Pages

Tuesday, August 17, 2010

Bila Pisau bertemu Hati ...

Assalamu'alaikum...

Salam Sejahtera serta Salam Ramadan,
Buat para pembaca blog ini,
yang tidak putus-putus melawat blog ini.
Terima kasih saya dahulukan.


"Hamidi, ana tak nak ganggu anta, sebab ana tengok anta sibuk je dengan jema'ah anta."
Satu kata-kata yang ringkas,
tapi penuh makna bagi si pendengar.

JEMA'AH...
satu perkataan,
yang terus menusuk ke hati aku,
TIDAK...
malah lebih parah,
ia mencucuk hati paling kecil aku.

-----------------------

Entah mengapa,
aku amat terasa sangat-sangat,
dengan kata-katanya.

Mungkin dia hanya bergurau,
atau mungkin serius.

Tapi,
Jika kau ditempatku,
yang mana...

bila seorang yang kau CINTAi,
dan setelah sekian lama tidak bertemu,

dan satu hari,
dari belakang,
kau melihat satu kelibat yang kau amat rindui,
kau pasti segera mengejarnya,
hinggakan dunia sekelilingmu tidak kelihatan,
di dalam sesak-sesak manusia,
kau memegang bahu kanannya,
terus menyebut,
"Kawan, dah lama tak nampak!"
sambil melemparkan senyuman seikhlas hati,
tanda BETUL-BETUL rindu.

Malang seribu malang,
dengan memalingkan muka padamu,
sambil Mushaf Al-Qur'an ditangan,
"Ah, Ya!"
dia hanya membalas jawapanmu ringkas,
tanpa kelihatan riak RINDU sedikitpun di mukanya,
malah,
riak keBOSANan pula yang terpapar,
seolah-olah melihat engkau orang yang ....
orang yang ...
orang yang ...
*Hanya Allah yang dapat menilainya*

Kau cuba menyakinkan hati,
itu perasaan saja.
Maka kau terus memulakan bualan,
setelah sekian lama tidak melihatnya.
RINDU teramat sangat!

Tapi,
sekali lagi,
malang teramat malang,
dia sepertinya mengutamakan Tilawahnya,
(tidaklah aku mengatakan itu satu kesalahan)
daripada berbicara dengankau,
walau seketika.

Kau pasti terasa,
seolah-olah dia sudah tidak memerlukan engkau,
seolah-olah engkau tidak diperlukan lagi...

Dia hanya menjawab dengan lekas,
agar kau melepaskannya pergi,
sepertinya dia mengejar sesuatu,
yang kau sendiri tidak pasti.

Kau pun melepaskannya,
dengan sedikit senyuman yang cuba diikhlaskan,
tapi tidaklah pula dia membalasnya,
seperti mana yang engkau harapkan...

"Bila Pisau Bertemu Hati".
SAKIT SEKALI...

---------------

"Hamidi, nape tak pergi kelas?"
Jawabku,
"Putus Cinta..."

-----------------

PUTUS CINTA,
kekadang bila kita mendengarnya,
kita pasti ketawa.
"Siapa suruh kau bercinta,
Ni la akibatnya!"

Begitu juga aku,
bila sebut putus cinta,
aku akan terbayang keretakan satu percintaan,
yang tidak kesampaian.
Cinta 2 orang insan,
lelaki dan perempuan,
yang berakhir dengan pergaduhan,
dan akhirnya mereka memutuskan cinta mereka,

Mungkin sama-sama tidak suka lagi,
atau salah satu sahaja.
Wallahu'alam.

-----------------

Bila kita hanya mendengarnya,
atau membacanya sahaja,
kita tak akan mengerti,
sama sekali tidak akan mengerti,
sehingga kita yang mengalaminya sendiri.

Begitulah aku,
dulu,
langsung tidak memahami apa itu putus cinta,
hanya menilainya dari luar,
dan melihatnya dari sisi negatif.

Tapi sekarang,
baru aku paham,
insyaAllah,
apakah itu keSAKITan putusnya cinta.

Pembaca pasti tertanya,
"Hamidi bercinta?"
Aku jawab,
"Yup!"

-----------------

Bila sebut cinta,
pasti kita teringat kepada cinta seorang lelaki,
terhadap kekasih wanitanya.

