lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang kian menjelma!
Sekarang 1:59 AM,
Lokasi : belakang mimbar, masjid UIAM Gombak.
----------
Pagi semalam (Hari Isnin),
aku tersedar seawal 4.45AM aku kira,
dikejutkan oleh ringtone handset yang menjerit,
memekik membangunkan tuannya,
dari tidur yang lena.
BISING.
Hatiku mendengus.
Aku bangun dari pembaringan,
mencapai henset yang terletak satu atau dua langkah,
dari katilku.
Menekan punat OFF,
suasana kembali tenang.
Tubuhku terasa segar sekali,
walau baru sahaja terjaga dari buai mimpi.
Tapi,
hatiku masih terasa lemah,
masih belum cukup tidurkah?
Oleh kerana kesiankan hati,
aku mengambil keputusan untuk berbaring sekejap,
memandang masa Qiam masih panjang.
Seperti yang diketahui,
ini semua adalah dari rancangan musuh no.1 Islam,
SYAITAN!
---------
menewaskan jihad untuk Qiamullail walau untuk 5 minit.
Malu rasanya.
bukan kepada Syaitan @ Nafsu,
tapi kepada Allah,
Penciptaku,
kerana tidak menyambut panggilan-Nya di sepertiga malam.
Astaghfirullah...
Seusai solat Subuh berjema'ah di surau,
aku terus ke bilik,
dan sekali lagi membentangkan badan di atas empukan tilam.
Entah kenapa,
walaupun fizikalku terasa kuat, bersemangat,
tapi spiritualku terasa begitu lemah sekali.
Seolah-olah aku hendak tidur je untuk hari itu.
Aku tersedar,
7.30AM.
Tapi masih malas untuk bersiap ke kuliah,
pada jam 8.30AM.
Terus menyambung pembaringan,
sehinggalah 8.15AM.
------
"Ah! Malasnya nak ke kelas!"
Hatiku menjerit,
meminta belas ihsan dari tuan punya badan.
Aku sedikit terpengaruh dengan rayuannya,
tapi,
Allah masih membantuku,
melawan bisikan nafsu ini,
melalui sahabat sebilikku,
Terima kasih.
Akhirnya,
aku menarik diri dengan berat sekali,
keluar dari pembaringan,
untuk bersiap ke kelas.
BERAT SEKALI!
-----
"Hamidi, enta nak tumpang ana tak?"
Sahabatku menawarkan diri.
Aku berasa serba salah pula.
Tapi,
terasa kaki malas pula untuk berjalan,
aku terima saja pelawaannya,
dengan malu-malu.
Dikisahkan,
topi kaledar (helmet),
yang dipakai olehku,
ada sedikit kekurangan.
Oleh itu,
aku terpaksa memegangnya dengan tangan kiriku,
tangan satu lagi memaut pada besi motor,
memandangkan sahabatku itu mengejar masa,
sehingga bonggol-bonggol pun ia lupai,
terseksa sekali rasanya bagi pemboceng,
tapi,
sabar sajelah...
-----
Tibalah,
point utama entri kali ini,
Aku Pembawa Islam-kah?
ketika aku membonceng motor ini,
aku meletakkan kopiah di hadapanku,
kerana aku tidak sempat memuatkannya dalam beg galasku.
Ketika motor ini dipecut,
tiba-tiba,
kopiah yang menjadi lambang ke-Islam-an,
terlucut dan terbang ke belakang.
Aku memanggil nama kawanku,
tapi ternyata derusan angin menghalang panggilanku.
Akhirnya,
aku menepuk belakang kawanku,
dan meminta dia untuk tinggalkan aku di tepi jalan,
memandangkan aku tidak ingin melewatkan dia ke kelasnya.
Setelah dia meneruskan perjalanannya ke kelas,
aku berpatah balik untuk mengutip balik SIMBOL ISLAM tersebut.
Alhamdulillah,
semuanya selamat, insyaAllah.
-----
Selang beberapa minit,
selepas aku meletakkan kembali mahkota kopiah di kepalaku,
hatiku terlintas,
"Apa makna semua ini? Mesti ada petunjuk dari Allah..."
Aku cuba merenung,
memikir,
memeras idea,
untuk mencari solusi kepada persoalan ini.
Akhirnya,
aku bermonolog pada diri sendiri,
"Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku. Aku tahu aku bersalah dan berdosa kerana Engkau telap pun memberikan aku peluang untuk berQiamullail pagi tadi. Tapi aku tidak mensyukuri nikmat kurnian-Mu ini (nikmat bangun awal pagi) dengan berQiamullail kepada-Mu. Ya Allah, kopiah itu lambang Islam, jatuhnya kopiah pula melambangkan kejatuhan Islam. Aku tau ya Allah, Engkau ingin menegurku, memberi peringatan kepadaku, bahawa aku 'mungkin' telah menjatuhkan Islam, dengan pelbagai dosa, serta kemalasan berQiamullail terhadap-Mu. Aku memohon maaf, ampun ya Allah, wahai Tuhan yang Maha Pengampun, lagi Pemaaf."
-----
Entri kali ini dirancang untuk entri yang pendek,
tidak sangka pula menjadi panjang.
Sebagai satu tazkirah ringkas,
untuk diri yang lupa kepada tanggungjawabnya sebagai seorang Khalifatullah,
juga kepada sesiapa yang sudi membaca, mendengar tazkirah ini.
Wallahu a'lam.
------
Aku Pembawa Islam-kah?
Ye, Akulah yang membawa Islam!
Kalu bukan aku,
siapa?
Akan aku pungut balik,
kopiah-kopiah yang berguguran,
sebagai bukti,
yang aku akan angkat balik,
kejatuhan 'Islam' pada masa kini!
Akan aku meletakkan balik,
kopiah yang dipungut di atas kepalaku,
sebagai simbolik,
yang aku akan meletakkan balik,
Islam ke tempat tertinggi.
Mahukan kamu bersamaku?
(gaya Hilal Asyraf...)
Assalamu'akaikum.
"Always remember ALLAH"
0 yang kongsi idea:
Post a Comment