Assalamu'alaikum
Esok,
kertas pertama dan kedua,
hari pertama,
terus dua kertas.
Hah...
Semangat untuk exam,
masih belum muncul-muncul.
Memandang carry marks,
yang dah stabil,
menjadikan diri semakin malas.
Aduhai diri.
Mengulang kaji beberapa minit,
terus tidak dapat fokus.
Teringat kerja itu dan ini,
teringat pada umi dan ayah,
teringat kat adik-adik comel Al-Amin,
teringat urusan dakwah semester hadapan,
teringat kat anak-anak didik.
Mata memandang skrin komputer,
tangan memegang sebatang pen biru,
tapi otak melayang sana sini.
Nampaknya,
berkampung di masjid la saya malam ini.
-------------
'Ulum Al-Qur'an (Science of Al-Qur'an)
Islamic Social Institutions
Modern Muslim Thinkers
Logic for Islamic Studies
Al-madkhal ila usul Fiqh (Introduction to Usul Fiqh)
Lima subjek ini,
akan saya hadapi.
Aduhai diri,
selalu saja kamu mengeluh.
Bukankah ini kerja suci,
menyebarkan Islam melalui pendidikan?
Hurm...
Seminggu sahaja.
Bersabarlah,
Allah dan orang mukmin melihatmu.
-----------
Jika anda berkesempatan,
sebutlah nama 'HAMIDI' dalam doamu.
Semoga Allah,
memberi kebaikan untuk anda.
Terima kasih. :D
p/s: semalam program kat sekolah Al-Amin, sangat-sangat best. haha. dapat melepaskan rindu pada adik-adik kat sana. hurm... semoga Allah memberi mereka kebaikan. dan semoga dapat ketemu lagi. *wink*wink*
Assalamu'alaikum.
"Always remember ALLAH"
2 yang kongsi idea:
Bittaufiq wannajah!
Esok ada paper TITAS (tamadun Islam & tamadun asia)
wa iyyaki :D
Post a Comment