Hingga sering lupa,
akan satu lagi cinta,
CINTA KEPADA ALLAH.
Allah perempuankah?
Na'uzubillah min zaalik...

--------------------

Aku CINTA kpd Allah,
CINTA kpd Rasul-Nya,
CINTA kpd Umi, Ayah,
CINTA kpd teman seperjuangan,
CINTA kpd Muslimin, wa Muslimat,
juga CINTA kpd semua orang yang tidak mengkufurkan Allah!

Kamu?

-------------------

Mungkin akan ada yang bertanya,
apa yang telah berlaku?

Jadi di sini,
aku akan nukilkan,
rentetan kehidupanku,
supaya menjadi renungan untuk aku,
serta para pembaca... InsyaAllah.

-------------------

Aku tidak pasti,
samada aku betul-betul,
menCINTAi semua kawanku.
Tapi aku cuba,
untuk menCINTAi mereka,
lebih sekadar memberi mereka sebuah persahabatan.

SOALAN:
Apa beza persahabatan dan percintaan?

JAWAPAN:
Cinta : kau akan lakukan apa sahaja untuknya.
Kau CINTA Allah,
maknanya kau akan lakukan apa sahaja untuk Allah.
Bukankah bergitu?


Jadi dengan seorang sahabat ini,
aku cuba untuk mencintainya,
bercinta dengan nama Allah (diharapkan).

Kami hidup bersama-sama,
mungkin dalam tempoh 2 semester,
lebih kurang 8 bulan lamanya.

Akhirnya,
oleh kerana kesibukkannya dalam kuliah,
serta kekurangan prihatian aku terhadapnya,
kami jarang bertemu,
silap,
langsung tidak bertemu,
lebih kurang 2 bulan lamanya,
atau kurang...

Kelmarin,
selepas 4 raka'at Tarawikh aku buat,
aku berhenti berehat kerana mengantuk.

Aku bergerak menuju ke belakang,
untuk mengambil posisi untuk berehat,
sambil memerhatikan suasana masjid UIA,
yang penuh dengan kanak-kanak,
baik local dan foreigners.

Tiba-tiba,
aku terlihat kelibat si dia.
AH... RINDUnya...

aku terus mengejarnya,
dan di belakangnya,
aku memulakan salam,
ASSALAMU'ALAIKUM.
Aku mengukir senyuman.

Kami sempat berbual sekejap,
tapi hati aku,
terasa sesuatu yang tidak kena,
mengenai Ukhuwwah kami,
yang telah lama terjalin.
LAIN.

Sehinggalah dia mengucapkan,
"Hamidi, ana tak nak ganggu anta, tengok anta sibuk je dengan jema'ah anta."
Aku tersentak,
amat terkejut dan terpegun.

Tidak sangka,
amat tidak sangka,
perbezaan pemikiran Jema'ah,
menghancurkan ikatan persahabatan kami,
merobohkan percintaan kami.

Aku tidak sangka,
dia boleh mengasingkan orang,
yang tidak satu jemaah dengannya.

Lebih aku terkesima,
aku tidak menyangka,
dia langsung tiada perasaan rindu,
untuk kami bersama kembali,
dalam berkongsi ilmu-ilmu,
serta bersama-sama,
meluahkan perasaan satu sama lain,
seperti DULU.

Aku,
.. Aku,
.. .. Aku amat tidak menyangka ...

AKU rindu padamu,
SAHABAT...

-----------------------

Bila Pisau bertemu Hati,
SAKIT SEKALI.

-----------------------

Apabila kamu mencintai manusia,
ketahuilah,
bahawa mereka belum tentu menyintaimu.

Tapi jika kamu CINTAkan Allah,
Nescaya,
cintamu akan berbalas! PASTI!


"Maka ingatilah Aku (Allah), nescaya Aku akan mengingatimu!" (Al-Baqarah, 2: 152)

Tapi aku akan tetap,
menunggu cinta darimu,
Wahai Sababat.

Tidak akan,
dan sekala-kali tak akan,
aku membencimu.

Kerana aku cintakan mu,
Kerana Allah,
bukan kerana kelebihanmu.

Moga kita bertemu lagi,
Cintaku...

------------------

Sebuah luahan hati...

Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"

0 yang kongsi idea: